Friday, November 10, 2006

Mansuhkan DEB?

Tengah kita sibuk-sibuk dengan pertikaian antara Tun M dan Pak Lah, nampaknya ada pihak yang sedang cuba menanguk di air keruh.

Kebelakangan ini terdapat suara-suara sumbang, yang semakin hari semakin kuat dan teratur ko-ordinasi-nya yang meminta agar Dasar Ekonomi Baru (ataupun apa2 istilah dan namanya sekarang) di mansuhkan. Golongan ini dengan terang-terangan mempersoalkan penguasaan bumiputera dalam ekonomi.

Sedangkan kita, orang melayu tak pernah nak persoalkan pegangan orang lain yang jauh lebih banyak dari kita. Yang orang melayu pegang, yang tak sampai 20 % itu jugaklah dipersoalkan. Yang sedihnya kita tak pernah nak pertikaikan pengusaan mereka dalam semua bidang industri di Malaysia.

Mula-mula mereka persoalkan hak untuk bertukar agama, kata mereka setiap rakyat tak kira melayu atau tidak, Muslim atau tidak mesti ada hak untuk bertukar agama.

Selepas tu persoalkan % penyertaan bumiputera pulak. Saya lihat perkara ni tak akan berhenti di sini. Mereka akan terus meminta dan meminta kerana mereka tahu yang orang melayu akan jadi lemah kerana perpecahan!

Bagi mereka ini, segalanya yang kita lakukan salah dan tak beerti. Mereka memandang perlembagaan yang menjanjikan keistimewaan melayu sebagai sampah! Mereka mempertikaikan kontak sosial yang dipersetujui datuk moyang kita dan mereka!

Dalam kita duk sibuk-sibuk bergaduh samada nak bina jambatan ke singapura atau tidak, orang lain dah berfikir cara bagaimana nak majukan kepentingan mereka. Kita bagaimana?

Bagi saya berikan peluang pada Pak Lah untuk memerentah, hentikan lah pencak silat dibawah gelanggang. Kerana dalam sibuk menepis dan berpencak dibawah gelanggang, kita akan ketinggalan jauh dari orang lain. Kita duk sibuk dengan gossip dan hasutan, sibuk dengan hasad dengki dan sakit hati. Jika ini berterusan, bila kah agaknya kita boleh merangka satu agenda yang boleh membantu orang melayu dengan cara yang terbaik.

Kita mestilah ubah minda kita dari hanya mahu 30% kepada bagaimana kita boleh kuasai 65% kekayaan negara kita sendiri. Supaya kita tidak akan jadi penumpang di negara sendiri!

Kita tidak mahu seperti apa yang terjadi di Indonesia. Perumpamaan-nya adalah 'Indonesia Bapak Punya, Uangnya biar kami jaga'.

Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

Boleh tak kita kaitkan artikel ni dgn artikel u mengenai "Penyalahgunaan Dasar Keterbukaan". Kalau dulu orang takut2 nak bersuara especially kalau libatkan hal2 sensitiviti kaum tapi sekarang x lagi sbb tak der sebarang sekatan atau hukuman akan dikenakan. Pada saya yang bersalah ialah media yang tanpa selindung melaporkan isu2 atau pendapat2 yang agak sensitif pada khalayak kerana tidak semua org layak untuk membincangkan isu2 tersebut secara telus lebih2 lagi bagi yg sentiasa nak menangguk d air yg keruh tu. Ada saja akal nak membesar2kan isu.
Saya lebih suka cara yang dulu, kalau sesiapa yg cuba timbulkan isu sensitif begini akan ditahan di bawah ISA. Tapi kena make sure lah dgn proses yg betul. X boleh sebarangan tanpa bukti yg sahih tetapi disebabkan perbezaan parti terus sumbat masuk ISA.
Tapi kadang2 "orang kita" jugak yg overnya. Dia jugak yg gigih nak mintak luluskan hak2 pertukaran agama tu. Begitu jgklah dasar DEB dihapuskan dgn memberikan pelbagai hujah2 yg menjahanamkan kaum sendiri.
I suka semua dasar Pak Lah tapi bab bebas bersuara ni mmg kurang gemar sikit.