Lama rasanya tak menulis tentang AF. Iyalah ada banyak masalah lain yang telah mengikat saya, masalah kerja dan masalah masyarakat yang lebih penting.
Bercakap tentang AF4, memang saya dah umumkan dari awal yang Faizal adalah pilihan saya. Dia ada charm yang tersendiri. Suara juga bagus, dan walaupun auranya tak sehebat Mawi, tapi vokal dia lebih baik dari Mawi.
Amirul keluar di iringgi dengan tepukan gemurah di dewan sivik, tapi rasanya tangisan di seluruh Sarawak (dan juga budak-budak sekolah di semenanjung). Rasanya ramailah mak bapak yg lega sekejap bila Amirul keluar, tapi risau balik bila AF umumkan ada AFMASUK.
Saya juga ingin megucapkan SELAMAT KEMBALI kepada sultanmuzaffar, kerana saya merasakan beliau telah kembali dengan posting gaya beliau yang sebenarnya. Rasanya dah lama dia menyimpan emosi dan pandangan dia, dari gaya penulisan tentang AF4 kebelakangan ini agak tertahan pandangannya, mungkin atas dasar sebagai tenaga kerja AF! (wah macam komen untuk Farhan pulak). Rindu rasanya pada tulisan-tulisan sinis SM. Well Welcome Back!
Bercakap pasal AF4, tak boleh tidak saya mahu bercakap tentang Adlin Aman Ramli. Saya rasakan Adlin terlampau membataskan dirinya tentang gerak gaya seni persembahan teater. Pendapat dan persepsi yang pergerakan mesti dirancang dan tidak boleh spontan itu sebenarnya akan mengikat persembahan. Kita mahu lihat sebuah jiwa dalam persembahan bukan robot yang diprogramkan!
Mungkin kita masih tak faham konsep AF yang dipadankan dari La Academia. Dalam posting saya yang dulu-dulu ada saya huraikan tentang konsep AF ni. AF bukan hanya tentang vokal, tetapi tentang warna-warna dalam setiap personaliti pelajar. Oleh itu olahan diari, tidak mungkin hanya perlu pada pembelajaran, tetapi juga pada apa yang berlaku setiap hari. Bak kata seseoarang tu, kalau nak tengok orang belajar vokal atau menari aje, tengoklah highlight siri MENTOL tu! er sorry MENTOR.
Sila baca semula pandangan saya tentang AF (posting pada Julai 2005 (sebahagian)
Saya lebih selesa menulis pendapat saya secara makro, dan menulis tentang pencapaian program reality ini secara am daripada memberi komen yang khusus. Saya lebih berminat mengulas tentang achievement indistri muzik di Malaysia secara am, daripada melayan satu program yang memang di cipta untuk menimbulkan kontrovesi, kejutan2 yang saya rasa membosankan dan secara amnya agak lebih kepada entertainment and profits oriented rather than building competencies for performers (jika dilihat dari pandangan penyiar)
Walaupunpun begitu saya dapat merasakan program ini adalah menghiburkan dan terdapat juga elemen-elemen positif yang dapat ditanam didalam kehidupan kita seharian. Elemen seperti nilai persahabatan, nilai tentang survival kehidupan dan pentingnya keluhuran hati didalam berkawan serta kerja kumpulan.
Malangnya, elemen-elemen seperti ini tidak disedari oleh penonton, kerana ketaksuban penonton tentang, suara siapa yang paling sedap, yang paling cute dan sebagainya. Tapi itulah yang dimahukan oleh penonton, dan itulah yang di hidangkan kepada mereka oleh astro.
Tentang Mawi dan Ina.
Ah dah tak ada jodoh nak buat macam mana.
Saya pastekan balik posting saya pada 21 Ogos 2005:
Tajuk: Ketaksuban Yang Memusnahkan. (sebahagian)
Kuasa Peminat
Kekuatan peminat pada seseoarng artis sangatlah diperlukan. Lebih-lebih lagi bagi seorang artis baru seperti Mawi, Juara AF3, yang kini sangat hangat diperkatakan.
Peminatlah yang akan menentukan hidup matinya seorang artis, kerana kuasa beli mereka yang akan menentukan kelarisan produk seorang artis. Didalam konsep AF, impian artis dibiayai oleh peminat dalam lain perkataan, peminat akan melaburkan wang mereka kepada seorang artis yang mereka senangi.
Ini lebih benar lagi bagi sebuah program reality TV seperti AF. Sinambungan dari ini, dan juga kesan dari reality ini, peminat akan merasakan yang mereka ini adalah sebahagian dari artis itu sendiri. Mereka akan merasakan mereka adalah sebahagian dari wira yang mereka cipta.
Kesannya jika tidak dikawal akan menyebabkan ketaksuban terhadap artis/pelajar yang mereka gemari itu. Natijah dari ketaksuban ini, maka akan lahirlah emosi-emosi yang pada pada adabnya agak diluar tabii seseorang insan yang bernama peminat itu.
Aura yang ada pada Mawi, telah menyebabkan sesetengah peminatnya merasakan mereka bolehg bersuara untuk menyatakan apa yang mereka mahukan pada Mawi ini. Adakah ini wajar? Dan adakah peminat-peminat ini dibolehkan men’dictate’ apa yang harus dilakukan oleh idola mereka tadi?
Jadi saya tak mahu campur tangan atas urusan jodoh nie, sebab saya tak nak dictate apa yang Mawi nak buat dalam hidup dia. Masing2 Ina dan Mawi ada salahnya. Kita jangan jadi Tuhan mahu menghukum sesiapa pun.
Saya rasa wartawan juga jangan lah emosi, jangan bangkitkan lagi atau ungkit lagi gossip2 tentang Mawi dan Ina. Biarlah ia berlalu.
Pada Siti Jarum yang kononnya tak minat AF dan tak minat pada Mawi, yang kononnya tak membawa apa-apa kebaikan pada industri tu saya nak tanya 'APA SUMBANGAN ANDA PADA INDUSTRI? ADAKAH HANYA DENGAN JADI PENULIS POJOK DAH BANYAK SUMBANGAN ANDA?'
Monday, July 24, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Yeah bang... welcome back to you too!!!
Abg Maman,
Sudah lama saya menunggu komen abang tentang ini dan akhirnya saya dapat jugak membaca komen yang tidak bias. Bravo saya sependapat dengan Abg Maman. Dan yang lebih penting lagi masing-masing ada hak untuk menentukan jalan hidup masing-masing plus sudah takdirnya begitu cuma saya sangat kecewa dengan segelintar wartawan yang cuba melagakan kedua-dua mereka setelah kedua-duanya mengambil jalan sendiri seperti yang terjadi dua tiga hari ini di akhbar. Oh ya saya sangat bersetuju tiada lagikah sumbangan yang lebih bernas dari wartawan pojok selain dari sibuk menulis cerita murahan begini?
faizal best...
Oh no...bukan seluruh Sarawak menangisi Amirul ye..kita org bukan buta seni ok...Hanya menyokong yg benar2 berbakat.Walaupun sy org Sarawak,sy tetap tgk Amirul sbgai yg paling layak keluar..malah mungkin tak layak join AF sekalipun.Bukan mcm org2 Semenanjung (segelintir) ada yg buta seni.Hnya tau aura tanpa menilai bakat sebenar.Maka terhasil lah Mawi..lawak..maka terhasil lah Faizal..yang dipuja makcik2 yg langsung tak fhm lagu Nirvana.Dan seterusnya mengHALALkan lagu tersebut di telinga mereka.Walhal sebelum ini lagu seperti ini dikatakan merosakkan anak bangsa.Sy rasa kalau Faizal yg keluar pada konsert lepas,tiada seorang pung rakyak Sarawak yg menangis...sebaliknya Semenanjung dilangda bangjir...
Sekian...selamat kembali mengomeng rancangang AF ye..
Jgan lah marah, saya hanya ingin mencuit berseloka.
Tak marah..hnya tak puas hati.. :)
Looking for information and found it at this great site... » »
Post a Comment