Wednesday, November 16, 2005

Masa untuk 'Move On'

Saya rasakan yang sekarang adalah masa untuk kita move on ke perkara yang lebih penting. Ada banyak perkara lain yang saya rasa lebih penting.

Tentang Mawi FC, saya akan berasa sedih andainya kritikan dan komen saya selama ini membawa perpecahan kepada Mawi FC. Ini kerana, bagi saya segala kritikan saya hanyalah untuk memberikan feedback bagi membina keutuhan kepada Mawi FC untuk terus berada di belakang Mawi.

Seperti yang saya kata, perbezaan pendapat sepatutnya diraikan, asalkan ianya membina dan bukan meruntuhkan. Perbincangan sepatutnya berlandaskan sesuatu isu dan bukan bertujuan menghukum peribadi seseorang.

Amat menyedihkan bagi saya, bila saya terbaca tuduhan-tuduhan yang berdasarkan peribadi ditujukan kepada blogger seperti Juan dan Joe Klubbkidd. Saya tidak bersetuju dengan kutukan-kutukan peribadi, kerana bagi saya ini melambangkan kematangan berfikir seseorang.
Memang ada masanya saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka, tetapi ini tidak bermakna saya membenci mereka secara peribadi.

Terlalu banyak hati yang terluka dan terguris, saya percaya inilah masa untuk kita mulakan satu perbincangan blogg yang berlandaskan satu pemikiran yang matang dan bertolak ansur. Seperi yang saya kata dissenting is permisable. Tetapi lakukan lah dengan hujah yang bernas.

Kawan yang sejati adalah kawan yang membenarkan kawanya yang lain mempunyai pandangan yang berbeza dari dirinya sendiri. Alangkah bosannya satu persahabatan jika semua rakan mempunyai satu pandangan yang sama. Dunia akan jadi satu yang routine dan mechanical!

Bila saya mengajak kita melihat pelbagai isu yang lain, yang turut menyentuh perkembangan industri hiburan di Malaysia. Ini tidak bermakna saya akan berhenti menulis tentang Mawi dan Mawi FC, saya akan terus menulis sekiranya ada isu yang ingin saya ketengahkan.

Saya akan menyahut seruan sultanmuzaffar, tentang apakah pandangan peribadi saya terhadap Mawi didalam posting saya yang seterusnya.

35 comments:

Anak Mami said...

best!!!!!

papaadlis said...

hmmmm.....

My Point of View said...

Jgn risau...ini bukan bermakna tulisan saya tidak akan kritis dari sekarang... malah ia akan jadi lebih kritis dan membina...

'Berjalan Mesti ke Depan, Bukan Ke Belakang'

Anonymous said...

Hampir 2/3 daripada AJK Mawi FC undur diri termasuk Presiden dan Penasihat, yang malangnya disaat album mawi dilancarkan, apakah komen maman?

papaadlis said...

Dah baca berita. Maman kritis bertempat dan sekarang ianya telah jelas dan nyata. Mungkin FC tak sehaluan dgn Maestro dan Mawi. Cuma apa motif keujudan MawiFC? Apa motif penubuhan FC? Saya rasa ianya agak melencong sedikit. CUma apabila ianya diadakan PC pada majlis orang lain, semasa Mawi melancarkan album terbaru, memang amat mengecewakan sesangat kerana terus terang saya katakan 2/3 termasuk presiden dan mungkin juga penasihat berniat MEMBUNUH walau apa pun alasannya.

Anonymous said...

Sudah terang lagi bersuluh ....

Anonymous said...

Ni dah dikira sabotaj. Pengunduran secara tak terhormat langsung. Gile glamer. Tak masuk dalam hari ni dalam sejarah derr.

Lepas ni akan keluar pulak statement dari pihak2 tu.. "saya lakukan ini atas alasan tersendiri.. tak perlu diheboh2kan"... ini skrip standard.. cittt..

Anonymous said...

Dilema melayu yang selalu memandang sesuatu terlalu 'one sided' , memihak kepada 'what i feel and what i want' telah melanda mawi fc dan akan terus melanda orang melayu sehingga kita semua dapat 'keluar ' dari cara memikiran kita dan cuba memahami sesuatu as a big picture and jadi part of it , not because of it.....

Anonymous said...

selagi orang melayu tak keluar dari kepompong lamanya, selagi itulah penyakit PHD akan ujud. PEristiwa ini menunjukkan dan membuka pekung di dada mereka yang terlibat. Tindakan Burn mengadakan sidang akhbar pada waktu persembahan dijalankan mencerminkan pekung di dada. Di harap Burn berfikir terlebih dahulu implikasi sesuatu tindakan sebelum melaksanakannya. Ingat, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Ambil pengajaran kisah Tan Sri Rahim Noor, berapa besar pengorbanan beliau pada negara, angkara emosi menampar DSAI beliau kehilangan segalanya.

Saira said...

Pembubaran mawifc oleh burn pada waktu pelancaran album Mawi amat tidak sesuai dan menyedihkan sekali.. memang sabotaj namanye.. saya sedih sangat.. saya ade malam tu dan dari yang saya tahu.. tak semua ajk terlibat.. kebanyakkan ajk lain dalam keadaan terkejut dan PC dari mawi dan ajk lain di buat selepas tu utk menyatakan sokongan padu pada Mawi berterusan.. jadi boleh dikatakan pembubaran burn dll lebih bersifat individu..

Kita tunggu dan lihat.. mungkinkah sokongan mawifc akan datang lebih mantap dan membina. Yang penting kene ikhlas...

oracle said...

kenapa aku rasa macam sedikit lega???

adikmanja said...

Hish... terkejut bg paper pagi ni... kenapa la boleh jadi camtu. Kenapa President MawiFC boleh bertindak bodoh cam tu. Bukan apa, itu tak tau malu namanya menumpang glamour majlis org, sabotaj majlis org. Betul la apa yg aku baca di blog org kuat mawi tu, konon nak sedarkan mawi tak dapat cara baik, cara kejam. ni kira kejam giler. Bukan nak sedarkan, tapi menjatuhkan lagi.. Tikam dari belakang namanya. sbb apa aku kata cam ni, dtg majlis launching album mawi konon cam nak bg sokongan, tapi amik kesempatan nak jatuhkan mawi, nak tunjuk power konon sbb tentunya wartawan ramai kat majlis tu. Giler... semua keje Giler. Aku sokong Mawi pun bukan sbb FC dia, tapi sbb Mawi tu sendiri. Maaf maman, ni pendapat aku je.

Guardian X said...

Tindakan yang tak boleh diterima...macam gila populariti plak...sepatutnya PC pembubaran tuh boleh dibuat pada masa yang lain..inilah sikap org Malay..kalau sikap macam nih berterusan sampai bila bila pun kita payah nak maju...

bak kata PoV tadi berjalan mesti kedepan bukan kebelakang..reverse keta kebelakang laju laju pun boleh merosakkan engin...hehhe

Chairman said...

berkulit tebal, gila glamour, mengambil kesempatan, duri dalam daging

pengkhianat sesama insan pun boleh dikategorikan sebagai pengkhianat negara. Shame on you!

beside that, memang rasa relief. tak ada lagi pagar pagar kawat yang tersembam kerumput - memagar rumah pun tidak, siapa terpijak luka dikaki, baiklah dibuang terus

Mawi, you are my boy. keep it up. ini belum dipanggil dugaan. ini cuma angin lalu dari dumping area

WORLD!!!

zuhri said...

itulah fc fc ni. diaorang sokong ikut kepala diaorang, cam diaorang yang tentukan atau uruskan artis. minat artis, minat diri dia yang sebenar, bukannya diri dia yang digambarkan. ni dak kira confused by the dazzle of the media masa af la ni.

banyak lagi fc artis yang bagus cam fc ziana, amy mastura, m nasir, anuar zain dan lain-lain. fc ni ditubuhkan bila artis tu dah top, jadi peminat dah sedia terima artisnya. masalah apabila fc ditubuhkan walaupun peminat hanya separuh kenal atau kenal sepertimana mereka mahu artis tu dikenalkan. jadilah camni.

mawifc.net pun dah tutup.

Anonymous said...

org tu baru je nak naik sket,..dah ramai plak yg jaki,.dengki...
wat presiden mawi fc tu,...rentikanlah niat buruk tu,.buangkan sgl kekotoran hitam dlm hati mu....

moga,..pas ni,.ada insan lain yg sanggup tampil membela kemajuan artis yg kita sanjung spt mawi tsbt...

beskut

Anonymous said...

Aku tak tau la dimana kejujuran untuk menaikkan nama Mawi, tindakan Burn dan ajk yg terlibat jelas tidak ikhlas, apatah lagi dibuat di saat album mawi lancarkan. Tak tau ler kalau saja bikin kontraversi untuk melariskan jualan album.

Saira said...

mungkin president tu ade alasan dia sendiri.. tak yah la hentam dia walaupun tindakan dia mengecewakan.. dia ade alasan dia sendiri cuma cara dia mungkin tak sesuai dan menjejaskan Mawi secara langsung samaada secara sedar atau tidak..

apapun bolehke mawifc dibubarkan? kabinet mawifc mungkin boleh dibubarkan tapi bukan mawifc..mawifc=peminat mawi. ni pendapat saya la.. tapi skrg orang dah salah paham.. sian Mawi

mahaza said...

lets move on guys.... ada sedikit cerita fasal album baru dari perspektif saya.

adik manja said...

sapa2 nak tgk PC Mawifc tu g tgk kat http://www.malaysiaview.tv mawi mmg cool je...

noor said...

maman, u've been quiet..

masih berfikir apa yang patut di katakan atau..malas nak cerita dah?!

CinTa said...

kesian mawi...mawifc tak sepatutnya buat mcm tu..semua ni dah dirancang untuk menjatuhkan mawi...n now..the whole malaysia tahu...attitude siapa yang tak betul sebenarnya....

My Point of View said...

Noor,

sebenarnya saya amat sedih dgn apa yg berlaku, tapi tunggulah komen saya nanti, saya menulis apabila semua org dah stabil kan diri mereka.

papaadlis said...

maman,
drop by for a note ye...

Anonymous said...

Questions: Kenapa taksub about FC ye? Mcm org tu ckp, without FC siapalah Mawi. Kenapa mcm tu ye?
Mawi tak cukup package ke sampai FC penting giler?

To Me: Cukup lah taksub dgn artis. Bukannye kite dpt duit. Kite gak yg keluar duit beli album dia.

Anonymous said...

habis yang 1/3 tak resign tu bodoh tongonglah semuanya ye??

jika kamu dari golongan yang BENAR…bukan tikam belakang kawan!!!! malang sungguh pencak silat kamu nampak tempang, langkah pendekar kamu nampak sumbang!

aku nak cakap.. aku tak ralat langsung kamu nak resign ke kamu nak menonggeng ke langit ke .. tapi perangai kamu yg tabur racun kat majlis orang betul2 menggambarkan keperibadian kamu dlm kelas yg tersendiri iaitu dari golongan 'intelek' melayu yang dah benar2 LAYU! maaflah kalau aku katakan dengan kecelaruan fikiran yang kamu tunjukkan, memang kamu tidak layak dan tidak sajak untuk memimpin Mfc.

aku sedia menerima kehadiran siapa saja ke persada tampuk kepemimpinan Mfc yang baru!! Pasanglah betul2 nawaitu nak pegang jawatan… biar ikhlas lah!!

sori maman memang tempat tuan ni pelepas reda!

aDiL said...

ini lah yg berlaku apabila tiada keikhlasan di dalam kepimpinan. tiada pendirian yg tegar... pendirian berubah mengikut kepentingan diri, ego dan emosi.

zuhri said...

cakap-cakap jugak, tapi dah beli ke album mawi baru yang original? itu baru betul support artis namanya

Anonymous said...

tiada siapa yang melantik secara rasmi jawatan2 tersebut dan termasuklah orang2nya....keikhlasan amat penting...jika mengharapkan sesuatu parahlah dibuatnya.....dan lagi satu apakan benar mawi dah keluar dari garis landasan yang mereka buat...apa landasan tersebut...kalau dia terkeluar dan ingkar pada agama so aku boleh juga maki mawi tu tapi belum pun ketahap M****dkan......payah2.......tak faham mereka yang gila glamour tu........

CopaCabana said...

ini sindrom 'I am God' tuh la. "dengar cakaplah aku dan kembalilah ke landasan yang betul atau hukuman akan di turunkan". Buat kerja sukarela nak mengharap balasan, mana boleh! sekarang turunlah takhta dok senyap-senyap.

banzai said...

x kire lah besar mane salah MAWI ( yg nie x tau lg betul ke die salah@salah bg sesetengah org tp tidak bg org lain)tp buat PC kat majlis org mmg x leh dimaafkan,bukan saje majlis org tp disaat MAWI buat pelancaran album die, kene rejam patutnye

Anonymous said...


bagi juan n burn fc ni tuk diaorg menglamerkan diri, salah skit je nak melenting, ntah apa2 punye kepimpinan.

Anonymous said...

aku ingat lagik dulu masa rancangan Tanya Linda kat Astro Ria...si burn tuh beria2 backing mawi...janji akan sokong mawi berterusan la....akan beli album yg original la...sampai bertekak2 kat situ...last2 gini lak jadiknyer..

m-m(bukan nama sebenar) said...

alkisahnya



jue liy aka kabkeed (bukan nama sebenar) dajalnya



Quanx (bukan nama sebenar) si lembut yg makin tidak dihiraukan oleh Mawi lantas sentappppppppppppp


si hhhhzaammm -mr TECHNICALLY-(bukan nama sebenar) sentap juga gara gara nasihatnya yg bernas itu tidah dihiraukan

kak heet-ah (bukan nama sebenar) amik kesempatan lalu mengungguli kalab penchenta mah-wie (bukan nama sebenar)

now...ready for a showdown?


tunggu Melodi esok!!!!!!!!

Anonymous said...

kutukan bersifat peribadi dekat laman web mereka adalah buah hasil racun yang mereka sendiri tanam. you reap what you sow.