Siapa yang sebenarnya liabiliti? Jika dilihat pada senario politik sekarang, pada pandangan saya Tun Mahathir telah menjadi laibiliti yang sangat berat yang harus dipikul oleh UMNO dan BN.
Gerak langkah Tun M pada masanya ini lebih menjurus kepada gerak langkah seorang ketua pembangkang, yang terang-terangan melawan 'government of the day'. Jika ini berlaku pada masa Tun M masih menjadi PM dulu, sudah lama beliau akan mengunakan kuasa lembaga displin, diatas dasar untuk menjaga kestabilan parti, itulah antara alasan beliau pada masa dahulu!
Nampaknya sejarah telah berulang, apa yang dilalui oleh Dato Seri Anwar, sekarang berlaku pula pada Tun M. Tetapi yang menbezakan mereka ialah, siapakah yang menghadiri ceramah atau siapakah yang menjemput mereka.
Jika DSAI di arak rakyat, Tun M diarak oleh kontraktor-kontraktor yang dulunya kenyang gendut perut mereka. Seperti adatnya, hulubalang-hulubalang yang sekarang dah macam ayam makan kapur kerana terpaksa bersaing di tender umum, pasti tiada lagi 'direct nego' seperti yang biasanya berlaku pada zaman dahulu!
Mungkin Tun M terlupa, lawak-lawak 'Dedi Kasi' pada zaman pemerintahan Tun dulu, yang isinya juga entah kan betul atau tidak, sama juga lagu dan iramanya dengan cerita Kamaludin dan Khairy.
Mungkin beliau lupa apabila rakyat pernah bercerita tentang Konsortium Perkapalan milik anak Tun M, yang kemudian dapat kontak supply lori tanker petronas! Bisnes kapal bankrup, tukar bines tanker pulak! Mau tak mau ini semua cerita yang dijaja oleh pihak pembangkang. Yang sedihnya sekarang Tun pula yang bersama-sama pembangkang menjaja cerita-cerita yang juga tak jelas hujung pangkalnya.
Ini semua cerita-ceriti pada zaman Tun M dulu, bagi saya gossip tapi puas juga dengar cerita yang datang dalam berbagai versi. Itu zaman dulu, zaman Tun berkuasa.
Tapi orang tak berani nak confront Tun, tapi kini nampaknya Tun sendiri sudah lupa peraturan parti yang Tun pernah pimpin. Tun M nampaknya melanggar semua protokol parti. Jika zaman dulu dah lama orang macam Tun M akan dikenakan tindakan tatatertib!
Nasihat saya, Tun M, zaman Tun dah berakhir, berilah pimpinan baru untuk berkerja. Pergilah jaga kedai roti Tun di Langkawi tu. Berehat lah dan jadilah seorang negarawan yang disegani. Tun harus mengutamakan negara dulu daripada perancangan Tun pada masa lalu.
Walaupun Tun banyak buat kesilapan, kami dah maafkan Tun, kerana Tun juga berjasa, oleh itu jangan lah Tun menambah kesilapan Tun lagi.
Wassalam.
Wednesday, August 09, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! boating in england Chrome grill for cadillac Subaru enfine sensor diagram Seroquel lexapro Clomid en menstruatiepijn
Post a Comment