Masa berlalu terlalu pantas, sebulan lebih rasanya tak berkempatan memblog.
Terlalu banyak perkara yang mahu diselesaikan, terutamanya urusan-urusan kerja yang makin bertambah-tambah.
Saya bersimpati pada mangsa banjir di seluruh negara, terutamanya di Johor. Juga takziah saya pada mangsa kecelakaan Adam Air di Makasar, yang hingga hari ini masih belum ditemui bangkai pesawatnya.
Terlalu banyak yang ingin disentuh, terlalu sedikit masa untuk menulis. Selamat menyambut tahun melawat Malaysia 2007, moga lebih makmur Malaysia dengan kunjungan pelancong!
Takziah untuk Saddam Hussein, bekas diktator Iraq, yang mati dibunuh oleh puak syiah dan disokong oleh Amerika Serikat. Ini membuatkan kebimbangan saya kepada usaha tenaga nuklear Iran.
Jika benar, pembunuhan orang yang berfahaman Sunnah di Iraq adalah dalang Iran, maka adakah kita bersorak menyokong Iran untuk tujuan yang salah. Maka jika ini benar, maka zahirlah kebimbangan Arab Saudi tentang kekuatan Iran yang ditunjangi masyarakat Syiah.
Adakah kita nanti yang akan membayar kezaliman Muawiyah pada penyokong Parti Ali ini? Atau kita masih buta pada sejarah, dan bersorak untuk kemusnahan kita sendiri?
Monday, January 08, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment