Thursday, March 02, 2006

Harga sebuah kegagalan

Semalam saya dikejutkan oleh satu panggilan telefon dari seorang teman lama. Sudah hampir 4 tahun saya tidak bersua muka dengannya.

Dulunya dia seorang usahawan yang agak berjaya, punya seorang isteri yang jelita, 3 orang anak yang comel dan wang yang agak lumayan hasil dari perniagaannya.

Temu janji kami di sebuah kedai kopi mamak bermula pada jam 8.30 malam. Seperti kelaziman, pertanyaan pertama 2 orang sahabat lama akan berkisar kepada hal isteri dan anak-anak.

Kejutan dari jawabannya ialah yang dia kini bersendirian, telah berpisah dengan isteri dan anak-anak yang tercinta. Menurut ceritanya, dia telah 2 tahun memduda, setelah berpisah dengan isteri. Semuanya bermula apabila perniagaannya mula merundum.

Setahun selepas perniagaan sahabat saya tadi musnah dek kerana kesilapan pelaburan, dia telah dengan kasarnya dihalau dari rumah oleh isteri dan bapa mertua. Gara-gara tidak lagi punya wang, dan terpaksa disara oleh si isteri.

Walhal, percintaan mereka bermula semasa masih menuntut di sebuah sekolah berasrama penuh di Pahang. Semasa awal perniagaannya merosot, acap kali si isteri menyuruhnya pulang ke rumah ibu bapa sahabat saya tadi. 'Balik lah ke rumah bapa abang' kata si isteri kepada sahabat saya tadi.

Setelah berlaku pertengkaran antara sahabat saya dengan bapa mertuanya satu malam, dia telah di kunci dari luar dan tidak dibenarkan masuk ke rumah si isteri.

Maka pulanglah sahabat saya ke rumah ibu bapanya di Cheras. Cukupnya 3 hari maka datanglah saman si isteri tadi menuntut fasakh cerai di mahkamah syariah, dengan alasan yang berbagai-bagai. Yang menambahkan kesedihan si sahabat tadi pertuduhan yang dikemukan di saman itu langsung tidak masuk akal. Antaranya menuduh sahabat saya mangamalkan tarekat yang bertentangan dengan Islam dan suka berfoya-foya.

Bukan setakat itu, keluarga si isteri menyerang keluarga sahabat saya dengan kata-kata hinaan dan fitnah.

Dengan hati yang berat, sahabat saya telah menceraikan si isteri setelah si ibu merayu anaknya itu melepaskan isterinya kerana tak sanggup di caci cerca oleh keluarga menantunya tadi. Hinggakan si ibu sahabat saya merayu sambil melutut pada sahabat saya tadi, kerana tak sanggup mendengar fitnah terhadap sahabat saya itu.

Walhal semasa pernigaan maju dulu, bersama-sama menikmati kesenangan. Menurut sahabat saya, semasa itu dia sedang bertungkus lumus menaikkan semula perniagaannya kembali. Apakan daya, wang yang sedikit, menjejaskan urusan perniagaan.

Menurutnya lagi, dia sedang mencari peluang kerja atau perniagaan, dengan umur yang meningkat dan ijazah dalam perniagaantani, sudah tentu peluangnya agak tipis untuk bersaing dengan orang yang lebih muda.

Setelah saya pulang ke rumah, saya terfikir, inikah harga satu kegagalan? Semoga sahabat saya tabah menghadapi ujian ini.

3 comments:

Rose said...

Sentiasa ada rahmat disebalik kegagalan... seperti org yg diceritakan tu, jika dia tdk pernah gagal, sdh pastinya dia takan pernah tau sikap sebenar isterinya tu.

Tapi, kegagalan bukanlah penghujung jalan... insyaallah, akan ada jalan utk bangun kembali

Rose said...

Sentiasa ada rahmat disebalik kegagalan... seperti org yg diceritakan tu, jika dia tdk pernah gagal, sdh pastinya dia takan pernah tau sikap sebenar isterinya tu.

Tapi, kegagalan bukanlah penghujung jalan... insyaallah, akan ada jalan utk bangun kembali

Encik 1 said...

Nauzubillah!! Minta jauh. Macam cerita drama la pulak. Anyway Maman, 1 side of the story nih. Another side of the story(isteri punya cerita) macam mana pulak? Maybe next entry kot.

Always love your writings.