Tuesday, November 29, 2005

Realiti Dunia Hiburan

Siapa nak sangka, dari hasrat nak jadi DJ radio, tiba-tiba terus jadi penyanyi nombor 1 di Malaysia. Mawi sendiri saya rasa tak pernah terfikir akan jadi begini. Secara saikologinya, bila kita dah hari-hari tengok muka kat TV, akan jatuh cinta juga. Tambahan pula dengan ‘power of attraction’ yang ada pada Mawi.

‘Attraction’ atau daya tarikan pada seseorang ni adalah satu perkara yang memang susah untuk di terangkan. Ini ada dalam ilmu saikologi, macam cinta pandang pertama jugak, susah nak di terangkan.

Kita boleh benci atau suka pada seseorang pada kali pertama kita bertemu. Kita punya rasa hati, yang memberikan satu panduan kepada fikiran kita.

Apa yang saya perhatikan, Mawi punya ‘attraction’ ini. Seperti juga orang yang tertarik pada Anwar Ibrahim pada satu masa dulu, kalau mengikut orang melayu, dinamakan air muka.

Tapi bila Mawi akhirnya tak jadi seperti yang kita mahu, kita kecewa. Salah siapa? Salah kita, sebab kita yang mengharap terlampau tinggi. Bila Mawi nampak tak layan kita dan naik manja, kita marah, tapi salah kita juga, sebab manja kan sangat Mawi

Mawi ni manusia juga, dia ada nafsu juga. Dia ada perasaan dia yang sendiri – walaupun kita lupa tentang perasaan Mawi, sebab duk selalu fakir perasaan kita aje.

Orang yang berbakat tidak semestinya akan popular, tetapi orang boleh popular walaupun tidak berbakat. Ini adalah satu reality di mana-mana pun di dunia ini! AF adalah satu pertandingan mengikut popularity, bukan bakat! Sama juga dengan Malaysian Idol.

Juara bintang RTM, Suara Jati dan macam-macam yang ikut bakat, tak popular macam Mawi, Zahid atau Vince. Siapa kata pertandingan mengikut popularity ini kelas kedua? Siapa yang akan beli album, tengok konsert dan lain-lain aktiviti artis ini. Juri ke atau penonton?

Juara AF orang panggil graduan SMS, ah biarlah, sebab graduan SMS pun dapat sambutan, dapat rumah, dapat duit, melancung dan lain-lain. Pendapatan pun dah sama dengan CEO syarikat besar.

Pemenang Hadiah Emas Universiti Tempatan pun tak dapat macam tu!

Mawi ni saya tengok biasa aje, kalau nak tengok bakat Bob dan Sahri hebat lagi. Orang kata ini rezeki, Qada dan Qadar. Tapi untuk berjaya mesti lah kena berusaha. Bukan duk melepak kat rumah. Mawi berusaha dengan caranya. Mawi berfikir untuk kelainan. Itu usaha dia… dia berfikir.

Saya tak kata yang lain-lain tak berusaha. Tetapi apakah strategi mereka nak menarik perhatian Afundi? Jangan lah cakap tak ada strategi, ini AF3 bukan AF1. Mereka semua dah pernah tengok AF1 dan AF2, pasti mereka semua ada strategi kan. Yang paling luhur saya perhatikan adalah peserta AF1, sebab memang jelas keluhuran hati mereka. Ini semangat yang kita tak dapat lihat di AF2 dan AF3!

Allah ada berfirman yang antara lain maksudnya, ‘Tidak akan berubah nasib satu kaum, selain mereka berusaha untuk berubah’. Sebab tu Qada dan Qadar tak bermaksud kita mesti duduk sahaja tanpa berusaha. Manusia mesti berusaha, sebab dalam Islam pun ada sebab dan akibat. Jangan nak salahkan takdir jika kita jadi penghisap dadah, hisap dadah bukan Qada dan Qadar, tapi sebab dari kita sendiri.

Oleh itu kita tak boleh ketepikan nasib Mawi sebab nak bawa kelainan di masa konsert prelude dulu. Konsert prelude tu adalah konsert final untuk Mawi!

Ramai orang yang berbakat tak dapat naik ke atas. Kerana apa? Macam-macam sebab. Antaranya tak ada nasib! Berada di tempat yang salah di waktu yang salah. Idayu berbakat, tetapi tidak dapat menandingi ‘aura’ Mawi, maka dia akan tenggelam.

Rosma, Sahri dan Bob adalah antara peserta yang mempunyai suara yang lunak merdu, tapi kenapa mereka tak popular? Jawapan saya, sebab penonton tak ‘nampak’ mereka, macam penonton nampak Mawi.

Sebab mereka tidak cukup ‘different’ dari peserta yang lain. Jadi penonton akan anggap, ‘ah macam yang dulu-dulu juga’. Jadi orang tak undi mereka walaupun mereka berbakat. Jadi sebab orang tak peduli dengan mereka. Album mereka akan tidak beberapa berjaya. Ramai artis yang kecundang atau hampir kecundang walaupun mereka berbakat.

Ini semua sebab tak ada faktor kelainan. Oleh sebab tak ada sambutan, maka syarikat rakaman takut nak terbitkan album.

Syarikat pengurusan seperti Maestro nak kerja senang pulak, maka buat apa nak susah-susah promote artis lain, Mawi kan dah ada! Album kompilasi dan solo pun dah terjual lebih dari mana-mana artis AF yang terdahulu. Tapi ini bukan salah Mawi, tapi syarikat yang mengurus.

Bagi saya jika Maestro tak boleh nak urus yang lain dan berbakat tu, lepaskan lah mereka, mungkin mereka boleh berusaha untuk berjaya di luar Maestro.

Kesiannya, artis yang lain yang berbakat. Tapi inilah reality kehidupan!

20 comments:

redfeddex said...

Maman, nice review..

mas said...

jujur pada pendapat abang maman, abang maman rasa mawi tak bebakat langsung?

keisch said...

maman, i've been following your blog for quite some time now. And I agree with you that maestro lepaskanlah yg lain2 (non-mawi). mcm apa yg sahri commented in trek selebriti. nak buat album with maestro, 'takder rezeki'. maybe after kontrak habis (aug tahun depan), ada rezeki nak buat dgn syarikat rakaman lain. tapi masalahnyer, masa tuh, ada ker org lain igt pada sahri??

My Point of View said...

bukan mawi x berbakat, cuma ada yg lebih baik tidak berjaya...

mawi ada suara yg baik.. cuma perlu lebih byk berusaha memperbaiki teknik nyanyian lagi...

konsistensi itu penting...

rjunanestapa said...

maman ... bhgn ke2 ni agak kurang umph...
kalau nak banding bakat antara mereka susah jugak la....
apa yg penting adalah pasaran...
mahukah komposer buat lagu pada penyanyi yg berbakat .. tapi lom pasti album dia laku ... dan juga bulehkah penyanyi itu sendiri meyakinkan pembuat album yg mereka buleh menbuat album itu laku ...
kalau setakat berbakat ..bersuara sedap... tapi masih belom cukup package .. masih sukar untuk bersaing...
dalam kes mawi ..
permintaan yg tinggi yg menyebabkan album mawi memasuki pasaran dalam masa terdekat...

redfeddex said...

Entah la maman, risau aku tengok perkembangan Mawi. Sibuk memanjang sehingga latihan vokal terabai. Skrg ni org masih sayang dan banyak bertolak ansur tapi kalau mutu tak dijaga, sampai bila kita blh terus bersabar??

My Point of View said...

kekadang kena tulis benda yg tak popular juga... ingat tak yg popular tak semestinya betul, yg betul tak semestinya popular ?

Anonymous said...

saya setuju pendapat dgn saudara. ermm... kiranya mawi ni umpama "anak emas" Meastro la...

-sha-

kal2820 said...

saya setuju tu...mcm kita suka pd seseorg la..bkn bleh di mintak2 nk suka or syg pd some1...ia dtg sdri. anggaplah Mawi itu manusia biasa dia mcm kita juga...bkn Nabi..bkn malaikat...let him be. jgn puji melampau2 jgn kutuk lebih2...di sisi Allah kita semuanya sama..yg membezakan ialah iman dan taqwa..

Anonymous said...

Cuba bayangkan kalau Mawi bkn dr AF tapi pertandingan yg biasa2 aje atau takda masuk apa2, adakah dia dpt diterima spt sekarang ini? Dan adakah org masih boleh menerimanya seadanya sekiranya tiada pembaharuan dilakukan utk memperbaiki mutu vokal, alunan suara dan persembahan serta lagu2 pd masa2 akan dtg? Lagi satu, peranan media yg memberi Mawi exposure keterlaluan berbanding artis2 lain yg baru nak menapak...ini semua membentuk persepsi.

Ttg Maestro, artis2 af(minus Mawi) yg dibawah Maestro....drpd bakat terbiar, eloklah dilepaskan segera. Mungkin rezeki dan peluang lebih cerah bila keluar dr Maestro...contoh terbaik Vince(EMI) dan Atie yg sekarang giat berlakon. Walaupun Vince tak sepopular Mawi, dia dah ada kelompok peminatnya sendiri yg terdiri dr pelbagai kaum. Vince jugak berbakat dlm mencipta lagu dan EMI memberinya peluang utk menyelit 5 lagu ciptaannya utk first album dan 4 utk second album. Sekiranya satu hari nanti dia berundur, dia ada cabang lain yg boleh diterokai. Dan dia pun dah jadi rakan kongsi dgn Linda Jasmine utk studio Linda. Maksud saya di sini, yang lain2 tu kena pandai cari peluang utk survive. Khai jugak kabarnya sudah ada bisnes sendiri. Bob, Sahri dan Zarina akan bukak restoran.

Saiful said...

kesiannya aku tengok mawi , mintak2 dia akan sedar juga akhirnya bahawa dia sebenarnya menjadi tunggangan Maestro utk mengaut keuntungan , dan mawi umpama kelapa yg diperah santannya ... makin lama makin cair dan makin habis , apa yg tinggal akhirnya adalah hampas yg sekadar boleh dibuat serunding , kerabu etc tue pun kalau nak buat la ... sedar lah wahai mawi ..

Anonymous said...

saiful,
mawi pun sedar die tu adalah pekrja.. mcm kita yg mkn gaji ni.. mesti la ikut ckp bos.. tak ikut, bangkang ke, mmg tak selamat la..

Maman,
Ade possibility lepas 3 thn kontrak dgn Maestro ni Mawi nak jadi org biasa jer tak? Die pun tak nak hidup dunia glamour ni.. Jadi deejay Sinar FM ke

guracus said...

Hey all. lama saya tak menjenguk site ini sebab sibuk. Currently in London and has been for the past 2 weeks. Still ada 1 minggu lagi disini sebelum pulang.
Saya cuma nak kata bahawa blog ini dah jadi macam mawi site. Naik muak juga bila saya memasukinya after 2 weeks tak tengok, maseh tentang perkara yang sama. Some of the articles are repetitious.
anyway, i know i know, tak payah sebuk " kalau tak suka tak payah masuk"
Take care all. Its so bloody cold here

My Point of View said...

Terima kasih la Guracus, still ingat kat blog aku nie.

It is better to be what we are, then pretending what we are not...

Understand what I mean mate....

Anonymous said...

aku pun sama, lama2 bosan gak masuk blog nie , mawi mawi dan terus mawi .... entah la

Saira said...

‘power of attraction’ yang ada pada Mawi.
Saya memang tertarik ngan kenyataan ni.. mmg betul pun.. unexplainable.. tapi kelainan mmg rasanya faktor utama.

It is better to be what we are, then pretending what we are not...
Totally agree with u maman.. rasanya tak salah kalau maman nak tulis apa yang kita berminat utk menulis.. manusia ada kecenderungan dan ia berubah2 mengikut masa.. one people is different to others.. people can have the same interest and different opinions..

For me.. Last time, Harry Potter, LOTR, Manga/Anime, KRU, and now Mawi.. semua going on ok je.. I still interested in all that and some more.. Why bila minat Mawi je jadi isu besar? dan kutukan berleluasa? Berbakat atau tidak ia sangat subjektif..

My Point of View said...

Terima kasih diatas pemerhatian anda. Saya pun dah malas nak ulas lagi pasal Mawi sebenarnya, tapi cuma nak habiskan apa yg patut...

Anonymous said...

Yes , I agree let Mawi go. Jangan ulas Pasal Mawi lagi. Kesian dia every inch kena dikupas

CinTa said...

well...ni semua rezeki..hidup kita bergantung pada usaha yang kita buat..tak buat cemana nak masyuk kan..tapi kadang2..bila nasib menyebelahi kita..tu nama dia rezeki terpijak...mcm mawi kata..semua ni rezeki dr allah..tapi tak bermakna dia tak berusaha...he did something..cuma nasib dah menyebelahi dia...
for me..he deserve to get all these ....

Anonymous said...

Keep up the good work Mmc card 512 mb Cartoon license plate frames Peerless insurance ratings Online adipex phentermine prescriptions when will howard tv come to phoenix Long term use of ultram Area rugs mag ativan traducir patent art Ictures of flower petals lamborghini heritage Calamvale football Memory card minolta dimage z1 Online custom digital printing Travel life insurance california mortgage