Tuesday, May 30, 2006

Yang Pelik dan Yang Biasa masa Musim AF

Yang Pelik

  1. Penonton AF masih tak faham2 yang AF adalah sebuah rancangan realiti yang berdasarkan populariti bukan bakat (memang dah format mcm tu, takkan nak tukar, lagipun RM masukkk)
  2. Kita masih mengundi atas dasar negeri (bersangkut atas no 1 tadi)
  3. Penonton terkilan sebab peserta2 wanita AF4 kurang cun
  4. Kita suka tengok orang ada unsur-unsur agama menyertai AF (nak islamkan AF kut)
  5. Kita suka komen perkara-perkara yang kita tak tahu (macam lah kita tahu semua...mungkin pernah masa kecik2 gi kelas muzik)
  6. Kita suka tengok perkara yang jelek, tapi susah nak tengok perkara yang baik-baik
  7. AF4 ada peserta lelaki yang menangis sebab kena tegur dengan Cikgu
Yang Biasa
  1. Yang berbakat akan keluar cepat (sbb ini rancangan berdasarkan populariti)
  2. Kalau orang yang kita suka keluar awal kita akan bising dan mula buka blog nak bantah penyingkiran dia (walhal kita tak pernah nak undi pun... nasib blog free, dan akses internet guna office)
  3. Ramai orang akan bergaduh sebab sokong calon2 yang berlainan
  4. Blogger yang tak berapa aktif akan aktif semula menulis dan update blog mereka dgn AF (tak dapat jadi pengkritik di TV, kat blog pun jadilah)
  5. Ramai pelajar yang cuba enter frame, main cakap2 dengan kamera (cuba pancing undi dan nak kasi orang kenal, jgn nanti org menyampah dah le)
Akan ditambah dari masa ke semasa!

Dan dengan ini saya .....

6 comments:

Anonymous said...

Salam,

Nak tambah sikit, budaya kutuk mengutuk pun menjadik semakin berleluasa dan segala kutukan disiarkan kepada umum tanpa ada perasaan bersalah langsung pada org. yang kena kutuk.....(ada lah kat satu stesen tv berbayar tu...stesen kena bayar, kutuk org. pun kena bayar..yg. penting RM masyukk)

mahaza said...

wakakakaka

aku gelak jer lah kali ni.....

blog update pun takde kena mengena ngan af dah... err.... ada kot....

The Way I See It said...

Nak tambah satu lagi...tapi off record... yang pelik... bila terpaksa baca blog javard untuk update... selalu baca blog SM... bole ke tu... :)

sultanmuzaffar said...

boleh jer...hahhaahhaha
sian korang. tapi aku terpaksa kesiankan diri aku dulu...hehheheh

Unknown said...

4 Blogger yang tak berapa aktif akan aktif semula menulis dan update blog mereka dgn AF (tak dapat jadi pengkritik di TV, kat blog pun jadilah)

aku rasa blog ni pun sama jugak weh..kalau dlu sbulan skali update, ni akan diupdate saban minggu....takyah tgk AF. baca kat sini je(:p)

The Way I See It said...

betullllll.... kita serupa....