Monday, November 14, 2005

Adakah Popular itu berkualiti?

Bila kita popular, tak semestinya kita pandai dan boleh memperlekehkan pandangan orang lain. Popular bukan menjaminkan kebolehan seseorang dalam sesuatu isu dan memberikan pendapat.

Kita kena bezakan pendapat yang popular dan pendapat yang berkualiti. Ini dua isu yang berbeza!

Tapi nampaknya ada sesetengah pihak yang merasakan dirinya popular, berkepentingan maka pendapat atau hujah mereka sahaja yang boleh diterima.

Pandangan dari orang-orang yang tak popular dianggap lalang atau langau yang menyibuk. Mereka memberikan hak ketuanan dalam satu isu khusus untuk diri mereka sahaja.

Maka bila ada pihak yang cuba memberikan pendapat, pendapat-pendapat ini diterjah sebagai hanya sampah, dengan alasan kononnya orang yang menulis tidak ada access kepada informasi sebagaimana mereka. Kononnya hanya mereka sahajalah yang paling berhak untuk membincangkan sesuatu isu.

Yang anehnya, mereka yang popular ini pun datangnya juga dari media picisan juga, adakah mereka lupa akan hal ini? Adakah hanya kerana access mereka kepada sumber informasi dan gambar-gambar yang mereka ambil dan pertontonkan kepada pembaca mereka, membuatkan mereka lebih gah dari orang lain? Adakah ini bukti yang mereka lebih hebat dari yang lain?

Ada juga yang saya dengar, kata-kata seperti, langau-langau yang pengecut yang tidak mahu bertanggungjawab keatas penulisan. Ini saya rasa ditujukan pada blogger seperti saya, yang selalu mengkritik dan memberikan komen.

Seperti saya kata, sila, jika anda ingin berminat mengenali saya, click ‘my consulting practice’ segalanya mengenai saya ada disana! Saya rasa tak perlulah saya bergah tentang sekolah saya, universiti mana saya belajar dan apakah pekerjaan saya disini. Blog ini bukannya platform bagi saya untuk mendedahkan semua itu.

Kita mesti ada kematangan, kematangan dalam berfikir dan bertindak. Tidak bermakna anda sudah ber blog selama 30 tahun bermakna anda sudah matang dan hebat. Apa gunanya menulis blog bertahun-tahun jika tahap pemikiran masih seperti anak-anak 12 tahun!

Keupayaan menerima kritikan juga melambangkan tahap kematangan seseorang. Asalkan komen atau kritikan itu menjelaskan permasalahan atau isu dan bukan serangan keatas peribadi penulis.

‘Separate the Issue from the personality!’ Jika kita berupaya melakukan ini barulah boleh kita berbangga sebagai seorang pembaca dan penulis blog yang matang.

Saya tidak pernah dan tidak pernah mahu menyerang Presiden dan Penasihat Mawi FC secara peribadi, tetapi saya cuma mahu mengajak pembaca dan juga mereka berfikir tentang satu isu. Ini bukan isu siapa mereka, tetapi isunya adalah cara mereka menangani sesuatu permasalahan. Ini yang mahu ditegur. Dari segi cara pengendalian Mawi FC yang lain, saya tabik, komitmen mereka yang sangat baik. Itu saya tak pertikaikan. Kita semua harus ucapkan syabas pada mereka dalam hal ini!

Saya perhatikan ada pihak yang cuba mempertikaikan pandangan-pandangan orang seperti saya, mereka ini tidak lain dari sahabat-sahabat kepada mereka yang berkenaan, yang punya kepentingan atau hanya kerana mahu mengambil hati sahabat mereka. Pesan saya pada mereka, jika anda mahukan ketelusan dan kebenaran, mulakan dari diri anda dahulu! Tapi seperti kata-kata mereka ini, blog mereka, hak mereka.

Mereka lupa tentang etika penulisan agaknya, walaupun sebahagian dari mereka ini adalah sebenarnya orang yang patut menjadi teladan dalam bidang penulisan! Seperti yang saya kata, adakalanya perspektif yang sempit menghalang kita dari melihat dunia dari perspektif yang lebih luas. Kami mungkin tidak punya akses kepada seleberiti seperti anda, tapi kami adalah orang yang boleh berfikir!

Saya bukan penulis yang boleh menggunakan bahasa yang berbunga-bunga, kerana saya telah di-orientasikan dengan cara yang sangat straight forward, jadi ada kemungkinan bahasa yang saya gunakan agak terus terang dan kadangkala kasar bunyinya. Saya mohon maaf.

Saya selalu cemburu dengan rakan-rakan yang punya stail penulisan yang indah susur katanya. Adakalanya saya rasa, adakah baiknya jika saya punya skil yang sama.

Tetapi kini saya rasakan, tidak guna lagi berbahasa berbunga-bunga jika hanya yang keluar bukan bau keharuman bunga bahasa, tetapi racun yang sangat berbisa.

Wassalam.

22 comments:

Anonymous said...

emmm .. no komen but rasanya memang betul apa yang abg maman ckp ... bacalah wahai pembaca ... kalau terasa ker apa ke jgn ler melenting .... try to improve so that org lain tak boleh ckp apa apa lagi dah pasal diri kita ... ingat kita tidak boleh lihat diri kita sendiri ... org lain yang dapat melihat ... so anggaplah pendapat @ kritikan mereka sebagai sesuatu yang membina ..

Anak Mami said...

Another comment that should have won an excellent award!! Bravo Abang Maman, wa caya sama lu..

Anonymous said...

i sincerely hope they do read this maman...i really do!!

Anonymous said...

"Ini bukan isu siapa mereka, tetapi isunya adalah cara mereka menangani sesuatu permasalahan."

Saya amat tertarik dengan ayat ini. Sebab saya rasa inilah yang tidak difahami oleh kebanyakan orang.. terutamanya mereka yang terlibat.

Anonymous said...

abg maman..tahniah diatas kelantangan bersuara...kerana saya fikir semua org berhak untuk menyuarakan pendapat yg bernas seperti abg maman lakukan, bukan hanya tahu mengutuk dan menghina sesama sendiri.. Kadang kala saya terfikir, mengapa PIHAK TERTENTU tidak mahu belajar dari kesilapan yg mereka telah lakukan. Teruskan usaha abg maman untuk menyedarkan mereka..kerana ramai diluar sana yg terlalu MENGHARGAI BENTUK PENULISAN YG DISAMPAIKAN ABG MAMAN. Tahniah sekali lagi..

Anonymous said...

Keep up the good work, Abang Maman. Kalau Mawi boleh mereka tegur menerusi blog, kenapa kita tidak boleh menegur mereka menerusi blog juga ?

~head-hunter~

The Way I See It said...

Mawi dah pandai pakai blog ker...

Anonymous said...

maman dah terkena aura mawi..hehehh
apa2 suke baca post dr maman sbb skrg baru saya faham apa yg maman maksudkan dlm post2 sblumnye psl peminat mawi.

Anonymous said...

Hey all, allow me to express my opinion.
Although this particular posting of PoV is expressely dedicated to a particular group, his opinion applies to all.
I have experienced all sorts of treatments dari blog or site owners. When they allow comments to be posted and when we post comments , dan apabila komen-komen yang dihantar tidak menepati citarasa mereka, tidak confirm to thier weird and biased rules, tidak selaras dengan pendirian dan pandangan mereka, they melompat like monyet.Some threaten to ban.
To them, as blog or site owners, they have absolute right, uthority and immunity. If you dont like what they say, you are told to create your own blog/site.According to them, since it is thier blogs ,they are free to post articles, use what ever words they want even to the extent of deragotary words all under the pretence and justification that the blogs belong to them. Are we free like them when commenting? Nope. SOme of them stressed that ` you are either with us or you are against us`. Anonymity pun jadi issue as though kalau saya beritahu siapa saya and make known my profile, my words/comments suddently jadi berbeza.
Whatever happens to freedom of expression? Are we AN ANIMAL FARM believers where ALL COMMENTS ARE EQUAL BUT BLOG OWNERS` COMMENTS ARE MORE EQUAL THAN OTHERS?
We all can agree to disagree BUT WE ALL CAN ALSO DISAGREE TO AGREE!
Cheers to all

Anonymous said...

maman.. ape yang head hunter tu kata ialah.. kalau orang lain boleh komen/tegur Mawi guna blog.. maka kita bolehla komen diorang guna blog jugak.. bukannye Mawi dah ade blog.. read between the line ok.. hehehe..

Aku baca semua blog.. hmm skrg ni game perli-memerli pulak kan.. apa2 je lah :).. aku suka artikel maman kali ni.. good one!

mynicknames said...

maman et al, last night i met mawi. pls feel free to visit my blog yang i tulis pasal tu. my blog memang tak popular, no direct access serta ditahap pemikiran belasan tahun. tapi quite fun tau!

Anonymous said...

dalam banyak-banyak komen guracus, ni yang paling aku setuju...

Anonymous said...

I sincerely like this comment. Bravo Maman! Pada sesiapa yg terasa tu, please try to improve untuk kepentingan bersama.

... said...

good one.. point of view yang agak bernas and straight to the point. Saya suka baca cara penulisan yang sebegini..

Anonymous said...

Mohd Shairulnizam tu maman ke?

The Way I See It said...

hmmm...

Anonymous said...

Entry yg bagus dan semoga dapat mencelikkan sesiapa yg lena dalam mimpi :)

Anonymous said...

Ni halnya orang2 yg selalu cakap "korang tak tau hal yg sebenar"

komen aku: kalau macam tuh, tak perlu lah tulis dlm blog kalau bagitahu pon, ciput2 je..bukankah membuat pembaca membuat spekulasi.

Anonymous said...

Agreed with Guracus.Kononnya mengkritik tidak bererti menentang.. but sebenarnya tak boleh kena kritik pun. macam MawiFC jugak.. boleh kritik org lain tapi tak boleh dikritik.. Hipokrit.. Hipokrit..

Anonymous said...

Aku tak faham sebenarnya dengan ungkapan "blog aku, suka hati akulah nak tulis apa". Memanglah you can write whatever you want, but remember what is your intention when you write things in your blogs. If you think that blogs ni untuk personal use you are wrong!!! sebab kalau for personal use orang tak tulis dalam blogs yang boleh diaccess seantero dunia, baik tulis dalam diary ataupun tak tulis langsung. Blogs ni pada aku sama macam newspaper jugak ... untuk tatapan umum dan mengharap orang sudi membaca isi kandungannya. Jadi seperti kata Maman dan SM, kena lebih bertanggungjawab dan beretika ketika menulis. fikir-fikirkanlah.

Anonymous said...

i'm agree with u... popular x semestinya berkualiti.

jika yg mengkritik & menentang dianggap spt langau... tidak keterlaluan jika dikatakan penulisan mereka yg rasa 'popular' ini spt sampah.

mereka sewenang-wenangnya mengkritik & 'menegur' org lain, ttp bila diri sendiri dikritik mudah plak melenting.

Anonymous said...

Kalau zaman dulu orang mengumpat atau menyebar fitnah lambat nak sampai ke semua org. sebab dari mulut ke mulut. Tapi zaman sekarang ni blogging/forum bila di salah gunakan boleh menjadi means utk penyebaran fitnah atau umpatan yg begitu effective sekali. sekali taip, tekan enter, kesannya macam bom nuclear. Maka berhati hati lah .. setiap kali berkata-kata dgn keyboard saudara dan saudari...


Nisha