Sunday, May 07, 2006

Gemilang, Terbilang.... Temberang!

Kudos untuk YB Dato' Shahrir Abdul Samad, ahli parlimen untuk Johor Bahru. Nampaknya beliau menunjukkan kualiti seorang ahli parlimen yang sebenar dan terbilang. Beliau lebih mengutamakan kepentingan negara dari kepentingan parti.

Salah ke kita nak siasat ahli parlimen yang mungkin menyalah gunakan kuasa? Kalau tak salah apa yang nak ditakutkan?

Parlimen adalah badan yang tertinggi di Malaysia, badan yang mengubal undang-undang!

Mestilah ada check and balance... barulah terbilang, kalau tak tak payah lah nak temberang rakyat.

Politik kita dah jadi politik badutan, itulah realitinya! Langsung tak ada kredibiliti dan akauntabiliti.

Jelas kita sangat kecewa dengan perkembangan ini.

Penulis Pojok

Memang seronok kalau jadi penulis ruangan pojok di akhbar-akhbar utama ni. Yelah, boleh tulis apa yang kita suka, tak payah nak tunjukkan diri kita. Lebih kurang macam blog jugalah gamaknya. Tapi blog penulis picisan aje. Depa tu pembaca berjuta, jadi kita rasa kena ada tanggungjawab terhadap apa yang depa tulis!

Mempertikaikan keputusan seseorang untuk membuat sesuatu, hanya kerana dia tak percaya pada sesuatu perkara tak bermakna yang orang itu silap.

Dalam kes Ramli Sarip, Siti Jarum sekali lagi menunjukkan ke-dangkalan pemikirannya dengan mempertikaikan keputusan Ramli untuk jadi pengetua AF4.

Kalau tak suka tak payah nak bagitau semua rakyat Malaya! Dalam keadaan industri hiburan yang suram nie, nasib baik juga ada AF, kalau tak tak tahu apa yang nak jadi dengan industri kat Malaysia ini.

Bagi lah peluang kat Ramli Sarip nak buat apa dia yang nak buat. Dia tu orang lama.

Orang-orang yang macam Siti Jarum ni lah yang membuatkan industri kita makin suram, yang nak cari kualiti konon. Kualiti apa kalau orang tak suka dan tak beli album atau tonton konsert?

Nak tanya juga pada depa ni, apa takrif kualiti pada mereka? Apakah orang ramai yang dok sokong AF ni tak pandai nengok artis kualiti?

Lihatlah komen Zainal dan Andi (Flop Poppy) tentang rancangan realiti.

Banyak sangat yang perasan dan syok sendiri kat Malaysia ni....

2 comments:

Anonymous said...

memang temberang....kepentingan rakyat dan negara tidak lagi penting bagi "mereka" itu. harap Datuk Shahrir terus perjuangkan kebenaran kerana bak kata maman...malaysia dah ketandusan pemimpin yg benar2 pemimpin...

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » » »