Excited teramat lah orang-orang kita bila ada ura-ura yang mengatakan Disneyland akan ke Johor. Kemudian kita dengar pulak UEM World confirmkan berita tersebut dengan mengatakan memang ada exploratory discussion tentang idea tersebut.
Semalam jurucakap Disneyland menafikan tentang adanya ura-ura itu. MB Johor pula berkata yang Disneyland Johor mesti ada nilai-nilai timur!
Tapi hendak ke Disneyland tu ke Johor, di Asia sahaja sudah ada 2 Disneyland, 1 di Tokyo dan 1 lagi di Hong Kong.
Menambahkan kemelut baru ada ura-ura dah kecoh, walhal belum tentu lagi. Belum pun keputusan dibuat dah nak letak macam-macam syarat!
Seronok ke Disneyland tu? Universal studio lagi best kut.....
GPMS
Isu GPMS dah selesai, katanya. Keputusannya Dato' Suhaimi letak jawatan dari jadi Presiden dan dilantik jadi penasihat. Reezal Merican pula akan assume jawatan Presiden.
Dari dulu lagi memang dah kita jangka yang Reezal akan menakluk jawatan Presiden. Dia kan SUPOL PM! Dato' Suhaimi pula memang dah sahih sokong DSAI, tu yang orang-orang UMNO marah sangat tu, sebab dia kata UMNO kena terima DSAI semula!
Reezal pulak memang orang dah tau orang kuat Pak Lah, itu pun lagi mau lawan ke? GPMS, GPMS.... nampaknya lepas nie kena ubah nama ler....
Salima AF4
Jumlah yang suka dengan yang tak suka memang ler ramai. Ada yang mengutuk dan mengeji, dan ada yang memuji dan memuja. Isunya sebab Salima pakai tudung.
Saya tak tahu nak cakap apa sebab saya memang tak minat kat dia. Tapi tak lah sampai mengutuk dan mengeji. Tudung tu wajib dalam Islam, menutup aurat wanita. Tapi walaupun dia tak bagus menyanyi pun, sekurang-kurangnya dia pakai tudung kan... Bab pakai baju ketat tu, ntah lah susah nak komen.
Tapi tak payah lah nak kutuk dan hina lebih-lebih, AF ni kan berdasarkan populariti, yang popular akan survive. Jika orang nak undi Salima itu kan hak mereka. Linda AF2 pun popular jugak, tapi tak kemana juga akhirnya kan...
Adam yang hampeh tu masih boleh bertahan... itu lah realitinya... nama pun AF.
OK, Senyum Sokmo.... heheheh memang nak declare kat sini yang saya akan menyokong Faizal, budak ganu tu.
Wassalam.
Thursday, June 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment