Pertamanya saya ingin ucapkan ucapan tahniah pada orang Pasir Mas. Kerana sejak akhir-akhirnya melimpah ruah rezeki yang mereka terima. Dari jalan baru ke masjid baru, masa ni jugalah rasanya para pengundi dapat menunjukkan kepada orang-orang politik ni siapa bos yang sebenarnya!
Orang Kelantan lain juga nanti bila dapat Universiti baru mesti ucapkan terima kasih pada orang Pasir Mas, sebab pilihanraya DUN ini sebenarnya juga memberikan orang-orang Kelantan pelbagai kemudahan insfrastruktur yang baru dan terbaik. Dapat jugalah tempias dari rezeki orang Pasir Mas.
Kita agak runsing sebenarnya, kerana trend memberi 'gula-gula' ini semakin menjadi-jadi semasa pilihan raya - umum atau kecil.
Seorang politikus sanggup memberikan janji-janji yang pelbagai kepada pengundi hanya kerana mereka ingin menang. Janji Universiti, Jalan Raya, Balai raya, Masjid baru malah syurga!
Tersenyum juga kita berpusu-pusu lah orang-orang Kelantan dapat melihat mini-mini konsert yang dianjurkan oleh politikus dari kedua belah pihak. Bila lagi, lepas konsert Mawi, macam-macm konsert pula yang dibawa oleh ahli-ahli politik. Seperti saya kata, orang politik dah tak laku, terpaksa bawa artis untuk pujuk pengundi. Alahai sampai macam tu sekali.
Pada masa ini jugalah kita akan dapat lihat pemimpin-pemimpin kita turun melihat rakyat. Agakanya kalau tak ada piliharaya, memang sahih tak turun tengok pengundi mereka! Nak jumpa pun kena buat appointment.
Naik tergelak juga bila mendengar kata pemimpin-pemimpin yang berkempen tu, sedih lihat kemiskinan rakyat di Pasir Mas. Saya nak bertanya jugak, pemimpin ni tak tengok BersamaMu TV3 agaknya! Kemiskinan bukan hanya ada di Pasir Mas! Hanya kerana pilihanraya orang miskin di Pasir Mas dapat perhatian. Agak-agaknya bila kali terakhir ahli-ahli yang berhormat kita tengok orang miskin di kawasan mereka? Mungkin semasa pilihanraya lepas? Tak semua, tapi kebanyakannya macam tu lah.
'Jauhkan diri kita dari rasuah', itu kata Pak Lah, tapi nampaknya tak dapat di hayati oleh semua yang berkenaan. Bukan kah itu unsur rasuah juga, menjanjikan sesuatu jika dipilih! Sendiri mau ingat lah.
Saya nak lihat adakah strategi 'gula-gula' ni masih relevan dalam politik Malaysia. Kita masih terlalu mengharapkan balasan untuk usaha kita nampaknya. Bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah untuk mempastikan kebajikan rakyatnya?
Saya: masih menunggu kes PPRT, bila nak clear? Bukan semua politikus tu rakus, cuma segelintir.
Sunday, December 04, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
itulah politik....
Benci tengok. so superficial kan, masa ni la sanggup turun padang 'ala' orang kampung berkain pelikat. duduk bersila sama sama. makan sepinggan dengan pinggan retak, terpaksa tinggalkan China plates yang selalu depa guna kat mahligai depa. Sanggup ni, untuk tujuan politik. Utk tujuan Kuasa. Untuk tujuan apa lagi. Punyailah mata semua. Dan pandanglah. Selepas ini, sanggupkah depa mengharung selut ke kg2 itu semata untuk bersama saudara di masjid? Lebih baik mereka menghabiskan ribuan ringgit untuk dinner di kelab ternama dia KL, malah naik sahaja kapalterbang untuk ke USA, UK atau mana2. Yang terlopong bodoh adalah rakyat sendiri.
SLP: Perhatikan kain pelikat yang diguna, macam baru keluar dari gerobok. Malah, mungkin ada lagi gambar Gajahnya.
politik cam tu laa...ms nk kempen psl nk bg menang sanggup la turun jumpa rakyat...kalo tak? jgn harap nampak muka..mcm tu ker pemimpin berjiwa rakyat..kena belajar dari sejarah Nabi Muhammad dan para sahabat bagaimana nk menjadi pemimpin..memang xboleh jd mcm Nabi..seorg pemimpin dan negarawan ulung..tak boleh smua..ambil dan contohi sikit2 pn jadilah... tengok shj Bersamamu tv3...itu hakikat kemsikinan kalo ada yg xpercaya cuba la turun padang n tengok sendiri..
Biasa le...brother maman...selagi ada semut2 yg suka menghurung gula2 ni.....selagi itulah gula2 ni akan terus mendapat tempat.....
Time inilah....nak minta jalan baru.....dewan baru....dan juga kemudahan2 yg lain....kalau tak...memang payah nak dapat....dan time ni le....baru ada peluang nak jumpa pemimpin2 atasan.....kalau tak....dapat tengok kat tv aje le....hehehe
Hey All,, I am BACK!
Pada saya, this is a lame article. Dosent even rated BOLEH TAHAN!
- The government in power is always the boss!
- Universiti baru di kelantan is not a new issue!
Gula gula or manisfesto!
- Seorang politik tidak boleh memberi apa-apa, hanya a kerajaan can!
- An artist is not a politician unless he is one! Dalam pada itu, a konsert if organised, is purely for the purpose of pulling in the crowd and thats a strategy.There is nothing wrong and downgrading about it. Artists dont pujuk pengundi!
- There is a directive to all Government MPs to go back to thier kawasan every week! If there is still a hardcore poor in each kawasan, it is not an MP`s sole responsibility. IT is everybody`s responsibility. It is a masyarakat responsibility.
Maman is being very simplistic about this pilihanraya kecil and about politic in general. My VIEW is that he should stick to writing about mawi cause he dosent have to know much when writing about mawi!
Cheers!
Will Anwar makes his combeck?
read this: http://www.oonyeoh.squarespace.com/
Guracus,
Politics is a complicated games!!!
It is how people perceived it not really how people knew it. People see things in a different perspective, and some people refused to accept what they saw just to support their perceptions ...
cheers
me,
sampoy@westnet.com.au
Guracus:
Like I said 'it's better to be yourself, then pretending to be what you are not'
But then again, that is expected from a 'loyal civil servant' like you.
TQ and good luck in what ever you wanna be.....
Hey all.
PoV, actually I never really understand what you meant by the term `being yourself` when you applied it to me.
Whatever it is that you meant, it is immaterial to me because I am of the view that you really dont know what you were saying in the first place, just like you dont really know what what you are saying in this article and previous articles:p
Just like many others, I am expressing my views . Who I am (or who i want to pretend to be as you keep repeating of which to me is hillarious) and who are those others yang turut memberi pandangan is immaterial . It is the substance that matters.
Kalau menulis artikel-artikel termasuk isu politik tapi substance yang ditulis langsung tak ada basis, too simplistic or factually wrong or just plain nonsense whats the point? kan kan!
Pada saya la PoV, you can be whoever or whatever or whoever you want to be, but if you write lame things etc etc, I say it LAME! Period.
Lawak untuk anda, tidak bagi org lain.
Tak payah nak bogelkan kebodohan kita di khalayak ramai.
Jika anda rasa anda betul, terpulang pada anda.... saya punya pandangan saya sendiri.... anda tak suka ... then too bad... cause I really dont give a damm for arrogant ppl...
Datang tak dijemput... pergi tak dihalau...
Zuhri,
Saya mmg sebenarnya malas nak layan Guracus ni, sebab selalunya dia akan tulis yg dia aja yg betul.
Bagi dia semua org lain salah, dan mengenali org yg sebegini saya mmg malas nak layan.
Mmg dia seronok sbb menulis sbg anonymous, sbb orang tak kenal dia. Kadang2 nak tgk jugak apa pencapaian dia hebat sgt yg membuatkan dia sgt sombong....
tapi saya dah track IP dia- Govt Servant dia nie....
Saya masih ingat last general election kat Malaysia, kempen politikus perdana kat universiti saya dulu ialah "kalau tak
undi kerajaan jadi pengkhianat kepada negara". WRONG. BN bukan Malaysia dan Malaysia bukan BN. I never vote BN but I'm forever proud as a Malaysian. Satu lagi kempen murahan parti perdana dulu kepada kami pelajar tajaan ialah "kalau tak undi kerajaan, kena tarik balik biasiswa kerajaan". Biasiswa yang saya terima adalah milik rakyat. Dan saya memang layak menerimanya. Dan saya ada sign kontrak utk bekerja utk negara selepas tamat belajar. Perlembagaan Malaysia kekal walau apapun parti yang dipilih menjadi kerajaan. Oleh itu, sepatutnya parti memerintah harus memajukan semua negeri2 di Malaysia sama rata, tanpa mengira apa parti tempatan yang memerintah. Sebab itu adalah tanggungjawabnya sebagai kerajaan yang mentadbir negara dan melaksanakan Perlembagaan negara. Tidak perlu disogok "gula-gula" semasa kempen pilihan raya sahaja. Jalanraya, masjid, sekolah, universiti dan infrastruktur lain adalah HAK ASAS rakyat Malaysia dan BUKAN habuan dari parti memerintah!. Dan rakyat tidak payah diseru (dipaksa?) supaya harus "menunjukkan rasa terima kasih" kepada kerajaan kerana diberi jalanraya dengan cara mengundi parti BN. Sekali lagi, itu adalah HAK rakyat, menggunakan wang rakyat BUKAN duit parti. If I want to vote BN, its because I believe in it - its policies and ability to govern the country, not because saya harus "mengenang jasa kerajaan". Thats pathetic.
To anonymous: just to highlight a few things :
- actually there is no kontrak between anda dan NEGARA. Saya percaya anda dapat biasiswa kerajaan persekutuan dan oleh itu anda akan bekerja dengan kerajaan persekutuan unless released!
- perlembagaan persekutuan boleh dipinda oleh parti memerentah, ianya tidak semestinya kekal jika a new party comes into power as you alleged!
-lastly you must understand bahawa , walaupun secara prinsipnya, kerajaan persekutuan mempunyai kewajipan secara menyeluruh terhadap pembangunan semua states, there are certain things yang jatuh dibawa tanggungjawab states. contoh, jalan negeri. Not all things are the responsibility of the federal government.
I have been looking for sites like this for a long time. Thank you! jeep commando pictures Chrysler sebring license plate frame Information on buspirone Paint an area rug Neurontin prevacid interaction Remove starter on 94 pontiac grand am Open p2p source Cheap wireless plans phones r v awning withdrawal effects zoloft side http://www.payday-advance-8.info/Payday_loan_holmes_county.html Gas and electric refrigerators Fix laptop blank screen over heat Search engine optimization suffolk county Video vegas cd key changer msn broadband internet Canada job medical transcription Can zoloft cause stomach bleeding
Post a Comment