Artis Tak Ber-akal?
Baru balik dari cuti raya. Maka saya pun menjenguklah ke laman web rasmi peminat seorang artis tu. Tersedak jugalah bila terbaca posting kat situ. Kata peminat artis tu, artis Idolanya dah ilang akal... iya ke? Ini tuduhan serius nie... Marah sangat lah tu.
Sebabnya bukan apa pun, hanya sebabkan artis tadi suruh peminatnya daftar kat satu kelab ni, kelab ni pulak, katanya diasaskan oleh idola kepada artis tu pulak. Berapa banyak idola lah ya! Katanya artis ni tak menjenguk laman web dia sendiri. Kenapa hal ni terjadi?
Maka berkokok lagilah segelintir peminat artis tu, kata mereka , laman web sendiri pun tak nak jenguk, duk sibuk suruh orang lawat laman web orang lain pulak. Yang ironinya artis tu tadi dah jadi ahli kat laman web 'my kuncu' tu (ke konco).
Yang best moderator laman web pun sama naik, duk kondem artis tu. Tu yang buat panas lagi tu. Yang sedihnya baru jer 2-3 hari lepas, artis idola tu buat rumah terbuka. Katanya ramai jugak yang datang.. dekat 10-15 ribu.
Agaknya moderator tu marah tengok artis baik dengan tunang dia, sebab dari posting moderator tu yang dulu-dulu dia memang anti sangat dengan tunang artis tu. Kenapa yer.... Tuduhannya? tunang artis tu pun giler glamour.. iya ke?
Tapi tak apalah, yang kutuk kat laman web tu, 4-5 kerat jer, yang menyokong masih puluhan ribu, kira selamat lagi lah karier artis tu agaknya.
Ntahlah, dulu Tuan Presiden yang tersilap cakap, Penasihat tersilap langkah dan la nie moderator pulak... esok sapa pulak?
Lepas ni pakat semua keluar dari kelab peminat lah agaknya... bolehlah buat press conference, isytihar tak sokong artis tu lagi... ala-ala orang PAS buat statement ' kami dah keluar PAS '.
Saya: Dah cakap dah dulu, segelintir peminat dia jugak yang akan merebahkan dia. Ingatan saya pada artis tu, cepat-cepatlah pasang 'kuda-kuda'.
Pakatan Merosakkan Kredibiliti
Seronok juga baca Malay Mail hari ni, kononnya pasal seorang artis yang katanya agak warak, didakwa telah makan bersama-sama bapanya di rumahnya diwaktu siang hari semasa bulan posa. Kalau mengikut petandanya tak lain lagi menuju kearah artis idola di atas ni lah.
Iya ke? Nampaknya macam ada, satu percubaan sistematik untuk membunuh karakter artis ni oleh pihak-pihak yang tertentu. Iyalah kan, dia ni terkenal pun sebab sifat kekampungan dia dan ilmu agama dia.
Lepas disko, tak posa pulak... tapi semua yang ditulis masih samar-samar. Lepas ni apa pulak agaknya. Yang hebatnya, mana pulak tau si artis ni tak posa. Sapa pulak yang citer...
Teringat pulak saya kat kes Datuk Sri Anwar Ibrahim. Harap-harap lepas ni jangan keluar cerita yang artis ni gay sudah lah.
Saya: Pesan saya pada orang yang terbabit dalam konspirasi ni (jika ada), kalau nak tolong atau nak jaga hati kawan pun jangan lah bersubahat dengan dia...
Mawi FC Vs Mawi
Gendang perang sudah dipalu nampaknya. Di laman Web Artis Idola telah bergema gendang perang, nampanya Mawi FC dah guna media yang sewaktu untuk memerangi Idola mereka...
Maka nampaknya tumbuh lah galang penganti Ummi Hafilda dan Khalid Jafri dalam bentuk yang baru. Benarlah bagai dikata penulis lacur yang menulis untuk menjatuhkan, menegakkan benang yang yang basah. Sejarah berulang, jika dulu pada orang politik, sekarang pada anak seni.
Nampaknya moderator dan fanatik terusan menjadi hulubalang pemimpin dan penasihat, bertopengkan objektif untuk menyedarkan artis idola kesayangan mereka. Kata mereka, bangunlah, sedarlah kau dari tidur dan mimpi, inilah tugas kami.
Persoalanya, siapakah yang masih bermimpi, dan masih leka dengan fantasi? Artis Idola atau segelintir peminat yang cuba membangunkan lena tadi. Tak pernah terjadi, laman web rasmi artis digunakan untuk menghentam artis, kali inilah realiti, bila segelintir peminat mengagap artis tadi berhutang dengan mereka...
Saya: Nak tengok sapa menang, sapa kalah.... yang pasti, saya akan pertahankan yang hak!
Monday, November 07, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
51 comments:
Kemelut mawi lagi!
I thought you said before in an earlier article that it would be your last commentary on the issue.
Lately you seem obsessed with mawi sebab i noticed that you write about him berturut-turut-turut-turut. not that i have any complain. you may want to branch out to other things more so that you may not be look upon as another mawi site! :p
heheheh.. TQ for your observation. Its only my 2 cent opinion on something that is interesthing to me lately... aku ni dah macam fanatik Mawi ke la nie?..
TQ TQ Guracus for reminding me... Tapi terlampau tempting lah...
Sama sama PoV.
My earlier comment tak sentuh tentang cerita kedua of your artikel sebab tak ada pun cerita itu pada masa saya tulis comment berkenaan.
On the so called cerita tak puasa, my advice to you and to others la, (as usual saya memang tak suka cerita fitnah dan saya selalu remind penulis-penulis supaya jangan stoop so low ), JANGAN TULIS kalau tak dapat pengesahan dari tuan punya badan. Bila cerita sebegini disahkan tak betul kelak, apa you nak buat tentang dosa besar yang telah di catat? just like cerita dia masuk disko which mawi clarified later in a tv program bahawa it never took place!
Keluar jugak citer tak puasa tu. Esok-esok kuar pasal beli nombor ekor plak. Susah jugak ya nak jadi Mawi ni.
tak posa...dgn bapaknya!!! Biar betul!! kalau cite tu psl dia sorang jer tak posa.. bolehlah kita terfikir "possiblelah jugak.." memandangkan dah kecoh cite disko sebelum ni yg tak tentu betul ke tak. Tapi, bila dah sabit sekalik bapaknya join sekaki tak posa... kelakarlah tuu..!
Aku mahu senyum saja lah...
paling tak logik.. ade ke pak atan tu tak posa? macam mana citer dalam rumah boleh kuar? kalau betul pun ade hukum yang musafir tak wajib berpuasa.. kalau ada alasan kukuh seperti sakit dan sebagainya.. yang mengata tu ada maklumat penuh ke? atau tau setengah citer pastu canang2 jadi fitnah? tak paham aku manusia jenis ni.. (ps: penulis tu tau ke pasal hukum-hakam agama kita?)
Hanya tuhan yang Maha mengetahui.. sedih bila baca artikel cam ni pastu ada yang percaya bulat2 pulak tu.. sedih mmg sedih... inilah masyarakat kite punye attitute..
Kalau MawiFC berperang dgn Mawi, aku mengharapkan peminat Mawi yang senyap akan terus menyokong Mawi kerana peminat Mawi bukan hanya 35202 orang itu. Malah ia lebih daripada itu !
Auntie aku bukan ahli MawiFC pun, tapi cara dia bercakap kat meja makan. Boleh kenyanglah dengar dia ulang nama Mawi beratus kali depan makanan. Ada hati nak ajak aku pi tengok show Mawi kalau ada buat kat Studio Satu. Peminat-peminat suci yang tidak baca forum inilah yang akan menyokong Mawi sampai bila-bila.
gosip tak posa ni memang lawak!adakah sumber cerita ni manusia seperti karektor dalam harry potter yang boleh transform menjadi binatang? (animagus)
adakah si penyebar berita boleh transform menjadi langau dan masuk ke rumah artis ni?
Pendapat aku ialah the very people who bring him up will be the very people who'll bring him down and I don't mean his FC. I mean the press, dari mula lagi aku syak media-media cetak (esp. Utusan Malaysia) terlalu overplay issue Mawi ni sampai rumah terbuka budak tupun dibuatkan front page sedangkan rumah terbuka Pak lah relegated to 2nd page. Kita semua tahu betapa antinya suratkhabar Utusan dengan program AF ni. Something's not right somewhere.
SM: sebenarnya, ramai yg tak kisah pun mawifc ni ha. Org2 biasa mana nak main fc-fc nie.
tapi aku suka liverpool fc.. hehehhe
maman, ada lagi cerita yabg lebih gempaq dari cerita tak posa tu, kalau u rajin baca kat tempat tu. I terbaca semalam. Mata I dah macam buah longan siam bila baca.Sampai mcm tu diorang gamak buat cerita. But i'm not going to write it here sbb nanti menyebarkan fitnah pula. Mawi, I don't envy u at all walaupun hang dah nak jadi jutawan.
SM: aku dari dulu impress ngan komen hang.. baguih lah hang nih.. yg punya blog pun besh gak.. sama cam maman punya blog..
guracus: hang pun besh sama cam SM.. tapi awat hang tadak blog?
Anak_mami_kah_Aku, Nak buat blog ni memang senang. Macam juga nak kawin, tak susah nak kawin. Tapi `COMMITMENT` terhadap perkahwinan tersebut yang sukar. Jangan kawin 6 bulan lepas tu bercerai.
Sama la juga dengan blogs. I am sure that ramai juga amongst us yang created blogs at one time but then blogs tersebut terbengkalai begitu sahaja after some time.At this time, I cant commit myself to owning a blog thus I am just a reader of blogs. Commitments saya yang lain mengatasi keperluan saya commiting myself to having my own blog.
SM, tu tak kira lagi orang yang sama registered utk kedua-dua dotnet dan dotcom jadi kalau ikut registered person mungkin lagi rendah (aku pun registered dua dua gak he he he tapi ada satu aku lupa password, tak masuk dah...)
maman,
keep on bagi komen-komen camnih. aku dah malas nak komen tentang mawifc ni. sekadar tengok dari jauh jer. cakap depan-depan pun tak lut apa tah lagi tulis kat blog. so better tak yah dah. tapi kalau karier ker album mawi jer aku tulis ler.
pada aku yang tau apa yang jadi. aku tetap kata itu antara mawi dgn tuhan dia. sebagai "peminat" mawi ataupun "sahabat" mawi, aku tetap sedar diri yang perkara-perkara tersebut adalah hal mawi dgn tuhan dia. aku tak mau masuk campur. pasal aku pun bukanlah baik sgt pun.
nak tegur mawi atau bapak dia tak puasa pun, sembahyang kita sendiri complete ker ? so, berpada-padalah.
cukup kot setakat ni. yang tahu citer lebih baik senyap kerana bila lagi banyak kita bercakap, lagi banyak benda yang bukan-bukan kita tersebut.
sungguh menyedihkan dengan sikap orang melayu kita ni. Tak puasa ke, pegi disco ke itu urusan mawi dengan Allah, apeke hey nye orang nak menyibuk jaga tepi kain dia.
Memfitnah itu hukumnya sama seperti memakan bangkaii daging saudaranya sendiri... sedarlah. Amal ibadat sendiri tu dah cukup ke? Kenapalah menyibuk sangat hal urusan orang, heiiiii kalau dah nama melayu kerja memang nak menjatuhkan sesama sendiri. Patutlah mawi join "KONCO" bukan kuncu yek .. itu perkataan jawa yg bermakna kawan.
Ingatkan semakin educated orang melayu semakin pudar sikap hasad dengkinya.
Idola... berasal dari perkataan idol.... kalau ikut terjemahan sebenar bahasa Idol = Berhala....hmmmm
Sebab tu Mawi cakap jgn sanjung dia lebih-lebih. Dia manusia biasa. Dia bukan Idol, bukan Ikon, sapa minat dgn album dia beli... dah... yg penting ori...
papaadlis, just to point out bahawa the term IDOL dosent only mean an object of worship (like berhala) but it also refers to a person or an object which is a subject of excessive/supreme adulation. I thought I`d pointed that out supaya sesiapa yang membaca your definition mendapat gambaran yang sebenar dan tak membuat wrong conclusion atau mempunyai wrong impression apabila kita menyebut IDOL or IDOLA.
Aku setuju dengan ko SM......kadang terfikir juga kenapa mesti ada FC.....aku tengok banyak buruk dari baiknya.......mereka semua nak memeiliki diri mawi....berkali2 mawi cakap dia bukanya baik sangat...dia bukan orang alim....aku tak pernah dengar dia cakap dia alim.....orang yang tafsirkan....
pada aku mawi tu biasa je kerana sudah menjadi kebiasaan atau senang citer dah keturunan orang Johor diwajibkan sekolah agama. macam aku mak abah aku memang sekolah agama sampai darjah khas...sudah pastinya anak2 diapun diwajibkan sekolah agama dan kalau boleh sampai ke darjah khas.......tak semestinya orang yang sampai ke darjah khas tu dah dianggap alim dan banyak pengetahuan tang agama.
macam aku sendiri sampai darjah khas dan sukatan pelajaranya kami belajar hanya peringkat asas bukan terlalu detail.....kelebihanya pada berzanji, mangaji dan pengetahuan serba sedikit tentang tauhid, fikah, ibadat, munakahat, hadis2 nabi......dan yang lebih penting kalau ada sijil darjah khas kami boleh memohon menjadi guru agama. dan dari situlah baru dihantar kursus khas untuk guru2 agama bagi mendalami pelajaran yang sebelum ni dipelajari......
guracus. agreed.... saja jer....
x_anail_x, kalo tak silap dorang kata 14 or 16. SM tau lagi detail kot?
Entahlah...beginilah nasib artis yang digilai ramai...silap sedikit,FCnya porak-peranda...macam mengharapkan artis sempurna...sian kat artis tu....
16 nov rasanya, tapi tak mustahil kalau extend lagi. marketing strategy
tah la macam2 lah manusia ni.
Aku setuju dgn SM. Aku yakin, ramai lagi silent fan Mawi yg akan sentiasa menyokong Mawi, yang tak mudah melatah dgn apa2 gosip pasal Mawi. Artis, adat lah tu kena gosip ke apa ke.
SM, tak semestinya yg bace forum2 nih tak sokong mw lg.. (still tergolong dlm silent fans).. I everyday bace blog2 yg i suke.. tp still minat mawi, despite watever the blogger's comments..
maman, for me, if mawi buat salah, as a fan, i'll gv him another chance.. will alwiz wish all the best 2 him.. because i do feel EVERY HUMAN BEING will do mistakes but will realize it in the end.. (hopefully it's not too late-including myself)...
P/S- i really loves to read instructive comments in any blog.. maturity thinking...
Hmm.. saya pun ahli mawifc ni.. register kat dua2.. rasanya wujudnya fc tak kisah sbb biasalah artis ade fc.. cuma kalau sampai rasa sbb fc ni la artis tu jatuh atau naik memang parah la sbb silent supporter lebih ramai.. anyway rasanya dalam 35000++ tu yang hanya berapa kerat je yang go over the limit.. lebih teruk bila ia berlaku di official site..
Anyway about my konco tu.. apa masalahnye yang sampai sesetengah mawifc kecoh sgt persoalkan? my konco, mawifc kan dua kelab yang berbeza.. mawifc utk sokong Mawi, my konco lak Mawi jadi ahli.. so what? takde masalah lah.. kalau Mawi tu nak masuk 10 kelab lagi pun tak salah rasanya.. ni la yang dinamakan jeles tak bertempat.. sekadar pendapat peribadi..(sorry maman u tak sebut pasal my konco kat sini just nak mencelah je)
maman,
aku bertenggek kat blog ko pun dijadikan isu. tak cukup dgn mawi diorang nak control, pergerakan mana aku nak pergi jalan-jalan pun diorang nak control jugak ke ?
apa kes diorang ni ???
hehe SM pun kena tempias gak ke kongkongan dari mawifc tu?
penyibuk betul dorang ni...
terserlah jugak perangai control orang ni ...
what a shame...sigh!
ha ha ha...kesian SM kena kau-kau punyer... itulah masalahnya....
Biarlah diaorang nak kata apa... Kat mana SM kena belasah nie...
Aku demam,tido awal mlm tadi... demam lepas raya.. heehehehe
Aku heranlah kenapa orang kita selalu sangat dengki bila ada artis kita jadi popular dan maju dalam kariernya. Dan orang kita selalu nampak kesalahan orang lain padahal dia mungkin lebih teruk. Pada aku kita perlu terus berikhtiar untuk meningkatkan ibadah kita walaupun Ramadhan telah berlalu dan senantiasa berdoa semoga kita dilindungi dari fitnah-fitnah yang memang banyak dilemparkan oleh pelbagai pihak untuk menjatuhkan orang-orang yang kita suka. Lihat saja kes Datuk Bandar KL dan kes Datuk Anwar Ibrahim. Dengki tak tentu pasal.
My Point of View said...
Biarlah diaorang nak kata apa... Kat mana SM kena belasah nie...
satu kat blog najmie, kat blog juan kena copypaste, kat dotcom pun sama kot?
Still bout Mawi?? Mind if I ask?? U ppl think this issue is the most important thing in the whole wide world ke?? There are other stuff thats more important. Wake up naive ppl!!!
Ada cerita lain other than Mawi... pergilah tgk kat previous posting...
SM, aku dah baca dah... hehehehe.. saja2 jer ko kena.
Alah takper,sikit punya hal lah tu. Mamat tu pun kutuk aku gak sikit2 bunyinya.
Lantaklah. Blog hang... hang tulislah apa yang hang nak tulis, depa tak suka..depa komen.. lepas tu kalau accept komen dia... accept.. kalau tak buat dek ajer.
Ni dah ader lagi satu kes pulak... kes Mawi tidur umah Diana... heheheheh... lagi kecoh... macam lah depa kena tangkap khalwat... entah lah.. Terjun lah dengan labu2 depa...
x_anail_x
takyah beli ler... baca aje kat sini.... (aku tukar blogsite okay...)
hukum mana depa pakai, tidoq rumah orang tak boleh.
tu la macam maman kata, sikit lagi keluar cerita mawi ni gay pulak.
*maria*,
Kat blog aku citer pasal Bersamamu TV3, tapi komen tak banyak pun. Semuanya membisu. Mungkin tak tahu nak komen pasal penderitaan sekeliling atau pun saja buat-buat tak nampak. Kat blog citer pasal Mawi jugak orang hurung macam tak ingat dunia.
Habih camno ??
Wake Up ignorant ppl !!!
What say u ?
Maria: you can read my entry entitled 'antara kota lampung dan stadium malawati'.
Tapi bak kata SM hanya ada 7 comment ajer....
"Great minds talk about ideas; average minds talk about events; small minds talk about people" - Eleanor Roosevelt
mawi pergi disco...no komen...isu yang dibesarkan seolah mawi pergi disko...tonggang...
mawi tak puasa + pak atan pun join sekaki..."orang yang melapurkan tu pasang teropong ka kat rumah mawi...atau mawi citer kat depa...atau pak atan buat pengakuan kat depa..atau depa berdua makan di depan pelapur"?
mawi "tidoq rumah" diana...issue ni meluas as though mawi "tidoq" dengan diana....
hmmmm...manusia manusia...suka sangat jump to conclusion...
yes...ada sambungan...kita dah baca...mawi nafikan yg dia tidur bermlm2 di rumah diana...balik dr show (marhaban astro) trus singgah coz lebih dekat dr umah dia...bersembang ngan family diana pas2 sahur tidur sejam then diana antar dia balik around 7.00 a.m...
tul tu....tidur umah orang yang ramai orang bedosa besaq.......kalau tengok orang puteh pakai seluar dalam tak bedosa besaq......kalau tengok anak remaja buat projek haram kat taman tak bedosa besaq.....tak payah nak teguq.....nanti depa mengamuk.....mawi tidur umah tunang dikata perkara yang boleh menjadi nanah....perlu ditegur...orang bercium depan mata..berpeluk depan mata hush......biarlah depa.....itu dosa depa......pirah...macam diorang tu baik sangat...nak tegur tu ingat2lah berhemah le sikit...ini makin timbul fitnahlah pulak......makin menyalak tak tentu hala.....bosan sungguh gan fanatik tu......
poor chap...he doesnt have to explain at the first place! wonder what will happen bila dia dah kawin nanti...tetiba ada "love bite" kat leher...nak kena buat PC jugak ker..camner benda tu bleh ada kat leher...sigh!!
Tentu sekali kena buat Press Conference kerana mereka yang membesarkan isu tersebut datang dari kalangan yang cemburu bila melihat lovebite itu.
"saya tak perasan ada nyamuk besar gigit saya malam tadi sebab saya lupa pasang ubat nyamuk masa tidur di sofa" mawi - boleh tak komen camtu?
"Serangan ke atas Mawi bermula ???!!! satu analisa...." di http://santapanhati.blogspot.com
SM, Im in the middle of reading urs. N my point of view, FIY, I did read urs as well.
SM, boleh tak awak perbaiki site supaya ia lebih compatible with firefox. and oh yes, keep up the good work guys !
Tak berapa bijak sesetengah org ni ya, suka buat cerita pasal orng lain, macam tak de benda lain lebih penting dia boleh buat. Tak lama lagi keluar pulak cerita artist ni berak kat toilet tak pandai aim pastu tak pam.
Tidur rumah tunang tu jadi isu kerana ramai yg tak suka ngan tunangnya..The real isu is sebab tak suka kat D bkn marah pasal tidur rumah D.
Where did you find it? Interesting read » »
Post a Comment