Tajuk nya pun dah menarik dan jika anda ingin membaca posting tersebut, sila lah klik disini.
Saya tertanya-tanya jika UMNO, PAS ataupun ABIM dianggap sebagai 'bullshit Muslim', jadi siapakah yang sebenarnya Islam? Adakah Raja Kamarudin? atau Haris Ibrahim ataupun Malik Imtiaz? Adakah mereka ini lebih Islam dari golongan muslim yang berakidah dan beramal, yakni 'Alim dan Ulamak' tetapi hanya dipisahkan oleh persepsi politik, atau lebih Islam kan mereka yang sahih-sahih menolak Quran dan Sunnah sebagai undang-undang yang tertinggi dibandingkan dengan Perlembagaan sebuah negara.
Ataupun adakah mereka yang menafsirkan Islam pada logik dan akal fikiran dan menolak pandangan golongan Ulama yang lebih sahih berilmu itu lebih Islam?
Kenapa bila seorang Mufti memberikan pandangan, dan jika pandangan Mufti tadi melawan kehendak orang yang 'konon' nya lebih Islam dari orang lain tadi, maka mereka yang 'lebih Islam' ini akan melenting marah-marah!
Waima, mereka ini yang banyak pengikut mereka dan lebih ramai diantara mereka ini kononnya yang 'lebih Islam' dari yang lain tadi ini memanglah handal menulis dan punya blog yang diiktiraf sebagai 'top blog' dan mendapat klik yang teramat tinggi, kerana hanya mereka menulis perkara-perkara yang amat disukai oleh golongan-golongan yang sehaluan dengan mereka. Ditambah pula dengan pujian-pujian dari golongan 'bukan Islam' yang konon nya mereka inilah yang orang dan golongan 'Islam' yang sebenarnya.
Adakah tanpa kita sedari bahawa orang yang 'lebih Islam' dari yang lain ini sebenarnya menjual dan mengadai Islam dan membenarkan Mufti-Mufti di belasah dengan teruk didalam blog-blog mereka.
Jika inilah dia orang-orang yang 'lebih Islam dari yang lain, maka saya tidak mahu menjadi 'lebih Islam' cara mereka. Biarlah saya di cop sebagai orang yang Racist dan Extremist, kerana saya masih mengutamakan Islam sebagai cara hidup saya.
Saya tidak mahu mengadai Islam saya hanya semata-mata mahu menjadi popular!
Silalah anda baca tulisan ini di malaysiakini.com:
Islam hadhari: Mufti ulas Dr Hassan |
Jimadie Shah Othman | May 30, 08 7:37pm |
Mufti Perlis mencadangkan kerajaan Selangor yang mengharamkan Islam hadhari supaya menilai perkara itu secara objektif dan menerima aktiviti dan dasarnya yang baik. "Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan," kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini. |
Persoalannya ialah, kenapa Exco Kanan Negeri Selangor tidak berani mencuba untuk mengharamkan Arak dan Hiburan di Selangor? Tidak berjanji? Itu tidak mengapa, tetapi adakah mereka berani mengutarakan pengharaman itu kepada DAP @ PR? Adakah Arak dan Hiburan keterlaluan yang ada di Damansara Jaya/ Utama itu selaras dengan Negara Kebajikan?
Jika berani pun, maka golongan-golongan ini (yang mengatakan Karpal Singh adalah lebih Islam dari setengah orang Islam) akan bangkit marah-marah, alas mengatakan yang Islam tidak boleh menindas pengikut ajaran agama lain, dan mereka juga mungkin akan mengatakan yang Perlembagaan adalah lebih tinggi dari segala-galanya, termasuklah Mahkamah Syarie tidak punya kuasa...
Aneh, memang benarlah kata Mufti Perlis yang kuasa dan kerusi empuk itu boleh melalaikan kita semua.
No comments:
Post a Comment