Friday, October 20, 2006

Penyalahgunaan Dasar Keterbukaan

Bila Pak Lah beri amaran, jangan buat kecoh, masih ada diantara masyarakat yang tidak ambil endah amaran tersebut! Lihat sahaja malaysiakini.com, lawan web anti melayu ini masih menjalankan aktiviti-aktiviti fitnah besar-besaran melalui tulisan-tulisan komen pembaca yang berbaur anti melayu.

Surat-surat yang dikeluarkan seringkali mempersoalkan keistimewaan orang-orang melayu, seolah-olah bangsa lain di Malaysia ini amatlah teraniaya! Kalau tak cukup dengan itu, penulis-penulis tetap mereka seperti Helan Ang, terang-terangan bersikap cauvinis, anti melayu dan anti Islam.

Yang menariknya, jika diamati, penulis-penulis surat kepada editor ini, hanyalah orang-orang yang sama seolah-olah mereka ini diberikan peluang dan lesen besar untuk terusan mempersoalkan dasar-dasar yang membela orang melayu.

Cubalah anda, seorang melayu ingin membalas tulisan penulis-penulis perkauman ini, pastilah surat anda tidak akan disiarkan! Jika ada hanyalah surat-surat yang kononnya dari melayu liberal yang menyokong fahaman mereka.

Mereka ini adalah dalang-dalang jahat yang berselindung disebalik hak kebebasan bersuara.

Perkara yang paling kerap disalak oleh mereka ini ianya yang terbaharu tentang kajian ASLI yang mendakwa ekuiti bumiputera telah mencapai 45 %. Terang-terangan kajian itu silap kerana telah mengambil kira GLC atau syarikat berkaitan kerajaan seperti TELEKOM, TNB dan Petronas adalah milik bumiputera. Ini syarikat milik kerajaan bukan orang bumiputera, cuma ahli pengurusan sahaja bumiputera!

Yang lebih mengecewakan, Presiden ASLI adalah anak lelaki Tun M, takkan lah sebelum keluarnya laporan ini dia sebagai Presiden tak tengok dulu? ke ada muslihat jahat disebalik laporan ini?

Sekarang isu ini telah ditonjolkan sebagai isu perkauman oleh laman-laman web anti melayu dan Islam. Akan tetapi, secara logiknya, kenapa sasaran kita hanya 30%, kita sepaputnya sasarkan 70%, sejajar dengan komposisi masyarakat bumiputera di Malaysia! Perkara ini tidak wajar di salakkan dan dipertikaikan.

Kita amat berharap agar kepimpinan Pak Lah dapat melihat isu ini secara serius, kerana laman-laman web anti melayu ini menyalah gunakan hak kebebasan bersuara yang diberikan. Apa yang kita takuti ialah orang melayu yang selama ini akan berdiam akan menjadi amuk dan jika ini terjadi, tiada apa lagi yang boleh kita lakukan.

Saya melihat ini sebagai satu isu yang berat, dan harus ditangani secepat mungkin oleh kepimpinan negara.


SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.


2 comments:

mahaza said...

Selagi Pak Lah atau sesapa yang berkenaan tak ambil tindakan terhadap Zakaria Derus, takleh nak salahkan sesapa pun (walaupun tak setuju dgn style malaysiakini). Dah terang depan mata - denda standard tanpa memikirkan wibawa, memalukan Melayu jugak....

Bagaimana pun Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada maman dan semua

The Way I See It said...

Saya tak boleh tak bersetuju... langkah yang paling mulia bagi Dato' Zakaria ialah untuk meletakkan jawatan..

Tapi... dalam politik Malaysia, itu takkan berlaku. :)