Friday, January 13, 2006

SMS dari Mina

Alhamdullilah, pagi ini saya menerima sms balasan dari kakak, abang ipar dan pakcik saya yang sekarang ini sedang mengerjakan ibadah haji di Makkah.

Berita yang mengatakan bahawa mereka selamat amat melegakan saya. Semalaman tidak dapat tidur nyenyak bila memikirkan kejadian sedih yang berlaku di Mina sewaktu melontar di Jamrah.

Alhamdullillah mereka semua selamat. Saya juga mendoakan mereka yang syahid di Mina, akan mendapat Jannah di Akhirat kelak.

Wassalam.

2 comments:

mahaza said...

Kebanyakan rakyat Malaysia mematuhi arahan Tbg Haji... kalau ada pun, maybe yg persendirian ker... insyallah tiada... cuma sedih sebab kesesakan berlaku akibat menunggu jalan dibuka selepas VIP pergi - jgn VIP dari Malaysia udah lah... Bila pulak buat haji kena ikut protokol VIP? Sedih...

Anonymous said...

naper nak buat haji perlu ada perbezaan antara VIP dan rakyat biasa...mengapa VIP perlu mendapat layanan istimewa sewaktu mengerjakan haji? sbb di akhirat nanti semua umat islam adalah sama tarafnya..dan yang membezakan kita adalah amalan..bukan status VIP atau tidak...