Sunday, May 14, 2006

Nasionalis ke Oportunis Melayu?

Saya ada di Johor Bahru pada 11 Mei 2006, hari keramat bagi ramai anggota UMNO.

Kebetulan saya ada seminar di Hotel Hyatt Johor Bahru, tempat yang sama ramai pemimpin-pemimpin UMNO menginap sebelum upacara ulang tahun UMNO ke 60 di Istana Johor.

Maka banyaklah jalan-jalan disekitar Istana yang ditutup, untuk melancarkan pergerakan trafik menuju ke kawasan istana. Saya menginap di Hotel Seri Malaysia, kerana Hyatt dan M-Suite Hotel semuanya sudah habis ditempah oleh orang-orang UMNO!

Di kawasan hotel Seri Malaysia pun, sekurang-kurangnya ada 4 biji bas, yang rata-ratanya dari Melaka, untuk membawa mereka ke majlis keramat itu.

Kerana seminar saya hanya akan bermula pada jam 10 pagi, saya mengambil keputusan untuk sarapan pada jam 8.45 pagi, kerana mahu mengelakkan kesesakan di coffee house. Malangnya, pada masa itu masih ramai yang baru hendak bersarapan, walaupun acara di Istana akan bermula pada jam 9 pagi!

Selesai sarapan, saya segera memesan teksi untuk ke Hyatt bagi seminar yang akan berlangsung pada jam 10 pagi, tibanya saya di Hyatt, masih ramai yang rupanya VVIP UMNO yang masih berada di kawasan hotel, ah mereka mungkin dah nak pergi kut!

Pada jam 11 pagi saya ingin ke toilet, eh, masih ramai lagi orang yang berbaju melayu yang masih di lobby, berborak2 kosong! hai, macam mana nie?

Seminar saya tamat pada jam 12 tengah hari, dan sesudah sesi makan tengah hari saya terus pulang ke Seri Malaysia, kerana saya harus check out sebelum jam 2 petang.

Buletin 1.30 petang TV3 ada menunjukkan acara ulang tahun UMNO itu, alahai di kaca TV, kita dapat lihat tak ramai pun yang hadir. Yang ada pun hanyalah orang-orang kampung yang dibawa khas dengan bas-bas sekolah dan kilang dari sekitar Melaka dan Johor!

Kemana korporat-korporat UMNO? adakah mungkin sebab kat majlis ni susah nak dapat projek, maka mereka tak mahu pergi bersama-sama meraikan majlis itu?

Adakah UMNO la ni dah jadi oportunis bukan lagi nasionalis?