Minggu ni akan bermula lah konsert prelude AF4. Dan saya rasa dah ada lah juga ramai die hard fans AF yang dah mula nak demam. Kalau di lihat dari penyertaan caon-calon pelajar, memang makin lama makin hebat penyertaannya. Taka de lagi dah stok-stok yang macam atie dan nana… mintak-mintak stok dan species fitri dan reza juga dah lenyap jugak lah.
Saya mengikuti perkembangan nota-nota prelude dari tulisan Javard, yang nampaknya mengambil alih tugas pelapor utama dari sultanmuzaffar (sekurang-kurangnya dari kacamata saya). Mungkin kerana sultanuzaffar yang pada tahun ini terlibat sebagai orang dibelakang tabir, maka ini akan membataskan sedikit tulisan-tulisan atau kupasan beliau tentang AF pada tahun ini.
Saya pada masa ini memerhatikan 2 calon pelajar, Faizal dan Haziq yang pada pandangan saya mempunyai potensi dan berbakat. Tapi itu hanya pandangan mata kasar saya, ini mungkin akan berubah selepas konsert prelude nanti.
Akan tetapi di AF, bakat ini kekadang tidak memainkan peranan yang besar dalam menerima AFUNDI. Apa yang perlu ada adalah sedikit apa yang dipanggil aura atau X faktor yang berupaya menarik AFUNDI.
Penonton akan cepat jelek pada pelajar yang over dan getek, ataupun yang perasan dirinya bagus. Keikhlasan persahabatan AF1 sudah mula hilang, dan sekarang ini nampaknya persahabatan mereka lebih palsu dan plastic, kerana mereka just want to stay in the game.
Perserta kali ini lebih tahu apa yang mereka harus lakukan, mungkin mereka akan menggunakan multiple tactics, seperti simpati dan air mata. Mereka tahu kalau hanya bersandarkan bakat, mereka akan end up seperti Idayu!
Di AF1, Nana memulakan taktik air mata, kemudian Mas ( Disini mungkin mereka lebih ikhlas dengan air mata mereka) akan tetapi di AF3, orang sudah mula bosan dengan air mata Amylia. Siapakah yang akan jadi ratu airmata AF4?
Saya tertarik pada sikap Faizal yang memang blur, dan nampak innocent, adakah ini akan menarik perhatian dan AFUNDI penonton kepada Faizal? Faizal jangan pula meniru gaya Allahyarham Sudirman! Hanya ada seorang Sudirman!
Bagaimana pula Haziq yang memang boleh membawa lagu-lagu asli? Gaya beliau yang seakan-akan kerek akan memudaratkan seperi apa yang berlaku pada Fuad dimusim yang lalu… Karen pula, berjayakah dia membawa undi masyarakat cina?
Apa yang pasti, undi akan pergi kepada orang yang membawa kelainan, dan saya tidak menjangka Salima akan menang, jika hanya mengharapkan AFUNDI dengan image-nya sekarang. Ini kerana kita sudah ada Waheeda dan Bienda.
Tetapi di AF ada banyak kejutan-kejutan, dan tunggulah apakah kejutan-kejutan itu. Yang pasti, kita tidak mengharapkan seorang lagi Mawi, Mawi adalah Mawi, kita harus menunggu apakah keistimewaan pelajar AF4 ini yang akan menghidupkan hari-hari kita.
Bagaimana kalau tiba-tiba ada angina dangdut? … mungkin ramai mat-mat indon yang ambik MC setiap malam konsert sebab nak tengok budak Jelebu melenggokkan punggungnya nanti….
Friday, May 26, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment