Saturday, July 26, 2008

agendadaily.com dah jadi agenda-umno.com ?

Saya terasa sesuatu yang aneh sedang berlaku di laman web berita www.agendaily.com.

Sewaktu yang lalu saya ada mendengar khabar angin yang Ketua Pemuda WP, Datuk Norza ada menyumbangkan sejumlah 'Sumbangan' kepada www.agendadaily.com, akan tetapi bagi saya itu hanyalah khabar-khabar angin sahaja, mungkin.

Akan tetapi, sejak selepas pilihanraya, laporan dan editorial agendadaily.com lebih menjurus kepada laporan yang menyebelahi sebilangan pemimpin UMNO dan agak sedikit condong kepada laporan yang pro-UMNO.

Apakah agendadaily telah menjadi alat kepada sebilangan pemimpin UMNO yang menyedari mereka harus berentap dengan laman media yang lain seperti Malaysiakini?

Jika benar maka keadaan ini adalah satu keadaan yang sangat menyedihkan kerana apa yang saya tulis tentang laman web lacur telah mula menular dan semakin menjadi-jadi adalah sesuatu yang benar.

Jika ini berterusan maka akan hilanglah kredibiliti agendadaily sebagai sebuah pembawa berita yang bebas.

2 comments:

Anonymous said...

So, what's the problem? I don't see it the way you see it. Neither enethical nor crime done. Open your mind and views.

Anonymous said...

Saya kira, tak salah Agendadaily mengambil sikap memihak kerana ia merupakan satu kebebasan media. Maknanya media bebas untuk memilih untuk menyokong siapa. Kalau juga bebas untuk tidak bersetuju dengan paparan Agendadaily. Ini juga satu kebebasan. Saya anggap Agendadaily sebagai media (macam surat khabar) sebab orang-orang kuat didalamnya adalah orang akhbar, bekas sahabat saya di Utusan Malaysia dulu. Saya sendiri bukan penyokong Agendadaily, tapi saya tetap
sanjung usaha mereka sebagai wartawan.

TQ n salam
Matnor

Salam