Nampaknya minggu ini bolehlah kita wartakan sebagai minggu wartawan hiburan lawan Mawi. Kenapa saya katakan begitu? Lihat sahaja di serata akhbar utama, bahagian hiburan, sekurang-kurang ada 2-3 halaman yang membincangkan isu salah laku mawi.
Mawi nampaknya sedang di bicarakan oleh wartawan-wartawan hiburan. Antara saksi-saksi yang dibawa termasuklah Rosyam Noor (pelakon paling popular). Mungkin lepas ni mereka akan bawa Ina ataupun mungkin Diana Rafar sebagai saksi utama dalam kes ini.
(Adalah amat menghairankan juga bila Rosyam yang merupakan orang lama juga terpancing untuk mengeluarkan kenyataan yang sinis. Sebagai orang yang juga kontovesi, dan sebagai pengaracara sebuah rancangan yang kontrovesi, Rosyam gagal memberikan kenyataan yang matang. Ini jelas menunjukan minda-minda orang-orang dalam industri hiburan kita!) sebagai orang lama kita mahukan satu kenyataan yang membina bukan mengikut perasaan!
Apakah kesalahan Mawi? Pertuduhannya adalah ; Mawi gagal menurut perintah (ataupun bolehkah kita katakan kata wahyu) dari seorang wartawan hiburan untuk bergambar dengan Salima’. Ah, itu satu engkar yang amat berat kerana sebagai artis Mawi harus mematuhi perentah seorang wartawan hiburan. Ini kerana wartawan hiburan lah yang memastikan yang Mawi akan sentiasa laku di pasaran.
Oleh itu setiap permintaan mereka akan menjadi satu hukum yang tak boleh tidak mesti dipatuhi!
Maka oleh itu Mawi telah melakukan satu kesalahan yang amat berat, maha seberat dosa seorang pembunuh! Artis yang berkhalwat atau hisap dadah pun tak dibicarakan sebegini. Itu yang menghairankan! Orang yang terang salah (sipenagih dadah dan penzina) dibela pulak habis-habisan. Inikah hala tuju hiburan kita, seperti yang dimahukan oleh wartawan-wartawan ini?
Prinsip? ah peduli apa mereka pada prinsip seseorang. Yang lebih penting adalah sensasi. Klik gambar Mawi dan Salima, lepas ni keluarkan gossip yang kononya mereka bercinta, lepas tu keluarkan dalam press, laaa... maka surat khabar dan majalah pun ramai org akan beli. Bila rating dan circulation naik, wartawan dapat naik gaji atau pangkat. Kan mudah!
Mawi lupa yang ilmu politik hiburannya belum cukup. Dia masih belum matang dalam sepak terajang dunia hiburan Malaysia yang sekangkang kera ni. Bila masa banyak pemain dalam industri yang hipokrit, Mawi masih mau jadi budak kampung yang yang lurus. Mungkin Mawi sendiri tidak tahu atau tak mau jadi orang yang munafik. tapi sikap ini lah yang akan mengoncang dan menjatuhkan dia nanti. Kuasa mafia-mafia ini sangat kuat dan berpengaruh. Dia mesti banyak lagi belajar assabiyah dunia artis dan kehidupan hiburan.
Tetapi perlu ke kita jadi seperti sebahagian dari mereka? Hidup dalam kepuraan, dan bergelumang dengan dosa? Ingatlah kubur akan menanti kita satu hari nanti. Adakah perlu sangat nak pegang tangan anak dara atau bini orang masa berlakun semata-mata nak dapatkan feel.Berbalik kepada perbicaraan ini, maka untuk membuktikan kesalahan Mawi pada massa, maka seorang demi seorang dibawa ke hadapan untuk memberikan keterangan. Keterangan ini pula akan dilaporkan di media-media perdana, di war-warkan walaupun hukuman belum dijatuhkan. Ini dilakukan dengan penuh terancang, mereka bertindak bagai satu organisasi yang terancang, motif hanya satu, untuk menunjukkan pada artis-artis lain, jangan engkar wahyu kami! Jika anda engkar kami akan bunuh karier anda.
Ini mengingatkan saya pada kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Wartawan-wartawan ini sedang melakukan character assasination.
Mereka cuba membunuh karier Mawi. Ah, ini bukan seperti mahu menegur (seperti yang sering ditulis) lebih pada membunuh! Seperti yang saya katakan dulu, Mawi akan sukar diterima oleh masyarakat hiburan kerana dia menongkah arah.
Untuk Mawi juga ingatan saya, 'minyak dan air takkan bercampur'. Faham-faham lah maksud saya.
Dan mafia-mafia ini akan memastikan Mawi akan gagal dalam usahanya.
Wassalam.
p/s : seorang penulis di harian metro kata yang Mawi ni kena bawak ke kursus membina sahsiah dan motivasi. kan kelakar tu, sebab ada sahsiah lah dia tak nak brgambar takut fitnah. yang patut pergi ialah wartawan-wartawan hiburan yang setengahnya tak pasti jantina mereka lelaki ke pompuan tu!
25 comments:
pondan pun boleh jadi mafia sekarang. keh keh keh. "i'll give you and order you can't refuse... auwwww"
*an
Well done. Biarlah seimbang kalau wartawan boleh gunakan papaer kita gu laman web yeh..
komen yang bernas
Hmmm..... malas nak kata dah pasal wartawan ni.... yang pasti, kes mawi buat tak tahu tu tak menjadi isu kalau dia bergambar dgn Salima... noted.... Yelah...senario telah dicipta, tetiba hero tak muncul... kena ubah skrip lah pulak....
good point !!! tabik spring kat ko !!! aku nak gak tulis mcm ni, tapi masalahnya diri aku sendiri pun tak baper betul jugak. so, aku simpan sendiri jer ler...hehehhe
ini yang ku cari!!!
tapi kan, nasihat utk mawi : kalau nak bersihkan tong najis, jangan masuk dalam tong tu...
nak cuci tong taik, jgn masuk dalam tong tu, sebab nanti kita pun bau taik....
sebab tu, minyak dan air tak boleh bercampur...
mawi cuci tong najis ek..sian dia..dah le sanggup cuci..kena marah pulak sebab cuci sambil duduk dalam tong taik..agak2 kita sanggup ke cuci atau biarkan penjawat jawatan pencuci najis sahaja yang mencucinya...tapi..siapakah yang menjawatnya?
best baca! setuju sgt2 !
very well said, very well indeed!
minyak dan air boleh bercampur bila bahan pengemulsi ditambah.
oleh itu mawi harus berhati2
isu mawi masih diperkatakan. it same goes to pendirian siti nurhaliza yang tak nak bergambar berdua with lelaki(masih ingat?).kita boleh faham siti because dia memang dari first jadi penyanyi tak pernah bergambar berdua with man2 lelaki?but mawi?selama ni dalam majalah, newspapers, gambar dia dengan perempuan memang dah ada. tup2, dah famous (ye ke?atau because terlalu penat nak bergambar?)he came up with new 'pendirian'. dengan rita rudaini boleh pula.
just put it this way, if benda ni happen before he's voted as the winner, things will be the other way round.gambar dengan zila bakarin pun sanggup kot.just a thought......
macam kes ct dulu, sblm dia ada tapak, dia terpaksa ikut arus.bila dah ada tapak, barulah dia keluarkan pendirian dia.
Same goes to mawi, awal2 dulu dia terpaksa.Now bkn sebab dah star, tp sebab dia dah nampak lorong dia kemana, tak salah utk dia ada pendirian.
just my 2 cents
nak tanya. kalau nak bersihkan taik, tapi tak masuk dlm tong taik, boleh bg cadangan macamana nak bersihkan? bukan apa, cuma terfikir, kalau nak berdakwah maknanya kena berdakwah kepada org yg dah tak perlu didakwah ke? nabi pun berdakwah kat org kafir. baru dapat mengislamkan kafir tu. baru betul kan. atau maksud anda nabi salah ke?
Aku suka dgn kenyataan ini,
p/s : seorang penulis di harian metro kata yang Mawi ni kena bawak ke kursus membina sahsiah dan motivasi. kan kelakar tu, sebab ada sahsiah lah dia tak nak brgambar takut fitnah. yang patut pergi ialah wartawan-wartawan hiburan yang setengahnya tak pasti jantina mereka lelaki ke pompuan tu!
Mengenai gambar Mawi dan wartawan hiburan bergambar berdua duaan, terlentok kepalanya kebahu Mawi, adakah ini dikatakan kekeliruan jantina samada wartawan tersebut lelaki atau wanita?
Adakah naluri wartawan tersebut menyukai Mawi yang sesama jenis (atau wartawan tersebut mempunyai kekeliruan jenisnya).
Mengenai kes Mawi mengelak/berkeras/tak mahu bergambar, itu hak masing masing, kenapa wartawan perlu hebohkan secara besar besaran. Yang menghebohkannya kemungkinan wartawan majalah/akhbar tabloid/picisan/majalah menangguk di air yang keruh/majalah mengambil kesempatan/majalah banyak gambar dan kisah gosip anak muda menghabiskan masa.
Setuju sangat2 dengan your artikel. Kat Malaysia ni, artis2 akan dianggap baik kalau mereka melayan kerenah wartawan, walaupun perangai mereka tu lebih tunggang terbalik dari artis2 barat.
Tak taulah apa yang patut Mawi patut buat. Dia bercakap salah, tak bercakap pun salah. Kenyataan dia yg tak kontroversi pun dikontroversikan. Siap panggil 'Ustaz' M.Rxxxxx
what surprises me is that ziana zain pun turut terjebak dlm kontroversi ni. but her statement "kalau banyak pantang larang, baik la nyanyi je dik" tu mmg buat i marah. come to think of it, apa alasan dia dah tak nak belakon lagi? kan laki dia x bagi kan sbb jeles kalau lelaki lain peluk2 pegang2 bini dia & her marriage life pun nothing to shout about. so pendek citer, kalau c ziana zain pun dah tak nak pegang2 lelaki lain (eventhough terpaksa sbb x nak laki dia mengamuk), i bid for her to respect mawi's decision, sbb mmg tu pun yg dituntut agama.
Abang Maman,
Pendapat Abang lebih kurang macam Ku Seman tak 'bias' saya tabik. Tak ramai yang berani buat gini and I totally agree with you dunia seni dan org wartawan begitulah. Salah besar benarkah kalau pun Mawi mahu berubah dan punya pendirian sendiri. Yang saya nampak mereka punya agenda sendiri bukankah boss Ina itu X-Wartawan so tidak mustahil semuanya terancang...
ya.. saya setuju sangat!
thanx sebb put a link to this attractive blog sm..
kepada tuan rumah..ape kate pasni kupas psl perlembagaan persekutuan?
kalau namanya Mawi..apa pun smua jadi isu...smua tak betul aja..siap letak terus nama dia..kalo artis lain tu pndai lak cover line..kena pk sendiri, sapa ler gamaknya artis ni....mawi tu manusia biasa bkn malaikat dia pn ada buat bnda salah tp kalo dh smuanya salah apa kes?termasuk la isu taknak blakon pegang2...suka ati dia la..nnti mati dia gak kna jawab sendiri...tak kan reporte, rosyam, m rajoli n ziana zain nk tlg jwb kan??benda dh mmg haram suka2ati nk kasi halal byk hensem btl rosyam noor ni....cakap cam org pandai sgt..ko nk peluk pompuan suka ati ko la...bini ko kalo org nk peluk tak kisah gak kot???wartawan pn sm juga...balik2 mawi tu mawi ni...kao sy jd mawi mau sasau...
maman kata...
p/s : seorang penulis di harian metro kata yang Mawi ni kena bawak ke kursus membina sahsiah dan motivasi. kan kelakar tu, sebab ada sahsiah lah dia tak nak brgambar takut fitnah. yang patut pergi ialah wartawan-wartawan hiburan yang setengahnya tak pasti jantina mereka lelaki ke pompuan tu!
saya kata...
betul..mmg betul..yang patut pegi motivasi tu adalah wartawan.. sbb diaorg tuh namapak lgi takde motivasi dan sahsiah diri.. urusan peribadi org lain pun nak korek bagai nak mampus.. kenapa? dah takde artis lain ke selain mawi dlm dunia artis skrg nih?
Post a Comment