Saturday, November 12, 2005

Peminat ke .... ?

Tak dapat nak control diri dari mengeluarkan komen ringkas saya tentang isu terbaharu seorang idola dengan FC dia ni. Anggaplah entry ini sebagai pesanan ikhlas. Kalau nak marah pun marah lah... tak kisah... Isu ni pun macam lauk basi.. tapi masih menyelerakan...

Kepada sesiapa yang berkenaan, dan yg dah naik angin tu... saya nak ingatkan... Jika anda boleh kritik dan komen Idola anda dengan lantangnya, anda juga mesti boleh menerima kritikan orang lain. Tak boleh lah anda boleh kritik, tapi bila di kritik melenting pulak....

Saya ada terdengar yang Tuan Nakhoda FC ni ada kata masa ucapan majlis eidilfitri mereka, yang mereka akan terus menyokong idola itu selagi idola itu berada dilandasan yang betul.

Maka keluarlah komen-komen media utama, tentang apakah yang dimaksudkan oleh Tuan Presiden itu. Saya sendiri tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan.

Landasan atas dasar apa? apa kayu pengukur landasan yang betul. Kalau tak ikut landasan tu, Kelab Peminat nak buat apa? Bermacam-macam persoalan, ayat-ayat yang saya kira tergantung. Ini semua akan mengakibatkan gossip-gossip liar, kerana kenyataan yang fuzzy.

Maka katanya idola pun menjawab pula, dengan berkata kelab peminat mestilah ikhlas didalam sokongan yang diberikan, untuk kepentingan yang bersama. Ini pun kabur juga. Sekali lagi apakah yang dimaksudkan? Ada rasa tak ikhlas ke? Tak puas hati ke...

Dah pandai pakai retorik nampaknya. Seperti ada main tarik tali- sorong tali antara kedua-dua mereka. Tetapi dari pemahaman saya nampaknya macam ada seperti retorik ugut-mengugut. Dah macam parti poltik pula nampak gayanya kelab peminat ni. Bagi saya kalau nak sokong, sokong aje lah, kalau tak nak, jangan lah keluarkan kenyataan yang seperti ini. Untuk idola tu pun, kalau tak puas hati, cakaplah pada FC dia dengan berterus terang.

Kadang-kadang kita terfikir apakah hak FC, dalam menentukan hala tuju seorang artis, setahu saya tak ada hak sama sekali. FC ditubuhkan untuk membantu seorang artis ber-interaksi dengan kumpulan peminatnya. Bukan untuk menjaga aktiviti dan mendisplinkan seorang artis itu.

Sedihnya FC yang ini pulak seolah-olah mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah mengertak seperti mencabar. Kadang-kadang kenyataan seperti memberikan ingatan seperti ugutan bukan langkah yang bijak. Ingatlah, Kita bukan pemberi rezeki, rezeki datangnya dari Allah Subhana Wata'ala.

Nampak seperti ada rasa riak dikalangan pemimpin FC ni. Ini baru dapat jadi pemimpin FC, belum lagi pimpin parti politik. Cukup-cukup lah tu, pemimpin politik la ni pun duk suruh kita terima kasih pada diaorang. (tak sedar yang dia sepatutnya terima kasih kat kita sebab undi dia). Takkan pemimpin FC artis pun nak suruh artis terima kasih kat depa juga. Tak payah belajar benda yang tak baik yang dilakukan oleh ahli-ahli politik tu.

Cukup-cukup lah tu, sebab nampak gayanya, peminat fanatik pun dah seronok sangat dengar ucapan yang sebegini, gemuruh bertepuk tangan bila pak ketua berkata begitu. Macam askar Amerika bertepuk tangan bila Presiden Bush memberikan ucapan pada mereka. Terkebil-kebil artis idola tadi. Kena sindiran di khalayak ramai.

Kenapa? diaorang rasa diaorang menang ke? Adakah ini seperti pakatan baik melawan pakatan jahat?

Adakah mereka lupa, FC tadi wujud atas dasar wujudnya artis tadi, dan bukan sebaliknya?

Pesan saya, kalau nak sokong, sokong dengan ikhlas, tak payah nak mengungkit-ungkit, sebab kalau ungkit, dah hilang pahala sedekah nak menolong tadi.

Si Idola tu bukan maksum, dia ada nafsu, jangan nak sekat-sekat dia. Suka hati dialah dia nak kahwin ngan sapa, kawan ngan sapa, artis tu dah besar panjang.

Yang sedihnya bila kawan-kawan lama artis cuba bercakap, FC pun ungkit, siapa yang paling banyak undi, FC atau kawan-kawan lama artis, sampai macam tu sekali. bagi saya kawan-kawan lama artis tu lebih kenal artis itu dari kita semua, salah ke diaorang nak bagi pendapat?

Dalam dunia artis idola ni, macam-macam ada....

Kepada pimpinan FC anggap ini sebagai satu teguran atau kritikan membina...

39 comments:

Anak Mami said...

Bang Maman,

To be very honest, Anak Mami ingat this issue dah basi, dah TERLAMPAU sangat dibahaskan.. Tapi Anak Mami angkat topi pada Abang Maman kerana berani nak membahaskan issue ni walaupun ada yang mencaci maki.. Ni la dunia skarang kan... semua yang diberi, mengharapkan balasan.. Nyway, Bang Maman, your point of view still da best!!! dan sememangnya Pengkhianat!! Tak ragu lagi!

My Point of View said...

Anak mami, I dah ubah topik tu sikit.. nak lower the tone of the language...

CinTa said...

seems like ada yang mengharapkan balasan bila idola nya dah berjaya...bila manusia mula meminta balasan..adakah selama ini sokongan mereka ikhlas????erm..susah jugak ni...bila masing2 mula mengharapkan balasan...!!

Anak Mami said...

Eehh Bang, tak leh la camtu! Tapi takpa.. Anak Mami paham..

stone4all said...

Maman,

Itulah namanya "gila kuasa", tak sedar perlantikan pun oleh beberapa "org kuat" tapi terasa macam ahli politik yang dilantik ribuan pengundi berdaftar. Mana rekod kewangan FC, mana minit mesyuarat, mana perlembagaan, mana senarai ahli... etc. Kenapa mesti dikongkong budak tu. tegur boleh, tapi kalau setiap pergerakan nak diatur, dan ikut acuan kita susahlah. takkanlah budak tu nak terus hidup dalam kepura-puraan... fikir-fikirkanlah. Kita ada privacy dan haluan serta acuan kita senrdiri. Tak pernah ada dlam sejarah yang artis kena ikut 100% kehendak FC, Manchester FC pun tak boleh halang MU dijual pada billionaire US ... inikan M&%$FC. kata2 keji dikatakan "teguran" ... manalah dapat terminology tu ... kutuk tetap kutuk, keji tetap keji ada ke orang mengeji dengan niat baik? hehehe nak "tegur" orang jadi baik ...
p/s: harap si artis tu tak terlalu menikut telunjuk FCnya ... just be yourself sudah asalkan tak melanggar hukum hakam agama ....

lontongkering said...

aku sokong abg maman .... pening kepala aku memikirkan nya kenapa jadi macam nie ???? biar lah perangai artis tu macam mana pun .... i don't think that they all honest nak tubuhkan FC tu .. iyer lah masa nak menubuh tu semua PK positive jek tak tau nak memimpin ni susah ... then mulalah jadi pengongkong ... ugut sana ugut sini ...ingat ubah diri sendiri dulu baru ubang diri org lain ... tengok diri kita dulu baru tengok diri org lain ... pastikan langkah kita betul dulu sebelum kita memimpin ... i don't think yang semua peminat artis ( yang disebut disini lah ) peragainya macam tu ... but the Otai-otai people dalam FC ni yang cepat melatah ... tak leh nak buat silap sikit dah ckp macam macam ... tak leh lah org lain nak tegur ... dah marah marah .... tak boleh lah ada benda yang tak baik sikit ... dah melenting .....manusianya biasa nya belajar dari kesilapan .... bangkit dari kejatuhan ... jatuh dari kealpaan

Anonymous said...

saya pun dah bosan... kalau nak sokong patut fc tu buat la ngan ikhlas. sokong la u maman. pedulikanlah perangai artis tu baik ker tak... dia dah beso panjang, takkan tak reti fikir kut... FC melampau tu bukan apa. pemimpin dia tu termasuk penasihat ( yg tah tak sihat kut!!!) dah giler kuasa... macam bagus sgt.

Anonymous said...

sesenang ngko je la yg jadi presiden maman oiii...

inilah manusia kalau tahu komplen itu dan ini tanpa mengetahui situasi yang sebenar. well, setelah apa yang berlaku selepas ini, ngko salah seorang daripada penyebab utamanya...

Anonymous said...

tak sangka ada jugak yang suka makan lauk basi kerana nampak menyelerakan. dah sah-sah lauk basi banyak bakteria. tak heran la sampai fikiran orang ramai pun nak disebar bakterianya....

My Point of View said...

kenapa ada yg dah terasa ke.. takkan tak boleh langsung nak kritik...

kalau kat mawi bukan main lagi nak kutuk dan control, nak nasihat dan ikut landasan...

kena depan batang idung tak boleh accept pulak...

mean your words...

Yanna said...

Terima kasih abg maman ... komen abg maman memang yanna setuju 100%

Anonymous said...

i 100% agree with you, maman...and i think most others do...those who support mawi sincerely...

just let him be...

mawifc, give mawi some space to breath ok....

Anonymous said...

100% agree with maman...

betul tu...mawifc, please give mawi some space to breath ok...kesian kat dia...tak boleh nak imagine kepenatan yg dia tanggung...

mr. president of mawifc dan ajk tertinggi nya..jgn la terlalu demanding...rezeki kita dtg dr Allah...kalau betul mawi tu baik budaknya, insyaAllah baiklah jadi nya..kalau sebaliknya, lambat laun akan diketahui jua..tak perlu sindir-menyindir, ugu-mengugut...kesian mawi, sudahlah kepenatan, lagi tertekan jadinya...

Anonymous said...

betul gak maman,
FC yang satu ni memang nampak kegilaan kuasanya.yang jadi mangsanya artis tu sendiri.orang tu cakap ini,pihak lain cakap itu pulak.mamat tu jadi confuse gak dan naik menyampah...

CinTa said...

keep on writing maman...coz i will keep on reading...bravo...

chomel said...

assalamu'alaikum tuan rumah n readers all...

actually nak comment sal expressing views either kat ruang comments blog, or kat FC dotcom or dotnet; it's actually about being responsible and take ownership of our words and opinions.

kebaikan dari program realiti tv, kita lihat makin ramai rakyat malaysia berani mencari medium utk meluahkan pendapat masing2.

sayangnya, mostly seperti tidak bertanggungjawab dalam mengutarakan perasaan/opinion masing2. especially those yang berlindung disebalik nickname, yang kita tak kenal mereka in real life.

i really2 appreciate blogs and online forums as medium to express our feelings n thots. perhaps, pengguna internet, esp RAKYAT MALAYSIA, perlu dididik ttg etika berdebat/bertukar2pendapat/ meluahkan pendapat, or the most important, being responsible with whatever that we are doing, including menaip patah2 kata ke medium internet ni. jangan nak suka2 hati mengeluarkan kata2 yang tak patut.

Anonymous said...

sesenang ngko je la yg jadi presiden maman oiii...

inilah manusia kalau tahu komplen itu dan ini tanpa mengetahui situasi yang sebenar. well, setelah apa yang berlaku selepas ini, ngko salah seorang daripada penyebab utamanya...

7:57 PM

tengok pd lenggok ayat aje kita dah kenal sapa makhluk Allah ni. tapi aku lihat kau,kau,kau dan kau tak pernah berjaya memberikan satu penjelasan yang konkrit untuk meyakinkan kami bahawa kamu semua melaksanakan tanggungjawab kerana Allah. kamu terus-terusan merasa hebat kerana kamu presiden, kerana kamu penasihat etc.etc untuk berkata-kata mengugut, menyindir mawi sesedap rasa.

tapi bila kamu dikritik .. mulalah muncung..merajuk! maaf kalau aku katakan kamu akan bercakap seperti di bawah sedar..merapu entah apa2. dan pada akhirnya senang saja jawapan escapism kamu... kamu kata orang lain macam kami hanya tahu komplen itu dan ini tanpa mengetahui situasi yang sebenar. itu sajalah modal kamu.

contoh kisah mawi ke disco..macam2 versi yg kita dengar..mana satu nak pakai? so berita yang disebarkan tak objektif sedangkan ... bukankah objektiviti itu sangat penting dalam penulisan.

kalau kamu tahu situasi sebenar ceritalah dengan fakta yang jelas dan benar, yang berpijak dibumi yang nyata. cakap toksah belit2. sekejap kata begitu sekejap kata begini. bila orang kritik sikit..kamu akan meletakkan defense mechanism sebagai perisai diri yang selalu menampakkan kecelaruan pada diri kamu. habis apa ke bendanya!!

balik2 ugut!ugut!ugut! apa kamu ingat kamu dah dapat title ir atau penasihat cum wartawan hiburan kamu dah rasa cukup hebat ..dapat lesen besar untuk kerja mengugut orang. tolonglah ... jangan bawak budaya samseng jalanan pulak brader!

orang kata isu ni dah basi tapi kalau kamu semua masih bercakap dalam nada yang sama masakan boleh isu ini dianggap basi. hei! jangan buat malu orang pahang dengan kerenah korang ni! grow up guys!!

aku melihat kamulah (presiden dan penasihat serta yg sewaktu dgnnya)yang dah lari dari landasan.

"sesenang ngko je la yg jadi presiden maman oiii..."

sebenarnya orang lain bukannya kemaruk sangat nak jadi presiden dsb. jadi janganlah cakap seperti orang bodoh sombong. kamu kena ingat baik2 dengan keahlian dah melebihi 35,000 orang maka terdapat pelbagai bentuk sahabat yang diwarnai dengan pelbagai latarbelakang kerja dan pengalaman.. malah aku fikir mungkin lebih luas daya pemikiran serta bila-bila masa layak untuk mengambilalih tempat kamu!

tapi kalu pendapat orang kamu sikit pun tak boleh nak nilai dan hargai... baiklah..sekarang aku cabar kamu supaya meletakkan jawatan ataupun lebih baik kamu panggil saja mesyuarat agung tergempar supaya satu kaedah pemilihan ajk dapat dilaksanakan dengan lebih telus, lurus dan lulus!

Anonymous said...

maman ooo maman, benda nie pun ko nak jadikan isu , sendiri mau fikir la ... common sense ...

lontongkering said...

emmm well i komen b4 this ... this morning coming to work and read all this ... early in the moring make me sick ... come on lah .... this thing happen satu jek sebab ... because MAMAT TU terlampau glamour ... seantero malaya kenal dier ..dari yang baru nak belajar bercakap ...sampai yang dah bertongkat .... and people semua nak rapatkan diri dengan dia ... bukan apa ... nanti leh claim ..weiiii aku rapat ngan mawi .... for me kalau nak menasihat .... don't blog it and tell other people .... it just seem u r telling other people i'm a good guy ... this is not to u ha abe maman ... percayalah ( ala- ala CT menyanyi ) kalau nak menasihat atau nak menegur ...tegurlah secara 1 to 1 ... not telling everyone in this WORLD ...itu bukan apa mengaibkan ... this is nasihat to all of u ... STOP the madness ... hentikan lah kegilaan nie ...

guracus said...

Hey All
Isu ini basi dalam konteks statement itu dah lama dikeluarkan and for it to be used as the basis of an article, it is definitely basi! Benda-benda basi as any medical practisioner would testify, please AVOID!
Seperti yang ada saya post dalam satu blog lain, Statement itu adalah stating the obvious. Tak timbul langsung pun keperluannya.
Dalam pada itu tak timbul isu pahala, sebab masa mengundi dulu tu, saya fikir la, tak ada terlintas langsung dihati sanubari masing-masing nak dapatkan pahala. BTW ada pahala ke ? :p

guracus said...

tertinggal diatas sikit. isu pahala itu termasuklah kerana menyokong.

noor said...

maman...u dont hv to respond to them (those yang kata "lebih tau cerita sebenar")...they are only good in telling people "hanya kami yang tau cerita sebenar"...itu saja yang dicanangkan....bukan kah ituu akan mengundang fitnah?

Saira said...

Let Mawi be himself!

Tapi betul jugak kata stone4all.. wheree is the minit mesyuarat? senarai ahli? dll perkara yang patut ada dlm kelab berdaftar. bukan nak marah ke ape tapi bila perkara dah jadi macam ni cuak jugak. mereka yang "Lebih tahu hal sebenar" hmm??? a big Q for them.

Apapun FC patut sedar.. tanpa artis tu takde la FC dan bukan sebaliknya. Sokongan biar la IKHLAS.. bukan hak kita tentukan hidup orang lain.. tak kisahlah sape undi paling banyak.. Rezeki Allah yang tentukan.. Minat Sokong.. kalau tak minat.. Please go away.. kalau rasa dah membazir.. inila masanya untuk insaf.. lepas ni tak perlu mengundi lagi utk program2 akan datang.. sah2 mengafundi tu membazirkan duit ja.. tapi u have fun right? tgk wayang pun cam tu jugak.. melancong tempat2 mewah pun cam tu jugak.. what u want is having fun isn't it? it just dont come free.. worth it or not worth it.. for u to deside!

sultanmuzaffar said...

nak sambung tidur balik...

zzzzzzzzzzzzzz

papaadlis said...

huh, sakit perut ler... asyik gi open house, makan kuih raya (banyak bicarbonat agaknya) meragam pulak perut ni... nak sambung tidur balik pun.... boleh lah kot?

stone4all said...

Elok jugak kalau yang terasa tu letak jawatan, lepas ni bolehlah adakan pilihanraya umum peringkat kebangsaan merebut jawatan penasihat dan presiden MAWIFC. Jangan tak sangka jadik presiden mawiFC boleh mendekakan diri dengan politik (kalau mahu), ulamak (kalau mahu), glamour (kalau mahu) dan macam2 lagi kalau mahulah. rebutlah peluang keemasan ... kot..kot tempias rezeki mawi tu...

PK said...

ye la.. yg dok sound2 maman tu rasa cam tau jek sape from lenggok gaya bahasa die..

and aku setuju ngan lontongkering pasal ade satu org power dalam FC tu yg nak bagitau Mawi dah kuar landasan dalam blog die.. (bukan MAMAN.. gua caya lu maman).. kalau nak sound pun depan2 la.. apsal nak bagitau satu dunia pulak.. bak kata lontongkering "for me kalau nak menasihat .... don't blog it and tell other people .... it just seem u r telling other people i'm a good guy ... "

pastu mule laaaa nak pening2 kepala pasal org benci kat die laa.. nuke blog die laa.. huh.. whateva..

Anonymous said...

Bang Maman,

Saya pun members FC ni tapi saya angkat topi dengan abang. Isu ini isu yg harus diperdebatkan bak kata hang tuah dalam DB tu, landasan apa dan untuk siapa? I totally agree dengan u that kalau nak sokong sokonglah dengan ikhlas. This kind of damaging statement bukanlah hak president untuk melaungkannya. Ianya seolah suara hati semua penyokong yg pergi je bertepuk tangan kerna yg pergi tu ramai org atas FC je yg tak pergi melenting jugak. Entah saya banyak tak setuju dengan tuan president dalam hal jurucakap ni.

sultanmuzaffar said...

semua pandangan maman adalah berdasarkan apa yang dia nampak terhadap FC & AJK FC.

apa kata tulis pula pandangan maman berdasarkan pandangan ke atas mawi pula ?

contoh : knp mawi jadi begitu. apa yg menyebabkan FC berkata demikian. apa yg dah mawi buat.

Anonymous said...

rasanya SM.. kalau maman tulis ikut cadangan u tu.. alamatnye melethop jugak la blog ni.. hahaha.. tapi betullah maman asyik tulis pasal FC bermula ngan topik kongsi gelap dsgnya.. maybe because maman pun FC members tapi kalau nak tulis pasal Mawi himself kene dapat fakta yang betul.. so who have this access? Even wartawan pun kekadang tak dapat fakta yang betul..tak boleh menulis berdasarkan andaian saja.. kan dah ade topik bahaya andaian.. hehehe.. jadi tulis la macam Ilham pasal analisa serangan ke atas Mawi tu..

Game andai-mengandai dah jadi trend dah sekarang.. main la game tunggu dan lihat pulak..

papaadlis said...

maman attack fc sebab kalo tulis kat mawifc selalu kena kaw-kaw punya especially anti D... I think...

Anonymous said...

sm,
I AGREE WITH YOU..
MAMAN TAK PUAS HATI NGAN MAWIFC

~the presidennt meant well..perhaps it might not sound as such

~artis lain diminati tapi Mawi disayangi

~sebagaimana kita sayangkan saudara kita sendiri, kita akan tegur dia kalau dia tersasar..salah ke??

~takkan lah tegur orang yang kita 'care' tu gila kuasa namanya?

~tak de apa yang kami, penyokong Mawi, inginkan.

~balasan? apa contohnya..kami cuma tak mahu dikatakan salah menilai..sebab itu kami jaga keperibadiannya.

~Bukan kah artis itu sendiri pernah berpesan..Kejutkan dia jika dia tertidur..kami sekadar memberi respon

~Burn, you have done nothing wrong.

My Point of View said...

SM:

My next writing will be on Maestro... ada banyak isu kat situ kan? Tunggulah... bab Mawi ni dah masuk ujung2 dah nie...

Maestro efficiency in managing its talents, market demand or simply neglection?

My Point of View said...

Lupa lak... budak Mawi nie, seiklhasnya lah kau cakap mmg tak ade apa yg special sangat....just pure luck jer tu.. kalau dia selected from the beginning... tak mungkin dia menang...

Dia menang pasal org notice dia dari awal... so ada sikit advantage... imej mat simpang tu pun menyumbang....

So setakat tu jer lah entry on Mawi nie ha...

Anonymous said...

Mawi win is not only based on luck.. ye la luck tu antara faktor jugak tapi keupayaan dan kelebihan dia tu datang dari diri dia sendiri jugak.

Pasal burn tu.. walaupun apapun kenyataan burn memang mengguris hati banyak pihak. Walau apa tujuan sekalipun.. nada2 ugutan tu saya amat tidak suka malah hilang terus respect saya pada burn. Mungkin saya juga boleh berkata pada burn yang "saya akan menyokong anda selagi anda berada di landasan yang betul!" landasan di sini ialah peranannya dalam mawifc.. sekian.

noor said...

...looks like this issue on "mawi" will be a "never ending story"....

Anonymous said...

best regards, nice info » » »

Anonymous said...

Best regards from NY! »

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP » »