Sunday, November 05, 2006

Mawi Kena Minta Maaf!

Seboleh-bolehnya saya malas dah nak tulis mengenai Mawi ni. Tapi hari ini, nak tak nak saya ingin mencoret pandangan peribadi saya terhadap kemelut dan musibah yang melanda penyanyi paling popular ini.

Nampaknya satu persatu musibah yang datang menduga. Saya merasakan dan berharap segala ini akan men-dewasakan Mawi mengenai sepak terajang dunia hiburan, Malaysia style.

Inilah dugaannya menjadi anak seni! Mawi harus akur dan saya rasa dia juga akur. Inilah pengorbanan untuk jadi orang yang senang hasil dari dunia hiburan. Jika tak nak gossip jangan jadi artis.

Bermula dengan isu saman air mineral, hinggalah ke isu Mawi dan Ikin, wartawan terus-terusan bak papparazi mengekor dan cuba membau tingkah laku Mawi. Bukan senang nak jadi ‘nice guy’ dalam dunia tak ‘nice’ ni. Semua orang nak membuktikan yang ‘nice guy’ pun sebenarnya tidak ‘nice’ bila sudah jadi artis. Barulah baru boleh jadi sebilangan dari mereka. Inilah reality dunia hiburan!

Pagi tadi bak peluru berpandu scud, gambar Mawi dan Ikin tersebar di akhbar-akhbar tempatan. Ini semua untuk membuktikan yang Mawi telah berbohong kepada media dan peminatnya. Mesra benor lah gamaknya Mawi dalam gambar tu!

Saya marah kerana Mawi menipu? Ah… saya tak kisah dia nak amik gambar dengan sapa pun! Malah saya suka sebab saya tahu dia lelaki normal. Kenapa saya harus marah? Kalau dia suka kat Ikin tu, biarlah. Dia pun ada hak nak berkawan. Takkan nak berkepit bawah ketiak Aman aje. Takkan lah ambik gambar terus nak kawin. Kalau nak kahwin pun gasak dialah.

Tapi kenapa nak tipu? Satu perkara yang saya Nampak ialah Mawi dah belajar dari kesilapan lalu, dulu masa kes Diana Rafar, dia mengaku, dah teruk kena kutuk dan gossip.

Kalau bagi orang yang normal, once bitten twice shy, jadi kali ni tak payah lah nak ngaku, betul tak? Dan itulah yang dilakukan oleh budak Mawi nie!

Tapi yang peliknya, kenapa gambar disiarkan di akhbar! Kenapa mesti nak siarkan. Nak buktikan pada masyarakat yang Mawi telah berbohong! Daa… lihat betapa kejinya. Gambar artis berbogel dan zina tak pulak keluar dalam akhbar kan? Itu baru gambar sama mak sekali dengan mak bapak. Kalau hanya Ikin dan Mawi akan hebohkah satu Malaya?

Adakah ada niat dihati mereka ini nak tunjukkan yang Mawi ni kaki pompuan? Lepas satu pompuan ke satu pompuan artis yang lain budak nie nak di gossipkan. Hebat Mawi gamaknya. Adakah itu yang cuba di telanjangkan ?

Nampaknya wartawan-wartawan hiburan dah dapat balasan nak kena kan budak botak nie. Tambahan pula ini scoop berita menarik! Tahniah saya ucapkan pada mereka.

Tapi kalau setakat nak buktikan yang Mawi juga berbohong, tak payah nak kuar paper lah. Kerana orang akan melihatnya di internet. Kenapa tak persoalkan kes Awie dan Arnie, Erra dan Yusry. Semua mereka berbohong kerana tak mengaku nak bercerai berai.

Tak pulak keluar berita kata, Awie berbohong. Ataupun lakunan Erra dan Yusry terbongkar. Kenapa? Tak ada nilai berita ke? Masa ZZ berbogel, dan dia tak ngaku, walaupun lepas tu dia mengaku jugak, tak nampak pulak kuar kat paper gambar bogel tu!

Saya bukan anti wartawan, walaupun Kak Cham ada sebut pasal wartawan hiburan dituduh jadi Mafia! Cuma berpada-padalah. Penat budak tu anda semua kerjakan. Kalau nak sokong, sokonglah kerja seni dia.

Mawi kena minta maaf

Mawi kena minta maaf, dan dia dah pun minta maaf kerana berbohong pada wartawan. Walaupun bohong kerana dia terpaksa. Tapi bohong tetap bohong, berdosa tetap berdosa, sebab kalau kita tipu orang kafir sekalipun kita tetap berdosa! Inikan pula wartawan hiburan yang rata2 nya Islam.

Tapi saya sedih kerana masih ramai sangat yang nak lihat budak botak nie jatuh! Suka tengok dia tertiarap di tepi jalan. Ramai yang tak boleh menerima kejayaan dia rupanya. Ingatlah ini semua anugerah tuhan. Tak payah lah kita nak dengki-dengki. Dah rezeki dia.

Dan pada Mawi, berdirilah, anda kena cepat dewasa dan matang dalam dunia ini. Ini bukan lagi zaman anda naik motor pusing keliling kampung tersengih-sengih dan buat loyar buruk. Setiap pergerakan anda diperhatikan. Samada oleh peminat atau pendengki anda. Setiap dari mereka ada kepentingan mereka sendiri! Masa untuk anda gunakan akal anda untuk menjawab soalan telah tiba!

Oleh itu berhati-hatilah.

14 comments:

Anonymous said...

Saya rasa ada yang tak kena dengan gambar Mawi bersama keluarga Ikin tu. Ia kelihatan seperti ditempek tampal. Nauzubillahi minzalik. Mengucaplah pada sapa yang mengkhianati Mawi tu.

The Way I See It said...

Mawi ngaku yg dia telah pergi ke umah Ikin. So tak mustahil pic tu asli.

Anonymous said...

saya memang ternanti-nanti komen dari anda.
saya pasti anda akan menulis jugak tentang perkara ni

thanks so much

Anonymous said...

Saya setuju dgn pendapat anda. Mawi cuba utk tidak terlalu lurus seperti kes diana rafar, yg ceritanye tak abis2 di siarkan di akhbar2.
Kesian..susah nak jadi Mawi ni. Nak berkawan dgn perempuan pun susah.Berkawan bukannye bererti nak kawin. Karang kalau kawan dgn lelaki je..citer lain lak keluar..

Anonymous said...

well said bang...

Anonymous said...

Yelah...setuju dengan pendapat u. Serba tak kena yek dunia artis ni. Bersikap jujur salah, x jujur lagilah salah. Bukan peminat yang banyak karenah tapi wartawan. I sebagai peminat sedia terima Mawi seadanya. Anyway, Mawi pun kena lah belajar dari kesilapan. Jika kurang arif bertanyalah pada yang berpengalaman. Semoga Mawi terus maju jaya sebagai artis dan usahawan. Buat empunya blog...Bravo brother...Saya suka tulisan anda..bukan sahaja isu Mawi tetapi isu2 yang lain juga. Tq.

Anonymous said...

Indeed..it's a very good article. tak tau lah nk cakap camner kt reporter hiburan ni. For me, diaorg semakin hampeh. new generation kot.

Mas Rahim said...

sy rasa, wartawan2 skrg nih dah semakin x beretika n x professional...semuanye tulis mengikut emosi..x tau nak ckp camner dah..ada artis yg sah2 buat perkara x elok cam bersekedudukan ke xnak plak pi intai..isk isk..

Anonymous said...

Sebenarnya... susah jadi org popular nie.

Anonymous said...

lagi susah jadik wartawan sebenarnya, asik nak kena singkap kain org. je, tu yang kekadang kain sendiri tersingkap sampai tak perasan. kalo tidak karang, tak berasap pulak mesin cetak...
sudahnya, editor pulak yang berasap...:-)
apa2 hal pun, saja la nak bagi peringat kat wartawan2 ni (mana yg. terasa lah kan), bukan artis ja manusia biasa, hang pa semua tu pun manusia biasa jugak, ada naik ada turun, ada masa senang, ada masa susah, ada pahala, ada jugak dosa...ingat tu..jng. buat2 lupa pulak no...:-)

Anonymous said...

Mawi tu lurus bendul. Dia akan cakap apa2 saja untuk selamatkan kawan sendiri. Tu sebab selalu dipergunakan. Kesian mamat tu.

Macam awak kata. Mawi kena berubah dari budak kampong yang selenga kepada lelaki moden yang kuat pemikiranya.

Anonymous said...

Abg Maman,
Bravo saya setuju dengan anda. Tulisan yang tidak bias yang penting menyokong tidak membuta tuli. Saya juga berharap Mawi akan jadi lebih bijak dari semalam dan belajar untuk sayang diri sendiri. Yang lebih penting please avoid become one of the artist menipu itu yang sangat sakit untuk diterima kalau nak kahwin dengan siapa pun saya tak kisah...

Anonymous said...

Entahlah Mawi, cakap salah ,tak cakappun salah dan serba salah. Yang tak salah ialah mereka yang didapati bersalah dan yang bersalah ialah mereka yang memang tidak bersalah. Jadi, semuanya salah.

Anonymous said...

Alah Mawi tu memang penipu, tak payah bayak alasan, terima sje Mawi kuat menipu dan pentingkan diri