Saya tertarik dengan khutbah Eidil Adha, di sebuah surau di Assam Kumbang, Taiping, Perak.
Antara kata khatib tersebut ada 4 tanda yang kita ini dilaknati Allah.
Yang saya nak tulis di sini dan adakalanya bersabit dengan sesetengah dari kita ada 2.
Yang pertama apabila Allah mengeraskan hati kita umpama batu- ini terjadi apabila kita berfikir hanya kita sahajalah yang benar dan betul. Kita tidak mahu menerima nasihat dan pandangan orang lain.
Hatta letak mana-mana ayat Al Quran atau Hadis sekali pun kita masih berpegang pada pegangan kita. Apabila ini terjadi maka riak dan bongkak lah kita, maka kita pun akan selalu menperlekehkan pandangan orang lain dan hinaan itu menjadi kata-kata tetap di mulut kita.
Yang kedua adalah apabila Allah butakan mata kita - Bermakna, kita dihalang dari melihat kebenaran yang sebenar, kerana bersabit dari hati yang keras, kita gagal melihat perkara yang hak.
Kita melihat hanya pada yang indah didunia, tanpa mempedulikan akhirat. Kita akan buta pada balasan titian neraca akhirat Allah.
Oleh itu, kita berpesan kepada diri kita dan orang-orang disekeliling kita, elakkan lah diri dari dilaknati Allah dengan mengerjakan Amal Ma'aruf Nahi Mungkar, semoga Allah akan sentiasa
melindungi kita.
Wassalam.
Thursday, January 12, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Lagi 2 ape dia? alang2 dah tulis tu.. habiskan la.. :)
Akuas,
Lagi 2 dia tu dia tak dengar sebab tertidur. Malam sebelum tu tak tidur sebab cari lembu korban yang terlepas lari.(he he maman, sori buat lawak sikit jgn marah).
BTW my comments on the 2 signs are, when you have reached these levels, there's no way you are able to see these signs unless by the way of bala yg menimpa baru menyedarkan kita.Betul tak? Kalau sikit sikit (bala) maybe not so bad. Tapi kalau the magnitude such as Tsunami, are we strong enough to face it. As such, it is best that we istirafar all the time and berdoa kepadaNya supaya dijauhkan drp menjadi begini. Wallahualam
hehhehe...
ok lah, yg lagi dua tu... bila Allah menyibukkan kita hingga kita lupa tanggungjawab kita... jadi bila kita tak dpt gi masjid atau buat kebaikan... kita akan selalu kata kita sibuk.. tak ada masa...
yang no 4 plak..
lupa lah... jgn ,marah..
Hey all,, good morning
Saya faham kenapa maman tulis artikel ini.
Agak-agaknya, apabila maman menulis artikel ini, ada tak terlintas di minda dia possibility bahawa artikel itu sebenarnya lebeh wajar ditujukan kepada diri dia sendiri?
Saya harap sesiapa yang membaca, faham dan comprehend maksud saya. HEHE
huh? kenapa jadi personality attack pulak ni? maman ada buat salah ke kat Guracus ni?
article tu mungkin juga boleh di tujukan kepada orang seperti guracus kot!!!!!
sape yg makan cili, dia yg terasa pedas...
Guracus..Guracus mmg dasar tin kosong...
maman menulis untuk kita semua membaca dan berfikir...bukan dituju pada sesiapa pun..
That's a great story. Waiting for more. »
Post a Comment