Thursday, November 09, 2006

Bosan Dengan Putera-putera Mahathir

Terus terang saya katakan yang saya sebenarnya dah naik meluat dan menyampah dengan anak-anak Tun M. Mereka ni semua nak berlagak tunjuk nak jadi jaguh, masih mahu mempertahankan perangai Tun M yang tak henti-henti mengutuk Pak Lah.

Komen-komen yang mereka keluarkan menunjukkan seolah-olah semua orang lain salah, hanya pandangan bapa mereka saja yang betul! Isu-isu recycle seperti nepotisma dan korupsi yang mereka cuba canangkan sebenarnya lebih hebat di masa Tun M jadi PM.

Walaupun melayu mudah lupa, tapi orang melayu tak akan lupa pada istilah 'dedi-kasi' yang menyentuh isu salah seorang putera Tun M yang dapat kontrak lori kontaner dari Petronas. Keluarga Tun M lupakah pada isu-isu 'bail out' semasa krisis kewangan 1997?

Saya amat kecewa!

Additional Posting (10/11/2006)

Saya kecewa dengan dengan komen-komen Tun M. Kita menghargai jasa Tun sepanjang beliau menjawat jawatan PM dulu. Kita maafkan dia diatas apa yang Tun lakukan kepada DSAI. Tetapi Tun mestilah juga pandai menghormati pemimpin yang sedia ada!

Bila rakyat bercakap tentang korupsi, nepotisma dan kronisma semasa zaman Tun M , Tun cepat menafikan. Tetapi orang ramai bukan buta. Kita juga maafkan perbuatan Tun pada masa itu. Kita anggap Tun juga ada hak untuk sayang dan lindungi keluarga dia.

Tapi bila Tun mula pertikaikan dan kutuk PM sekarang secara terbuka, memang saya rasa kurang senang. Komen mestilah yang membina. Bukan yang menghancurkan. Tun dianggap sebagai seorang negarawan. Jadi berkelakuan lah seperti seorang negarawan.

Sistem feudal UMNO telah memakan mangsa yang terbaharu.

Bak kata DSAI pada suatu masa, Orang UMNO sekarang tengah sibuk berkenduri aruah, masalahnya mereka tidak pasti kenduri aruah itu aruah siapa ....

3 comments:

Anonymous said...

Apakah yang Tun kutuk?
Apakah yang anak-anaknya telah buat?
Kalau dah meluat bercakap fasal mereka, awak bercakaplah fasal Mawi dan Ina!

Sue said...

Walaupun saya tidak ada kena mengena dengan Tun tapi saya lebih suka menutup mata dan memekakkan telinga bila isu Tun dibualkan kerana rasa terima kasih dan hormat saya pada beliau sangat dalam. Apatah lagi kalau putera2 beliau pasti sokongan padu akan diberikan walaupun tidak secara langsung.
Tiada manusia yang tak lakukan kesilapan. Tidak salah rasanya kita memaafkan.
Anggaplah semua kritikan Tun itu sbgai nasihat. Nilaikan ia dari sudut positif. Mana yg tidak sesuai kita lupakan sahaja. Cuma yang tidak manis bila ada pihak yang mengambil kesempatan. Apapun semua orang berhak menyuarakan pendapat masing2.

mahaza said...

err.... ni cerita 70 dalil ke?