Hari ni rasa malas nak tulis perkara yang berat-berat, kang adalak orang cakap, asyik Mawi aje lah pulak. So hari tak ada citer pasal Mawi.
Nak citer pasal raya pun tak banyak yang boleh diciterkan, pasal I raya pun kat KL, dah memang born and breed in KL. Mak dan bapak orang Gombak, so nak buat camno.
Wife pulak walaupun orang Taiping, tahun ni tak balik Taiping, sebabnya, Arwah Bapak wife baru meninggal awal tahun ni, dan kebumi pun kat sini (KL), so they all pakat raya kat KL jugak lah. So semua kumpul kat umah I. Tapi pagi 2 hari raya, masing-masing dah balik ke umah masing-masing.
Raya ke dua gi jalan-jalan ke Kuantan, lawat makcik-makcik wife I yang ada kat sana. Ada 2 makcik wife I yang duk Kuantan, so daripada lepak kat umah, gi jalan-jalan raya ke Kuantan pulak lah. Lepas Kuantan gi lah Pekan kejab, ada saudara angkat wife I duk kat Pekan. Seronok juga, kampung nelayan, Kampung Marhum. Memang ada suasana raya lah kat situ, kalau nak compare even ngan Taiping pun.
Journey to Kuantan, pergi pagi balik malam tu jugak. Memang memenatkan. Tapi seronok dan best sebab orang-orang Pekan memang baik-baik.
About Me
Ada jugak, readers yang email duk tanya I ni kija apa, buat apa dan sebagainya. Dan juga komen pedas yang katakan seronok menulis kalau orang tak kenal... susah lah kan.
Tapi pada sapa yang betul-betul observe, boleh klik kat my consulting practice tu, ada lah citer about myself and what I do for a living. Tak payahlah nak war-war kan di sini. Kang kata nak menunjuk pulak. Jadi bab-bab yang kata I kritik dan komen tanpa menunjukkan diri I nie sapa tu, dah terbukti yang I tak ader apa yang nak di sorokkan.
Solat Jumaat
Sat lagi nak gi Solat Jumaat, teringat pulak kat Dr. Azahari, yang terbunuh di Indonesia, saya sendiri selalu bertanya yang bila dia ni akan ditangkap, tapi sayang dia terbunuh, kerana bagi saya pembunuhan Azahari tidak akan menyelesaikan masalah keganasan di rantau ini, kerana kita masih gagal menyelesaikan masalah asas yang menyebabkan keganasan itu sendiri.
Selagi kita beretorik dalam apa saja yang kita lakukan, selagi itulah masalah ummat Islam tidak akan selesai.
Friday, November 11, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
boring lah citer raya. citer lah pasal mawi ker, pasal durex global sex survey ker ?
Biarlah, citer boring sikit, nanti ada yang kata aku nak glamour la.. nak jadi top blog lah... jadi penyokong mawi lah...
kang ko jugak kena marah gan penyamun-penyamun tu... pasal duk bertenggek kat blog aku.
Tapi ceriter pasal durex s*x tu aku bagi ko jerlah ulas... heheheh...good diversification strategy... heheheheh
org pekan mmg baik2..:)
kg marhum tu penduduknya ckp trganu,tak ckp pekan..
maman, taiping is the best place to celebrate hari raya what...
located in between ipoh/kuala and penang, so other than lemang, ketupat, rendang tok and ipoh kotiau sup, we serve nasikandar, laksa penang and sotong kangkong for pagi raya as well
mahaza, itu yang kes cari fishball keliling bandar tu, hehehe..
Chairman:
Orang Taiping ker? Next year boleh la I singgah umah u kat Kg....
Iz:
Memang Org Pekan peramah sokmo...
yeah, kita serupa... raya kat KL best apa sebab tak pening nak berjalan kesana kemari sbb takde jem.... just couldn't imagine menempuh jem nih. cukup lah sekali merasa pergi ke melaka 5 jam baru sampai kat toll air keroh...
Saya tertarik dengan your writing on Dr Azhari. Sebelum itu saja je nak kacau sikit tentnag penggunaan terma TERBUNUH. The right terma should have been MATI. Terbunuh membawa maksud lain pulak . Tapi ini pandangan sampingan.
Main perkara yang hendak saya tanya ialah apakah yang dimaksudkan dengan `pembunuhan azhari tidak akan.....,kerana kita masih gagal menyelesaikan masalah asas yang menyebabkan keganasan itu`. What do you actually mean by this stetement? Apakah masalah asas yang menyebabkan keganasan di Indonesia for example? Please elaborate. I am curious to know.
Kisah2 pengembom bunuh diri nie memang menyedihkan kerana melibatkan mereka yg tidak berdosa/bersalah, perempuan dan kanak2. Sudah tidak ada cara lain ke untuk menegak kebenaran?
Penindasan yang membuatkan manusia melakukan sesuatu yang diluar fikiran rasional.
Ditambah pula dengan seruan jihad yang retorik, pakatan baik melawan pakatan jahat... dan sebagainya...
fahaman wahabi yang menyempitkan berluasa kerana cara dakwah mereka yang tersusun...
menarik perhatian orang yang tertindas untuk menyertai mereka...org yang merasainya dirinya tertindas akan cepat menyahut seruan fahaman sempit sebegini. bagi mereka ini adalah satu cara keluar yang terbaik dan dihormati... akan kononnya mati syahid...
Isunya ... penindasan... contohnya di Indonesia - bila 10% penduduk menguasai 90% kekayaan negara... dan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang...ini penindasan ekonomi... di Palestin .. penindasan politik.... bila dunia memejamkan mata keatas tuntutan mereka pada satu negara merdeka...
PoV. thank you for your attemept. Tak nak cerita panjang-panjang but suffice to say that keganasan di Indonesia with all the various bombings has got nothing to do with penindasan ekonomi!
Post a Comment