Tengah-tengah kita duk sibuk dengan Rancangan Malaysia ke 9, AF musim ke 4 menjelma. Sekejab sangat rasanya, baru macam minggu lepas tengok Mawi tersingkir dari konsert prelude dan baru sangat rasanya demonstrasi dan petition kemasukan semula Mawi ke dalam AF3.
Dan di blog-blog (ternama ataupun yang nak glamour) dah banyaklah pulak komen-komen penulis-penulis picisan dan perdana yang memberikan pandangan-pandangan mereka. Yang dulu tukang kritik, la nie dah jadi family AF dah pulak. Bertambah glamour le ko kawan!
Belum pun bermula dah ada macam-macam kontrovesi, yang paling panas ialah ade awek yang bertudung dipilih masuk! hai astro dan AF, takkan ler pisang nak buah dua kali! Juri kali ni pun akan serba salah agaknya, tak pilih nanti kena kata anti-islamic!
Yang tak sempat tahun lepas tapi tahun nie pun ader juge, mintak-mintak bernasib baik le tahun ni ye dik...
Yang tahun lepas putus kasih dan putus sahabat dek isu-isu remeh temeh, sampai putus sahabat dan kawan, tahun ni macam mana pulak yer. Manalah tau tahun nie, sokong orang yang sama, boleh le geng balik. Kan dalam AF, tiada kawan dan lawan yang kekal!
Segalanya mungkin...
Dan juga jangan lah kita ramai-ramai nak berebut jadi abang/adik atau sedara angkat pada mana-mana peserta, sebab nanti kita juga akan menyesal jika terpinggir... Kalau tak serik-serik juga, silakan lah, tapi nanti kalau kecewa jangan buat press conference pulak yer, tak larat orang ramai yang menerimanya tiap tahun...
AF yang muhibbah?
Satu lagi selepas lama hilangnya pelajar cina dan india, tahun ni kita dimeriahkan oleh Coco Lee dari Kelantan. Eh bukan... tak ingat le nama dia tu.
Dari segi format, nampak tak ade perubahan le kut. Kalau di Indonesia formar AFI dah berubah.. la ni.. depa guna format 1 lawan 1. Ala macam rancangan who will win tu le...
Yang kita nampak, seperti 2 tahun lalu mungkin pengundian mulanya akan mengikut semangat kenegerian akan ada, lebih-lebih lagi dari Sabah. Kemudian akan mula susut di penghujung. AF dan Astro nak pukul projek superstar agaknya, tu sebab ada Coco Lee.. eh Karen kut, harap-harap jangan jadi macam kes budak Malaysia Idol tu udah ler.
Esok, konsert prelude, saya nak tengok kut-kut ade yang lupa lirik ke atau tidak.
Yang pasti, yang menang AF akan dapat keta, umah duit dan lain-lain lagi. Yang kita ni, miskin le 2-3 ribu dalam masa 3 bulan nie. Tak macam kawan kita tu, musim AF ni dia masuuukkkkk...
Wassalam.
Friday, May 19, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
dunia berputar dan sistem juga berputar. di af1, ag2 dan af3 kita terkena, di af4 kita mengenalah pulak.
kalau kita terus berada di takuk lama, tak maju lah kita. kan pak lah dah pesan, orang melayu kena maju...:)
This is very interesting site...
» » »
Keep up the good work Cary golf course property for sale mature gallery hotel offers Recruiter export compliance national lottery dodge neon turbos Current residential mortgage rates Creative online marketing Best kind calcium supplements domain Optoma tvs flip down car Willow park texas golf course
Post a Comment