Saya berfikir panjang sejak sebulan lepas. Apakah kemenangan parti-parti politik DAP, PAS dan PKR sebenarnya satu rahmat atau satu musibah?
Dilihat daripada suara-suara yang keluar dari pemimpin-pemimpin bukan Melayu / Islam sejak akhir-akhir ini membuat saya terfikir, apakah kebanyakan orang Melayu dan Islam di Malaysia telah tersilap langkah.
Kenyataan-kenyataan yang menuntut perkara-perkara sensitif terhadap agama Islam, seperti yang dituntut oleh Ong Ka Ting, Presiden MCA agar orang yang memeluk agama Islam boleh kembali ke agama asal adalah salah satu tuntutan yang agak melampau.
Begitu juga laporan polis yang dibuat oleh Karpal Singh terhadap Tengku Mahkota Kelantan, adalah satu tindakan yang agak keterlaluan, apalagi menuntut dan mencabar kerabat diraja untuk bertanding didalam pilihanraya.
Walau bagaimana sekali Karpal tidak bersetuju dengan ucapan Tengku Mahkota, tentu sekali ada cara dan adab nya bila kita membalas kritikan dan saranan balak raja.
Ini membuatkan kita terfikir, apakah orang-orang Melayu akan terhakis identiti mereka? Terhakis hak mereka? apakah bersedia kita untuk merelakan Islam di perlecehkan?
Saya mengakui, saya bersifat Islam kemudian Melayu. Saya amat mementingkan kelansungan agama anutan saya yang juga agama rasmi di negara ini, dimana Raja-raja Melayu adalah penaung kepada Islam dan Adat Istiadat Melayu.
Jika hal-hal begini dapat kita pertahankan pada masa ini, apa lagi bila kuasa politik orang Malayu terhakis!
Dimana kah Datuk Seri Anwar disaat agama dan raja-raja Melayu dicabar?
Jangan hanya menberi jaminan sahaja Datuk Seri, kita mahukan komitmen. Jika tiada usaha untuk menahan kehakisan pengaruh Islam dan adat Melayu, saya sendiri akan berkempen untuk menarik sokongan orang Melayu dan Islam keluar dari Pakatan Rakyat.
Jangan kita orang Islam menang sorak, kampung tergadai...
Sunday, May 04, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment