Sunday, May 21, 2006

Menegur Pukul Sayang Atau Menghentam Pukul Hilang

Saya percaya bila mulanya AF4 ni nanti maka ramai lah orang yang akan aktif berblog - termasuklah saya, yang motif akan maha jelas, yakni memberikan pandangan-pandangan 2 sen berkenaan sesuatu isu atau untuk memperkatakan berkenaan peserta nanti.

Oleh itu, sebelum kita mula demam dengan AF4 ni, marilah kita ber iqtiqammah terlebih dahulu, dengan memperbetulkan minda dan perspektif kita, supaya apa yang kita keluarkan nanti adalah apa yang kita panggil- pukul-pukul sayang, yakni kritikan-kritikan yang membina yang harus menjurus kepada isu secara mutlak, dan jika boleh memberikan cadangan yang bernas untuk memperbaiki sesuatu permasalahan.

Larilah kita lari dan menjauhi diri dari Menghentam pukul hilang - yakni dengan sukarianya menghentam dan mencarut-carut tentang seseorang dan lebih tertumpu kepada personaliti dari isu. Bila ini terjadi, motif penulisan kita akan hanya tertumpu kepada bagaimana untuk menjatuhkan seorang individu daripada membina dari kekurangan mereka.

Kes-kes menghentam pukul hilang ini, banyak terdapat mutakhir ini, bukan hanya di kalangan penulis blog, tetapi juga sudah merebak ke kalangan penulis di media perdana.

Kebanyakannya terjadi bila ada tikus yang nak membaiki labu, bilamana, seseorang itu mahu bercakap tentang isu yang dia sendiri kurang arif. Kerana kekurangan ilmu, maka nas-nas yang diberikan adalah pandangan dan sempit yang lebih kepada cetusan perasaan dari pemikiran yang berbentuk ilmiah!

Orang yang dikritik pula akan berkecil hati, dan akan adalah sifat berdendam antara penulis dan orang yang ditulis...

Oleh itu bila menulis, ingatlah, tulisan dan pandangan kita akan dibaca, jika tidak ramai pun, segelintir, oleh itu sebelum kita mabuk dan demam dalam masa yang terdekat ini, mulakan lah dengan istiqammah sebelum menulis......

Wassalam

No comments: