Wednesday, November 30, 2005

Menarik Minggu Ini

Kisah Blogger

Dengar katanya ada satu kumpulan blogger tu bergelora disebabkan perselisihan faham antara ahli-ahlinya berkenaan satu isu. Keluar juga lah gossip-gossip yang tak menyenangkan berkenaan hubungan mereka tu. Boleh kata riuh satu Malaya, sebab mereka ni pernah di panggil blogger terunggul.

Secara peribadi, saya juga amat terganggu diatas isu ini. Sedih rasanya bila melihat sekumpulan kawan baik berselisih pendapat.

Tapi baru-baru ni, ada satu posting menunjukkan mereka macam dah bersatu semula. Kalau betul, baguslah macam tu. Blog ni gunanya untuk bertukar pandangan dan melihat pelbagai persepsi. Tak payah lah nak gaduh-gaduh sebab satu isu yang kita sendiri pun tak dapat apa-apa.

Moga mereka ni dapat belajar tentang erti persahabatan yang sebenarnya.

Saya: Seronok bila tengok mereka makan bersuap.

Kes Bogel di Lokap

Heboh, bukan setakat di Malaya, tapi China, Hong Kong dan Macau. Katanya seorang wanita (pelancong ke?) di bogelkan di sebuah lokap. Lepas tu katanya kena buat ketuk ketampi.

Tapi kata Timbalan Menteri, ini proses biasa, mengikut prosedur dan standing order. Biar benar, menurutnya nak lihat kalau ada benda-benda yang tak patut disorokkan didalam bahagian sulit.

Tapi takkan tak ada cara lain, nak check, kerana ini cara yang memalukan seseorang. Mereka ni baru suspek, belum lagi bersalah.

Yang hairannya, PM nak buat independent enquiry, kalau dah ikut prosedur, kenapa nak buat independent enquiry pulak.

Nampaknya ada yang tak kena dalam kes ni. Mengikut kata Timbalan Ketua Polis pulak, nak dakwa orang yang merakam video, pertanyaan saya, yang lain-lain macam mana? Tak perlu didakwa ke?

Saya: Masih ingat kes Pak Menteri kita kena buka kasut untuk pemeriksaan di sebuah negara, kecoh bagai nak rak kita di Malaysia. Kalau kena bogel macam mana agaknya reaksi kita?

10 comments:

SAMPOY said...

Maman,

Bukan setakat Malaysia, China, Hong Kong dan Macau, UK dan Australia pun kecoh .....

Anonymous said...

isu pertama ...
bila time baik nampak baik betul...
so ..masing masing dah besar panjang ...pandai pandai la..

isu no 2 ...
mana dapat idea pi amik gambor masa org buat tu ...
isu ni mengiakan apa yg di hebohkan ..tentang cite kat dlam tu...

mahaza said...

he he he.... macam tak biasa... cuma isu kena pukul polis lah dan macammacam lagi mmg banyak timbul sejak akhir-akhir ini....

Anonymous said...

Semalam saya berhari raya di rumah seorang bekas pegawai tinggi polis.
beliau pernah bertugas sebagai CPO sebuah negeri.

Salah satu topik perbualan kami ialah kejadian yang dialami oleh seorang
wanita dipaksa melakukan ketuk ketampi dalam keadaan berbogel bulat. Ramai
orang menjadi marah akibat perbuatan 'tidak bertamaddun' itu.

Memandangkan persahabatan kami ikhlas berdasarkan jemaah masjid yang sama
dan sering bersama hampir setiap malam, perbualan kami berterus terang,
tanpa mencurigai satu sama lain.

Beliau menghuraikan bahawa perbuatan yang disuruh ke atas perempuan itu
adalah biasa. Lumrah bagi pendatang dari negara Cina menjadi pelacur atau
penjual ubatan palsu atau menjual pil khayal. Pil-pil disembunyikan di
dalam dubur atau faraj.

Biasanya polis memberi pilihan kepada wanita yang disyaki melakukan
kesalahan seperti itu mengeluarkan sendiri bahan-bahan yang tersembunyi itu
dari tempat-tempat yang dinyatakan tadi atau jika mereka enggan atau
berkeras menafikan, diminta melakukan ketuk ketampi.

Melalui proses ketuk ketampi, sebarang pil yang tersembunyi akan ternyah
keluar selepas dua tiga kali sahaja ketuk ketampi itu dilakukan. Amalan ini
dilakukan oleh polis serata dunia. Ia bukan berupa bentuk penderaan.

Saya berpuashati dengan penjelasan bekas CPO tadi dan mendapati polis
wanita itu menjalankan tugas yang diamanah kepada beliau dengan baik dan
bertanggungjawab. Diperhatikan beliau duduk jauh dari orang yang tergugat
dan tidak melakukan apa-apa penganyiaan kepada wanita tersebut. Nyata yang
tidak baiknya orang yang membuat rakaman tersebut dan mengedarnya. Orang
inilah yang patut dihukum dan bukannya polis wanita bertudung yang menjadi
sangkaan ramai.

The Way I See It said...

kalau dah salah... salah juga... walaupun tujuannya baik...tujuan tak menghalalkan cara...

Anonymous said...

sy rasa mslh besarnya bkn la cara pemeriksaan tu sbb sy difahamkan tu mmg prosedur yg phk bkuasa buat bila depa syak seseorg coz sometimes we could not imagine apa org lain esp criminal or smuggelers blh buat. depa lg pandai..lg advanced..sbb ada kes la buat stail gitu...Yg jadik mslh besarnya...tuh..yg memandai amik gambo secara curi tuh..apa citer???pas tu p heboh plak pas2 kat org lain..tu yg melampau dan salahnya...cari org yg tgkap gambo tuh...ni pendapat sy la..sori if i'm wrong

Anonymous said...

hey all, when i first read about that issue sometimes back, it did cross my mind bahawa apa yang telah berlaku bukan syok syok punya hal, bukan macam issue prison abu gharaib dimana that woman soldier syok syok main dengan the iraqis prisoner.
I have always been aware bahawa it is a mean to flush out hings dari certain areas.
anyway, just to point out bahawa maman shouldnt have compared to what happened to a lady minister some time back yang diminta menanggalkan kasut nya dengan issue suspect yang sedang di periksa..to use such comparison is beyond me!
take care

Anonymous said...

Polis brutaliti=DSAI... hehehe.. tapi sebab isu ketukketampi ni melibatkan kaum lain.. mungkin akan lebih diperpanjangkan...

Isu bersuap, boleh pakai ker??? Sebelum kuar ajk pon ngaku setel. tau2... hahaha

Anonymous said...

Maman...
Berapa umur awak?

Anonymous said...

pasal isu no 2 tu, my point of view - it can be done in more proper way & more proper place. if they've done their job 'professionally', it wont be any issue.