Monday, December 04, 2006

Alahai Mentor ...

Selepas 6 bulan, rancangan Mentor ke 2 melabuhkan punggungnya ke sofa. Pemenangnya ... tak ingat lah pulak sapa yang menang... Ntah apa namanya... serius saya tak ingat.

Tapi yang saya perhatikan, lama benor lah pulak rancangan Mentor ni, hampir 6 bulan kalau tak salah. Kalau tak hebat jugak tak tau lagi nak cakap apa. Pemenang Mentor yang pertama tu, sapa nama dia tu... tak salah pompuan rasanya, berapa banyak album dia dah jual? rasanya suam-suam kuku jugak.

Tapi itulah yang si Zainal nak banggakan, Mentor mengeluarkan artis yang berkualiti, maknanya lebih baik dari AF lah tu. Kata si Roslan Aziz, budak yang menang tu tak boleh nyanyi, abis si pemenang MI 2 tu boleh nyanyi sangat ke? Nak muntah rasanya.

Kadang-kadang kita ni terlampau taksub dengan benda yang kita sendiri tak tau. Kita sibuk dengan kualiti kononnya, tapi, album tak laku jugak. Kualiti apa? kalau nak jual 1000 pun tak boleh.

Ni selepas 6 bulan Mentor bersiaran, tak nampak jugak popularitinya dari segi penerimaan penonton. Bang, kita ni berniaga, kalau kualiti tapi tak leh jual, tak yah lah nak berniaga.

Sama jugak lah macam kes artis-artis ni, kalau tip top tapi takleh jual, maksudnya kita tak faham apa yang peminat nak... Bukan salah peminat tak tau appreciate lagu ke muzik ke... Alo peminat nak apa yang meka sukalah, bukan apa yg kita suka!

Kalau orang dalam industri tak faham jugak ntah lah, memang lah kurang sekolah gamaknya.

Wassalam.

3 comments:

Anonymous said...

ada sesetengah org. dlm. industri muzik ni, jenis2 yg syok sendiri, tapi jenis2 yg. cam ni biasanya payah sikit nak sedar...perasan bagus manjang, tu yg payah tu...

Anonymous said...

I ni memang x miss rancangan realiti tapi yg i selalu participate AF lah. One in a million pun tgk gak, MI kadang2. Tapi MENTOR...huh..tak pernah teringin nak tgk sbb nya i rasa TV3 ni bongkak. Suka memburukkan budak2 AF demi nak naikkan artis realiti dia orang. Ketua juri tu pun antara penyebab i x mau tgk Mentor...

sahabat said...

Orang tua selalu bising, sebab dia berpengalaman hidup, lebih lagi kerjanya memang menasihat.

Biasanya nasihat orang tua jangan dituruti, sebab dia mengajak supaya orang lain macam dia, menuju tua dan takut mati. Orang mesti mati.

Orang muda mau mentor, AF dan hiburan sebab belum nak fikir nak mati. Jadi orang muda selalu nasihatkan orang tua supaya jangan mati. Semua orang mesti hidup!

Orang tua macam ko "my point of view" janganlah menyampah sangat nak hidup.

Carilah, fikirlah macam mana nak mengawal, control dunia, supaya yang memuntahkan itu boleh menjadi halal dan diredai tuhan.

Jangan negatif untuk hidup.