Sentuhan Yasmin Ahmad, didalam iklan hari raya Petronas pada tahun ini amat menarik perhatian saya. Seperti pandai berfirasat Yasmin memberikan satu suntikan tentang Harapan….
Kita sebagai manusia, sedar atau tidak akan selalu berharapan tentang imbuhan atau balasan atas apa yang kita lakukan. Adakalanya imbuhan atau balasan, akan menjadi satu motivasi pada diri kita untuk melakukan yang terbaik. Tetapi kita mesti tahu had-had balasan yang kita mahu.
Saya seperti tersentap apabila menonton iklan itu tadi, dan terus membawa saya kepada teman saya, sultanmuzaffar yang sudah berhenti berharap. Seperti satu trend, saya dapati, klubbkidd, juga nampaknya seperti sudah berhenti berharap. Mereka ini bukan calang-calang blogger, saya pernah terbaca yang mereka ini pernah digelar blogger terulung di Malaysia. Dari penulisan mereka saya dapat merasakan kekecewaan mereka.
Tapi apa yang membuatkan mereka berhenti berharap dan kecewa? Adakah kerana gerangan blog-blog lacur yang semakin bertambah di internet sekarang ni? Penulis-penulis lacur ini, yang dengan terang-terangan cuba mengambil kesempatan diatas sesuatu isu, yang mengharapkan mereka akan jadi terkenal dan popular. Hilang pertimbangan professional dan rasional penulisan sampai sanggup meredah majlis tanpa undangan atau sanggup menggunakan akses informasi professional mereka untuk menjatuhkan seseorang.
Kerana apa? Adakah untuk menjadi popular, melepaskan marah atau nombor wahid di Malaysia Top Blog itu penting, sehingga kita gagal mengawal emosi kita, hilang pertimbangan ataupun sanggup menjual harga satu persahabatan? Ataupun sanggupkah tulisan kita dipenuhi emosi yang menghilangkan pertimbangan kita tentang sesuatu isu. Adakah emosi kita lebih penting dari segala-galanya?
Kenapa kita marah, jika orang lain mempunyai pemikiran yang berbeza dengan kita? Dalam dunia blog, dissenting atau berlainan fikiran adalah dibenarkan dan digalakkan. Mengapa harus berlaku kerengangan persahabatan bila teman kita mempunyai pandangan yang berbeza. Perbezaan pendapat sepatutnya diraikan bukan dikekang. Sahabat yang sebenar akan sentiasa mendengar pandangan sahabatnya yang lain.
Kita bukan lagi di zaman, aku cadang, ko sokong dan sipulan minta tutup cadangan, cadangan diterima.
Setiap penulis blog ada pengaruh yang tertentu. Mereka mestilah ada tanggungjawab tentang apa yang mereka tulis. Perkara ini pernah saya kupas pada artikel saya yang terdahulu.
Bagi saya, memang saya tak pernah berharap apa-apa daripada blog saya. Saya menulis atas dasar tanggungjawab, saya percaya yang saya mesti menulis tentang apa yang saya percaya dan mahu orang lain baca, dan bukan menulis apa yang orang lain mahu baca.
Saya tidak mahu jadi popular, kerana popular itu datang bersamanya bebanan, yang adakalanya boleh merantai kebebasan kritikan saya.
Akhir sekali hayatilah Suratul As’h yang membawa maksud– Demi Masa, sesungguhnya manusia itu akan sentiasa berada didalam kerugian, melainkan, mereka yang beriman yang menyeru kepada perkara yang hak dan mengajak manusia kearah kesabaran.
Selesainya Ramadhan ini marilah kita berdoa semoga kita beroleh keampunan, keberkatan dan keselamatan dari api neraka.
Wassalam. Selamat Hari Raya Eidil Fitri.
Saturday, October 29, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
jangan jadi agenda negara sudahlah.
isu ini membuatkan saya lebih mengenali antara satu sama dan boleh mengharapkan apa saja kemungkinan yang berlaku di masa akan datang. kejadian pertama amat mengejutkan dan tentunya kejadian-kejadian seterusnya saya akan anggap sebagai di angin lalu sahaja.
saya baru tgk iklan petronas tu..tp sy tak fhm jln crite dia la..bagi sy terlalu byk msg yg ingin disampaikan..drpd ayah dia bg hadiah..then kpd bkahwin dgn lelaki yg mandikan ayahnya..
- blh tlg jelaskan maksud tersirat iklan ni tak..saya ni jenis org yg susah nak phm kalau wayang jenis berfikir ni..
-vivi
SM, mungkin tak jadi agenda negara..tapi agenda melayu..:(
kalau kejadian pertama itu memeranjatkan SM, bagi saya pula ia seperti sesuatu yang saya telah rasakan akan berlaku..tetapi berharap ianya tidak akan berlaku..malangnya..ia berlaku juga..
selamat hari raya & maaf zahir batin..
dari,
Yang Masih Berharap
Kenapa dekat2 raya ni semua org nak berhenti mengharap...fenomena apa kah ini..Aduh..Depressing betul..Sana sini sayik nak berhenti mengharap aje. Tak blh dibuang yg keruh, ambil yg jernih ke???
Sebab aku punyai blog yang mencarut, adakah aku penulis lacur seperti saudara katakan itu? Mencarut bukan bererti cakap ku kosong, melacur juga tak bererti nya aku mencarut bang
hahahaha...
bukan macam tu lah.. bkn yg kuat mencarut... blog yg tak ada etika.. yg menulis ada kepentingan...
Maman, nanti tulis article yg ceria2 sikit ye...Dekat2 raya ni, biar genbira sikit..
ok... noted..
Yasmin Ahmad dah jadi antara 10 wanita paling berpengaruh kat malaysia- sumber Buletin Utama
Apapun.. saya suka artikel maman kali ini.. teruskanla menulis seperti ini ok.. biasala tu blogger kadang2 ter-poyo sikit.. bagi saya dunia internet hanyalah untuk melepaskan lelah saje.. kalau baca artikel sikapitan.. blogger ni bersifat peribadi sehinggalah ia membesar bergantung pada individu atau faktor2 lain yang memaksa penulis lebih bertanggung jawab apabila blogger itu menjadi hak awam dan mempunyai pengaruh..
Apapun Selamat Hari raya Semua.. Maaf Zahir Batin..
selamat hari raya, maaf zahir batin.
semoga ramadhan ini telah mempertemukan dan bakal mempereratkan lagi persahabatan kita. InsyaAllah
sudah pun menonton iklan petronas raya, bila selalu dapat apa yang kita hajati, kita sering dimanjakan. mujur ada yang hidup susah untuk memberi apa yang tidak mampu kita berikan.
kasih sayang bukan sekadar harta benda (baju raya berpasang-pasang, beli album berkotak-kotak), ia lebih daripada itu.
well...too much expectation...(on Mawi), i guess... Give him space.. everybody deserves a 2nd chance...(cpt terhantuk cpt sedar kan???).. haha.. some things are better left unsaid, rite?? Selamat Hari Raya...
Since your recent posting tentang blog, allow me to give my two cents here.
In my opinion, each one of us ada our own reason why we write a particular article in our blog. Through my observation (I could be wrong though) merely several bloggers tend to write serious issues. I mean something that is worth enough to be debated / discussed.
Other than that, they just write trivial stuffs. More to luahan hati, things they do everyday, etc.
Untuk bloggers yang membincangkan issue-issue semasa / serious issues, probably they should consider tentang etika penulisan etc. I mean for that kind of writing which most likely will attract others to give comment, these kinds of writers should be responsible of what they write.
Nonetheless, untuk blogers yang menulis issue remeh (for instance, terasa dengan celebrity X, buka puasa dengan org Y, etc), I think those ramblings are more like personal writing. Like a diary. Thus, in that sense, should we restrict someone to merely write certain things in his diary?
I think for this kind of situation, readers should play an appropriate role. In my opinion, kalau setakat perkara remeh it's not worth it if we just besar-besarkan. I notice some of the issues are not worth of the thinking pun. One thing, itu blog dia... It's all up to him dia nak tulis apa. As long as jangan tulis perkara yang againt the rule set by the govt.
And to the writers who are being attacked plak, not worth the effort juga untuk explain and explain to those who againt them. I think it will be better if the writers choose to keep quiet. Sebab after all, these things are merely within the Internet boundary. It's not that tomorrow I am gonna meet the person.
In conclusion, we have to learn to be selective. We also have to learn to put priority. I have to admit there are certain things that are worth the thoughts to be publicly discussed. But for some other things, come on... gimme a break!
-nfir-
Cheih. Hamba tak tergolong dalam blogger terulung yang berhenti berharap ke? HAHAHAHAHAH....:P Sekadar jenaka untuk mengurangkan ketegangan *hah ada la dua tiga monyet salah anggap!* HAHAHAH...:P
Hey all. selamat hari raya.
Sudah lama juga saya tak menulis apa-apa.
Saya ingin memberi sedikit pandangan tentang artikel ini. Pada saya, something is wrong with that petronas iklan. to me too many flaws dalam nya. i will quote a few.
silap bapa that lady yang always bagi hadiah for any achivement (bapa dia kaya, being chauffered around). message yang bapa dia tanamkan pada anak dia ialah, there will be something for you if you do something commendable! is that good parenting?
the scene bila the lady tengok the man tengah mandikan orang tua. first look and SHE ASSUMED that he did it without any harapan balasan. i guess she forgot that itu bapa orang lelaki tersebut. of course la kalau anak mandikan bapa dia, mana ada mengharapkan balasan. itu tanggung jawab (bagi yang ada perasaan tanggungjawab and cares for parents la). TANGGUNGJAWAB mana ada comparision dengan achievement yang that lady dah buat. jadi pada saya, iklan itu flawed dan message yang nak disampikan pun flawed!
banyak flaws lain tapi tak penting.
orang memuji yasmin sebab iklan2 yang dianggap sungguh bermakna.Sebab terbawa dengan kelainan iklan yang dikeluarkan olih yasmin orang chose not to see bahawa iklan2 tersebut banyak flaws nya. PoV menggunakan that iklan as the basis for this artikel tantang balasan. He got it all wrong!
Dalam pada itu, Point-of-view dalam artikel ini mengatakan pada awal artikel, semua orang mengharap secara sedar atau tidak apabila melakukan sesuatu ( itu pandangan dia which i dont agree). pada penghujung artikel, dia kata dia tak mengharap apa2 dari blog dia. Geee, thats a contradiction! I am confused!
Anyway I just want to stress bahawa kita kena bezakan RESPONSIBILITY dengan ACHIEVEMENT!there shouldnt be any pengharapan untuk mendapat sesuatu balasan for tanggungjawab. for Acheievements, you MAY mengharap , kalau you are brought up to always hope for it or you acquired that nilai over time.
Post a Comment