Sunday, February 12, 2006

Puteri Gunung Ledang The Musical

hmmm... Saya tak mahu dikata oleh pembaca yang saya juga mahu buat review tentang PGLTM, bagi saya, saya ini terlalu kecil jika ingin dibandingkan dengan Patrick Teoh dan sultanmuzaffar didalam pengetahan saya tentang seni persembahan pentas.

Mungkin bukan saya seorang, tetapi juga ramai lagi yang memang kurang pengetahuan tentang aspek teknikal sesuatu pementasan. Jadi tak guna nak buat review tantang benda yang kita kurang arif. (tak macam sejenis manusia tu!)

Tetapi secara ikhlas saya akan kata yang saya langsung tidak punya minat untuk menonton PGLTM, lebih-lebih lagi dengan plotnya yang memang bukan cerita asal Puteri Gunung Ledang.

Ditambah dengan lakonan watak Hang Tuah yang kurang fasih dalam ucapan bahasa melayunya, apa lagi dengan watak-watak perempuan yang bajunya macam kain tak cukup. Walhal semua kita arif tentang Melaka semasa itu adalah sebuah kerajaan Islam!

Seperti kata seorang blogger, Rahman Hughes ni, indah khabar dari rupa....

6 comments:

sultanmuzaffar said...

yang ini aku kurang bersetuju sikit dgn ko.

aku lebih rasa ko patut tengok dulu and then baru bagi komen.

tak fair pulak rasanya ko tak tgk dan lepas tu ko komen.

ttg sejarah akan tetap menjadi sejarah. ini hanyalah sebuah fiksyen.

Cinderella pun boleh dimodenkan.

The Way I See It said...

ni pandangan aku yg buta seni.... nak gi tapi... patrick teo punya komen turn me off lerr...

sultanmuzaffar said...

aku ngan patrick tgk hari kedua. agak biasa bila hari2 awal mmg byk technical problem.

tu sbb aku akan pi lagi pada 25hb. nak tgk ada perubahan ke tak.

mynicknames said...

dulu ayah aku tak mahu makan kfc, kawan dia ahli sunnah dari penang kata tak halal. lepas tu masa satu kenduri cousin aku kawen, dia terjumpa ex-classmate dia mufti perak, dato' harusanni zakaria, baru dia percaya bila mufti tu kata kfc halal. so now dia dah makan kfc. begitulah kuatnya pengaruh sesuatu statement. err.. relevant ke ni?

Anonymous said...

saya setuju...knp mesti actressnya bkemban...bkn kah PGL tu org Islam..pls cek the history..PGL tu mcm mana perwatakannya....terus terang lebih baik tak payah tengok kalau yg byk hnya adengan romantika d amour call me buta seni or wat so ever...tp sy pn ada belajar Sej Hang Tuah bkn mcm tu ceritanya...sedih bila tengok org blh sokong sesuatu yg mmg Islam tak suka...bangga pulak tu....

Anonymous said...

sah memang ceritanya melencong dari tatasusila zaman. pertama, jawa dulu-dulu amat prihatin tentang pakaian dan tingkah laku,apalagi sebagai seorang pompuan. keduanya pahlawan dulu-dulu sanggup berpeluk dgn pompuan-mengikut etika seorang pesilat handalan banyak pantang larang-mungkin setakat berbicara romantik yes.Kerana bapa saudara saya seorang guru silat(dulu-dulu,kini masih sihat biarpun tlh berusia 80an.) sbb tu saya tau.
Adakah anda terfikir, apa yang ditonjolkan semata-mata mengikut kehendak nafsu pelakon utama(yg konon nak menonjolkan kepahlawanan melayu? filem Malaysia? Pahlawan Melayu?) Adakah pahlawan Melayu sama macam teater romeo & juliet?
Esok lusa diaorg nak adaptasi 'sleeping beauty'? atau Me'melayukan'cerita 'prince charming'? & what so ever. Itu belum cerita tentang tarian lagi. Belum cerita tentang dialong para penghuni istana -adakah sama cara sorang sultan bercakap dengan cara Adlin bercakap-malah tak pernah pun tengok bangsawan dulu, bagaimana tertib para pelakunnya. Para pelakun hari ini sebenarnya pro....perosak budaya dan sastera.
Anehnya tak ramai yang dapat menilainya secara terperinci. Saya tak pernah merasa bangga dengan PGLM. Kerana tiada identiti Melayu dan Jawa sebenar disitu. Kerana saya berdarah Melayu/Jawa.