Tuesday, July 29, 2008

UMNO/ BN TEKAD UNTUK JEL KAN ANWAR?

Daripada komen-komen yang terbit dari pembesar-pembesar UMNO dan kenyataan yang condong ke arah itu daripada pihak Kementerian Kesihatan (lihat laporan KP KPM tentang laporan liwat Anwar di Utusan Malaysia) gamaknya UMNO dan dengan sokongan parti-parti komponen BN memang bertekad sangat nak jel kan Anwar Ibrahim.

Laporan kesihatan Shaiful yang dikeluarkan oleh PUSRAWI terangan menyatakan yang tiada kesan liwat di anus Shaiful.

Tetapi mengikut KP KPM dan Datuk Menteri Polis, mereka akan hanya mengambil kira laporan dari HKL. Adakah ada perbezaan antara laporan doktor di PUSRAWI dan HKL? Nampak dari gaya kenyataan macam ada lah...

Maka kalau begitu akan ada lagi lah kontrovesi perbicaraan kes liwat dan sejarah akan berulang. Arakian juga akan ada lagikah hakim yang akan naik pangkat secara ekspress selepas ini?

Waima, seperti laporan Malaysiakini tentang kenyataan Anwar Ibrahim yang semua ini hanya satu konspirasi akan diterima oleh orang ramai!

Oleh itu sekiranya Anwar dibicara dan didapati bersalah, maka Anwar akan jadi syahid politik. UMNO dan BN akan terus digelar zionis dari kacamata rakyat dan pasti kerajaan UMNO/ BN akan jatuh dalam masa terdekat kerana percaturan politik yang silap oleh mereka dibelakang tabir.

Kita akan dapat kerajaan baru dan Lim Guan Eng dari DAP akan jadi PM. Waa Laa ... satu skrip yang menarik!

Malaysia akan mengulagi sejarah Melaka pada tahun 1511.

No comments: