Friday, August 15, 2008

UMNO Berjaya Retak Pakatan Rakyat?

Saya terbaca laporan Muda Mohd Noor, dalam seksyen Bahasa Melayu Malaysiakini mengenai laporan yang Datuk Abdul Hadi Awang 'Saya tak sebut nak tinggalkan Pakatan Rakyat.'

Perang dan strategi kempen UMNO dan BN dalam memerangkap anggota-anggota parti Melayu dalam pakatan PR nampaknya semakin berjaya.

Dalam minggu ini sahaja, strategi UMNO/ BN dalam memancing sentimen orang Melayu nampaknya sangat berjaya. PKR dan Datuk Seri Anwar sekarang ini digambarkan sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu kerana digambarkan bersekongkol dengan DAP dalam mempertikaikan hak-hak orang Melayu oleh media-media arus utama.

Didalam PAS sendiri nampaknya telah ada pecahan yang kalau dihalusi terbahagi kepada 2. satu pihak di ketuai oleh Datuk Hadi dan Timbalan Presieden PAS yang lebih condong untuk kerjasama dengan UMNO untuk terus memastikan dominan orang Melayu didalam politik Malaysia.

Grup yang kedua pula diketuai oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Naib Presiden Datuk Husam yang mahu kerjasama antara PAS dan PR diteruskan.

Round 1 menyaksikan UMNO berjaya meretakan saf pimpinan PAS, dan round kedua akan menyaksikan pertarungan yang lebih sengit yang 'ultimate goal' adalah untuk memecahkan sokongan orang Melayu keatas PKR dan Datuk Seri Anwar.

Saya dapat memahami kiasan Datuk Hadi bila beliau berkata PAS akan memastikan kerajaan Malaysia mestilah bertunjangkan Islam dan Melayu, kerana ini ada hubung kait dengan tuntutan-tuntutan yang diperjuangkan oleh DAP yang terangan anti Islam dan Melayu.

Dalam hal ini saya tidak akan terkejut bila mana dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti, undi orang-orang Melayu akan beralih semula ke UMNO/ BN.

Golongan penyokong Datuk Hadi pastinya tidak mahu Datuk Seri Anwar menang dan seterusnya menjadi PM, kerana ini akan menyebabkan pengaruh DAP dalam kerajaan baru akan begitu ketara dan boleh menghakis pengaruh Islam / Melayu dalam sistem politik Malaysia.

No comments: