Nampak daripada komen-komen yang datang dari Malaysiakini dan blog-blog hebat yang lain, tak kira dari orang Melayu/ Islam seperti Haris Ibrahim ataupun dari orang bukan Melayu, masing-masing tidak bersetuju bilamana PAS dan UMNO bermuzakarah.
Tapi bagi saya isu nya sangat mudah, PAS terasa dipinggirkan oleh DAP dan PKR pula sibuk sama menari mengikut rentak DAP dengan slogan Malaysia Malaysian mereka.
Menyedari yang mereka semakin terpinggir nampak terpaksa (atas nama dasar Islam) berunding dengan UMNO, bila mana politik orang Melayu sekarang ini yang haru biru dan kacau bilau.
Yang terbaru ialah bila Karpal Singh berkata yang PAS patut keluar dari Pakatan Rakyat.
Apa yang akan terjadi jika PAS keluar dari PR? Perak dan Selangor akan kembali ke BN!
Apakah bagi DAP, matera Malaysia Malaysian mereka sangat penting sehingga mahu PAS keluar dari PR? Kenapa hanya berkata yang PAS adalah extremis Islam, bila DAP sendiri adalah extremis perkauman?
Sedang PKR sibuk beromen dengan DAP untuk senangkan hati orang bukan Melayu, ramai orang Melayu dan Islam tertanya-tanya adakah akan terhakis pengaruh Islam dan Melayu di Malaysia?
Apakah orang Melayu akan jadi persis Melayu Singapura yang terhakis kuasa dan pengaruh atas dasar meritokrasi berat sebelah PAP?
Tepuk dada tanya selera...
Monday, July 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Diemma baru orang Melayu > mereka tak mahu umno tetapi mendapati pengganti umno (PKR) sanggup menggadaikan tanah warisan nenek moyang mereka dgn menurut nafsu serakah DAP.
Jadi jika cadangan Nik Aziz supaya sebuah parti baru ditubuh amat menarik sekali.
Post a Comment