Assalamualaikum.
Lama sangat rasanya tak update blog. Kesibukan kerja menjadi tentangan yang sangat hebat. Maybe juga dek kerana kesibukan kerja, maka sudah tidak keep abreast dengan perkembangan dunia hiburan di Malaysia.
Mawi menang ABP 2005, seperti yang dijangkakan, kalau tak menang mungkin akan ada rusuhan di sana-sini. Memang rezeki budak botak tu le gamaknya. Tapi di ABP, saya nampak ada peningkatan dari segi persembahan dan protokol. Seperti yang saya pernah kata, orang sekeliling akan sedikit sebanyak mempengaruhi diri kita. Maksudnya, pengurusan Mawi sudah menjalankan tugas mereka.
Dan nampaknya, perang dingin pun sudah berlalu, memang manusia akan memaafkan, antara satu sama lain, biarlah masa yang yang menjadi penawarnya. Syabas pada mereka yang telah berdamai!
Bagi Saya, terlalu banyak tugas yang perlu dilangsaikan, kerja di anggap amanah. Amanah untuk memajukan negara dan bangsa.
Tadi baru balik dari Putrajaya bertemu KSU sebuah kementerian, esok meeting dengan KP sebuah agensi perlaksana. Semalam di Alor Setar, perbincangan dengan Pengurus Besar sebuah agensi pembangunan negeri.
Minggu depan ke Kuantan, untuk satu bengkel, diakhiri dengan Jakarta dan Bandung di minggu berikut.
Terlalu banyak tugas yang perlu dilangsaikan. Ini semua rezeki, satu permulaan yang baik untuk suku tahun yang pertama.
Ini semua rezeki.... Alhamdulillah.
Wednesday, March 01, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment