Pasal Siti
Ada apa dgn DK? Kabarnya anak2 DK akan ke Melbourne 2 hari menjelang hari nikah DK dan Siti. Kecuali Ashraf yg katanya akan hadir manakala 2 lagi akan keluar negara untuk bersama2 ibu dan abang sulung mereka.
Saya berharap agar benarnya jika perkahwinan direstui anak2 DK, dan Siti akan berupaya menjadi ibu kedua kpd anak2 DK. Itulah yang Siti idamkan! Tapi bagaimanakah perasaan bekas isteri DK. Kan dia masih hidup?
Akan tetapi rasanya media terlampau over exposed kisah Siti dan DK, hingga rasanya orang ramai akan merasa naik jemu dgn kisah2 yg rasanya patut disimpan didalam hati mereka!
Perasaan yang mulanya excited, rasanya dah bertukar kpd tak mau ambil tahu. saya sendiri mula terfikir adakah strategi Siti dan DK menjadi atau back fire keatas imej mereka berdua.
Perkembangan ini juga mungkin telah mendorong anak2 DK lari dari majlis perkahwinan bapa mereka! Media nampaknya tak pandai nak jaga hati anak-anak DK! Kerana nak kejar news, sampai lupa bahwa manusia punya hati dan perasaan.
Majalah Nona yang khabarnya ada cerita pasal bekas isteri DK laris di kedai-kedai majalah. Hinggakan katanya akan di cetak kali kedua!
Mungkin ramai orang masih tertanya, adakah ini perkara yang betul, yang patut di raikan? Bila seorang isteri kehilangan suami, anak-anak kecewa, dan perkara ini diraikan oleh seluruh negara.
Pasal Wartawan Hiburan
Berbalik pada wartawan hiburan, nampaknya ramai dah nak jadi tuhan! Mereka masih suka memberikan satu hukuman pd artis2 yang pd pandangan meraka tidak mengikut norma2 artis yg sepatutnya. Walaupun adakalanya tulisan mrk masih hanya mengikut perasaan dan melupakan fakta. Dahla artis2 separa standard, wartawan pula over excited!
Suka2 nampaknya wartawan kita menjatuhkan hukuman keatas kesalahan orang lain. Contohnya kisah Mawi, masih ramai wartawan yang tak dapat menerima yang Mawi dan Ina dah tak ada apa-apa. Mawi dituduh sebagai orang yang lupa diri. Tapi adakah dia lupa diri bila dia mendahulukan keluaraga? Sebagai seorang bapa saya amat bangga kerana Mawi mendahulukan keluarga dari cinta ! Itu baru namanya anak soleh. Ini dapat isteri cantik, terus lupa keluarga. Atau mungkin agaknya setengah wartawan ni tak ada anak dan isteri ?
Lupa diri ke kalau seseorang sanggup keluar duit RM ratus ribu untuk biayai belanja kesihatan bapanya ? Sedangkan kita nak bawak mak bapak gi klinik pun dah nak komplen !
Pasal Mukhriz
Apa pula dah jadi pada Mukriz Mahathir? Nampaknya dia dah lupa siapa boss, dan pada siapa loyalty sepatutnya dicurahkan. Sokong2 bapa dia, dia masih persoalkan jawapan yg diberikan anggota kabinet!
Rasanya Pak Lah kena ambil tindakan, supaya mrk ini toe the line, dlm kabinet pun mungkin masih ada yang main kayu tiga! Rombak kabinet, dalam politik, kesetiaan adalah lebih utama. Jangan nanti tertikam dari belakang!
Tapi kalau saya jadi Mukhriz saya pun akan sayang pada saya kan, sebab zaman dulu semua dari mereka ada DEDI KASI.
Wassalam.
6 comments:
sudah2 la CT n DK.....nk khwn...go ahead...xyah la canag 1 mesia baper blnja n so on....wartawan kat mesia ni pn mcm dh xada isu lain lg penting agaknya....kalo CT..apapun smua btl...smua baik...xder salah pn...kalo Mawi? mak ai....smua hentam...skang tgok sapa yg gila glamer?tuudng dh pesen lain....kening cukur skit...siap ada website...pts tunang still bleh bgaya...welll...baguih la....saya pn belum tntu bleh gtu....ada msnya biarlah kita bdiam dri n biarlah Allah shj yg tahu....
Selalunya kita bersimpati pada org yang ditinggalkan tanpa mengkaji atau melihat sebab2 dia ditinggalkan. Selalunya kita juga sentiasa membuat hukuman dengan melihat pada pandangan kita tanpa memahami situasi yang sebenar. Manusia tidak sempurna. Selalulah juga melihat pada diri kita sebelum menilai orang lain.
Wartawan mestilah berpada-pada
Abg Maman,
Saya dah bosanlah dengan cara berfikir wartawan Malaysia ni yang seolah-olah tak de agenda yang lebih penting selain dari cerita DK & CT, sampai bila kita harus leka dengan hiburan. Dan wartawan kita tidak pekakah pada perasaan org lain apa lagi anak-anak DK kalau ada pun Kiffy yang tak bias mampu menyelam hati Tengku Zawiyah, menulis tak mengikut rasa. Cuba kalau artis lain mati income pun mahu apalagi juara kampung yang dikata lupa diri. Berdosa besar kah seorg anak memilih untuk mengikut kata org tua lebih dari tunang sendiri? Sudahnya dilagakan pulak dalam industri yang sama. Tapi saya percaya glam Ina tak lama tengah panas masih baru selagi boleh kaut untung paper dan majalah peduli apa gunakanlah sewajarnya yang rugi fikir-fikirkanlah sendiri...
Dan yang lebih sakit lagi bila kisah kahwin ala-ala Cindarella ni sampai masjid harus ditutup ruang utama untuk mereka. Lebih pentingkah akad nikah dari mengerjakan sembahyang? Kalau nak kahwin pun kahwinlah tidak sampai membelakang agama. Majlis yang sepatutnya berkat hmmmmm ....
CT /DK,kalau nk kawin..kawin la..sape halang benda baik kan...tp jgn la sampai masjid di tutup gara2 nk nikahkn mereka berdua ni...yela..masjid tu tempat smua org, tp jgn la mengganggu seluruh kawasan masjid tu..kalau ye pun dah tau peminat ,wartawan akan dtg amik gambar la..pape yg melibatkan tugas mereka...haaaa!!! buat kt tempat yg lebih luas..kate dh sewa KLCC haaaa!!! nikah je kat sane...PAsti smua org puas hati..Xpasal2 je masjid jd tempat org berlonnggok bukan nk semayang tp dok tayang Fesyen....Heiiiyyyy!!!! menyusahkan org lain betul la CT / DK ni...
tak de photo ke ?
penatlah asyik denga cerita ct sama datuk. datuk kumisnya tebal banget
Post a Comment