Bila kita bercakap tentang survival orang Melayu, maka ramai orang ramai termasuk lah sejumlah orang Melayu sendiri yang mencebik kan muka, seraya berkata, itu adalah politik mainan orang-orang UMNO.
Memang benar dan saya bersetuju yang UMNO telah memainkan perasaan orang-orang Melayu dengan isu-isu survival seolah-olah hanya UMNO sahaja yang sekian lama mendaulatkan orang-orang Melayu di Malaysia.
Tetapi tanpa disedari oleh orang-orang UMNO bahkan juga orang-orang Melayu, memang orang Melayu sekarang ini berdepan dengan krisis dan survival.
Dasar DEB yang pada dasarnya memang untuk menstruktur ekonomi telah disalah gunakan oleh pembesar-pembesar UMNO untuk kepentingan mereka sendiri.
DEB sendiri tidak salah, tetapi pelaksanaan DEB itu yang salah.
Ketirisan dan salah guna manafaat DEB oleh mereka yang yang berkuasa telah membuatkan masalah survival orang Melayu semakin kritikal.
Mereka yang berkuasa mendapat manafaat dari kontrak-kontrak besar yang kebanyakannya akan di sub-contract semula kepada pemodal-pemodal bukan Melayu.
Dimanakah silap nya? Pada saya bukan dasar DEB itu, tetapi perlaksanaan dasar itu!
Kita masih tertanya-tanya, kenapa hanya tinggal tak sampai 8 perniaga melayu di Suria KLCC? Adakah kerana mereka tak pandai berniaga atau atas tekanan dari pengurusan yang katanya adalah dari golongan bukan melayu?
Bagaimana pula di Pavilion? Berapa kerat perniaga Melayu yang berniaga di Pavilion?
Kita bercakap tentang survival, maka kita tidak boleh lari dari bercakap tentang ekonomi orang-orang Malayu. Kuasa ekonomi orang Melayu amat rendah dibandingkan dengan orang-orang bukan Melayu.
Ini adalah hakikat! Ramai golongan-golongan Melayu menengah yang menyokong Pakatan Rakyat adalah golongan yang belajar atas dasar DEB, keluar negara dan belajar di England dan Amerika atas biasiswa yang mereka dapat atas dasar DEB itu sendiri.
Orang-orang Melayu masih memerlukan polisi-polisi affirmative action. Masih banyak yang kita ketinggalan dibandingkan dengan orang-orang lain.
Survival orang Melayu bukan retorik, tetapi satu kenyataan yang sangat menyedihkan.
Sunday, May 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment