Tuesday, October 11, 2005

Budaya kongsi gelap di laman web peminat

Budaya kongsi gelap di laman fan club?

Katanya ada segelintir peminat di laman web sanggup bertindak laksana kongsi gelap. Mereka ini mengugut akan menutup periuk nasi artis-artis yang kononnya tak sehaluan dengan pandangan mereka. Power diorang ni yer.

Antara isu terbaru adalah tentang pandangan Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz, tentang berdosa mendoakan perpisahan atau lebih tepat pertunangan idola mereka. Tapi sejurus selepas kenyataan Ulamak itu, maka berderet-deretlah posting tentang tunang idola mereka itu. Banyak dari posting itu, seperti biasa akan menjurus kepada sokongan untuk pasangan itu agar berpisah. Kononnya tunang kawan tu tak sesuai. Hmm pandai-pandai jer diorang ni ek. Mak bapak idola pun tak banyak cakap, mereka lak yang lebih. Lebih sudu dari kuah nampak…

Biasalah dalam hubungan kasih-sayang ni, mesti akan ada kesalahan dan kesilapan, takkan tak dimaafkan?

Saya: kalau pandangan Ulamak pun tak mau dengar, nak dengar sapa lagi?

Segelintir yang berkuasa

Adalah segolongan peminat ni yang menguasai laman web fan club seorang artis. Seperti biasa jika ada pandangan yang berbeza dari mereka, maka mereka yang berbeza pendapat ini akan ditekan habisan. Yang peliknya kat forum tu tak lebih dari 10-15 orang ajer yang posting, lepas sorang post, yang lain-lain setuju ajer.

Patutlah tak ramai yang berani posting kat situ. Agaknya peminat lain pun malas nak layan kerenah golongan bijak pandai ni. Pada mereka ni, mereka ajer lah yang betul. Layanlah Labu, dalam tak sedar, mereka nilah yang menjauhkan idola mereka dengan peminat yang lain nanti…

Saya: Nak tengok sejauh mana sokongan mereka ni jika idola mereka tup-tup jadi kahwin dengan tunangnya nanti…

Kita tunggu reaksi peminat-peminat ni nanti….

35 comments:

sultanmuzaffar said...

:D

biarlah diorang hidup dalam fantasi mereka. kerana mereka tetap berharap bila mawi putus tunang, mawi akan pilih mereka sebagai gantinya.

jangan berhenti berharap.

Anonymous said...

panas! panas!
malas nak bukak thread pasal tajuk ulama tu.... dah agak dah isinya... kena pulak semenjak satu lagi tu dah tutup/kena hacked, makin menjadi lah pulak...

PurPlè said...

for me fans r like buyers... they have power! power to choose & power to buy. as for fans, of course they buy product of their idol. takde isu menutup periuk nasi artis lain. they can say so ("ugut") but we ourselves know as everyday buyer we wont buy things we dont like. pls be realistic & dont take their 'ugutan' seriously. hakikatnya even b4 artis tu tak sehaluan dgn pandangan mereka pun, mereka belum tentu support that artist. we can complaint, we can say "TAK NAK" bcos of bla bla bla, that's our rights... & our money. adakah itu dianggap spt kongsi gelap???

The Way I See It said...

Ugut mengugut tu perkara biasa ker?

Seronok ugut sebab orang tak kenal kita kan.....

Saira said...

1st nak komen pasal segelintir yang berkuasa.. sebenarnya ini bukan isu baru, pegi la mana2 forum.. cari, mesra dll memang akan ade puak2 yang monopoli. bosan tapi itu la hakikatnya..

budaya kongsi gelap tu agak keras tuduhannya..mmg ade komen2 yang over tapi kongsi gelap(?)hmm..
Pasal tunang tu actually tak patut dipersoalkan.. suka hati la mawi nak kat sape pun..sibuk je la..

Anonymous said...

teruk kena belasah nampaknya?.... skrg dah disamakan dengan lalang dan langau lak tu.... bosan lak aku tgk dorang nih... yang dilayan bebudak tu apahal? ni dah dotcom dah senyap makin parah jadinya sbb mat-mat ngan minah over pulak dah nak take over... suruh pikir ramadan pun diorg anggap tak patut... paningku ih

The Way I See It said...

mahaza, yang hang pi sana tu buat apa, tak payah gaduh nak nasihat kat depa tu, biaq pi lah....

Anonymous said...

orang2 seperti tu layak digelar 'bodoh sombong'...

Anonymous said...

aku tak pegi sana nasihat dorang, aku tgk nko kena belasah jer... ha ha ha....
actually, dulu ada lah letak beberapa notes tapi bila tgk... better wait & see for new info jer lah...

The Way I See It said...

hahahha.. aku ingat nak buat kebaikan dlm bulan posa nie, nak lah nasihatkan dorang tu jugak...

tapi aku silap... tak apa lah... yg penting dah cuba kan....

Anonymous said...

wow, maman, semangat nampaknya perjuangkan isu tunang ni..tak kesah lah mawi nak kawin sapa pun. yg pentingnya dia bahagia.

The Way I See It said...

bukan pejuangkan, cuma nak perbetulkan mereka, jgn doakan keburukan....

sultanmuzaffar said...

Kutuk-kutuk ulamak ni mmg hasil kemajuan dari regim Mahathir. :)

Anonymous said...

SM,
Sensetip tu... tapi rasanya mmg betul...

The Way I See It said...

pengajarannya untuk aku, kalau nak cuci tong taik, jangan masuk dalam tong tu, cuci dari luar aje

- memetik kata2 Mat Sabu.

sultanmuzaffar said...

biarlah maman, last week aku kena, this week ko kena. biarkan, biarkan...

Anonymous said...

Maman, sm, if u don't mind me asking, both of u kena hentam kay web mana last week n on which issue? At least i can take it as a guidance.

Anonymous said...

redfeddex,

SM kena directly in his haloscan comment by Mod MFC kalo tak silap.
maman aku rasa ni dah berapa kali ek? yang aku perasan 2 kali kat dalam mawifc.net. tapi kat sini pun kena gak...

Anonymous said...

Aku harap tidak akan berlaku 'Mawi jatuh kerana fanatik2 yg taksub'

Anonymous said...

thks papaadlis. maman, i like reading yr past comments/analysis on AF especially on technical VS talent kalau tak silap la. Nanti album Mawi keluar, jgn lupa buat analysis ok. But I like Mawi's attitude la. Among all this choas, dia senyap & buat don't know aje ye..

The Way I See It said...

redfeddex,

Terima kasih kerana membaca tulisan saya.

Anonymous said...

Suka baca blog u...lebih membawa kita berfikir. Komen u pasal Mawi's fan tu memang betul. I pun pernah masuk utk membetulkan yang tak betul tapi memang sesetengah tu tak makan saman. Sesetengah blog plak ada yang terlebih emosional, yang syok sendiri pun ada dan ada yang komen melebih2 kalau suka kat seseorang tu tapi itulah adat blogging (maaf kalau terasa). So bila nak berfikiran waras sikit, I akan masuk blog u. Cuma I harap janganlah wat komen terlampau ringkas, macam tak complete je. Anyway...keep up the good job. After all the good and bad things happen, I'm still Mawi's fan (dah ditakdirkan hehehehe!)

sultanmuzaffar said...

menguap luas luas sambil gonyoh gonyoh mata

Anonymous said...

entah, isu mawi oleh peminat2nya ni cuma hangat kt 'alam maya' ni je. bg mereka yg jrg online, takdelah panas & kecoh sgt pun.

bg saya, sama je semua. yg minat, faham2 la je perangai fanatik tp tp yg tak minat pun sama je lebih kurang, fanatik kutuk mawi sana sini.

yang kurang minat pun, walau tak kutuk secara terang, bukan orang tak boleh tangkap sindiran2 halus dan sinis tu.

jangan marah ye, tp kdg2 saya tgk nama2 besar dalam dunia blogging ni, bila penulisannya mendatangkan kemarahan orang, bila apa yang ditulis tu dipersoalkan...tau melenting juga.

mcm tu jugalah halnya dengan orang yang anda perkatakan tu, sebagai manusia biasa akan terasa hati juga. ada orang bila terasa akan berdiam. ada orang akan membalas.

kalau kita mengharapkan orang terima dengan hati terbuka dan waras apa yang kita tulis/cakap..orang lain pun mengharapkan yang sama juga..

selamat bersahur!

Anonymous said...

bg saya isu peminat mawi terlalu remeh utk dibincangkan krn peminat mawi mewakili kelompok yg besar... lain padang, lain belalang... rambut sama hitam tp hati lain2... yg dibincangkan mungkin hanya segelintir tp itu yg nmpk di mata... atau yg mata nak nmpk... yer lah, bleh jd isu kan. adat dunia hiburan wlu di mana pun perlu ada peminat. peminat plak manusia. setiap manusia mmg berlainan. dlm satu kelompok yg besar, mmg byk ragam. jgn hanya krn nak mengata yg segelintir, kelompok yg besar kene tempias. lihat mana2 artis yg terkenal dlm dunia, pasti ada peminat fanatik kan... tp malangnya yg 'nak' dilihat & diperkatakan cuma peminat mawi sahaja. kesian peminat mawi... they might stop being mawi's fans bcos tired of being judged by people out there yg kononnya nak 'memperbetulkan keadaan' as i'm tired reading this kind of article.

siapalah artis tanpa peminat. look at the big picture & think outside the box...

Anonymous said...

lid, i like yr comments. Pasal isu tunang ni, ada yg suka, ada yg tak suka. Adatla, dah ramai peminat, byk la pendapat. Tapi for sure, in both Mawi.com or net, mostly all of them selalu doakan kebahagian Mawi walau siapa pilihan dia sekalipun.

Saira said...

well said lid..

The Way I See It said...

saya sendiri tak pernah kata semua peminat Mawi begitu... cuma seperti yg saya kata 'segelintir'.

Ini bukan hanya kerana peminat fanatik, ttp lebih kepada bagaimana kita melihat sesuatu isu... persepsi kita...sempit atau luas...

kerana selalunya beginilah kita melihat sesuatu perkara... acapkali kita gagal melihat sesuatu isu daripada perpektif yang berbeza...

Saya melihat ini bukan hanya isu Mawi dan segelintir peminatnya... saya melihat ini dari perspektif pola pemikiran masyarakat kita...

kerana .. kita mudah lupa...

Anonymous said...

Lid...really like your comment. Maman..always welcome comments from u becoz ianya realiti and not biased. I'm Mawi's fan and so far whatever criticism or praises that you mention about Mawi(since AF3), I can accept. Very professional!

Anonymous said...

setuju dengan Lid.

saya tak hairan kalau satu hari nanti Mawi kehilangan peminat. Bukan disebabkan Mawi tapi disebabkan orang-orang sekeliling. Sudahlah tempat mereka berkumpul (mawifc.com) pun dikacau anti-mawi, di @15 dengan karenah kayu 8 lagi. Lagi sakit hati bila baca artikel unicorn di tranungkite tu.

Kesukaan kita berbeza..rasanya dulu maman ada tulis tentang hal ni..tentang apa yang peminat mahu..kemahuan peminat jangan disekat..kan..

Apapun, semoga kita semua beroleh berkat dalam bulan Ramadhan ni.

The Way I See It said...

Tulah... peminat Mawi mesti mengunakan Mawifc.net sebagai media untuk menarik lebih banyak sokongan peminat (bukan hanya peminat yang sedia ada), disamping platform utk kritik kelemahan Mawi....supaya Mawi dapat bertahan lama di pesada seni...

Jangan pinggirkan sokongan dan pemdapat silent majority...kadang2 pendapat mrk kena dengar juga... Saya takut disebabkan beberapa kerat yg aktif di mawifc.net/com, org akan membenci Mawi....

Anonymous said...

Just dropping by.

The fuss and the buzz about Mawi's fanatic fans are merely in the cyber space via chatrooms and bloggers penned in comments. Otherwise things are alright outside.

Most threats are rhetorically and sometimes humorously written....no big deal.

I suggest the bloggers writing about AF will drop this subject(about Mawi's fanatical fans)because it is getting so tiresome.

Anonymous said...

rasanya adalah lebih baik kalau kita tidak gunakan phrase "peminat fanatik mawi", instead drop the word "mawi"..cuma tinggal "para peminat fanatik".....isnt that sound better?

The Way I See It said...

saya tak pernah sebut pun peminat fanatik Mawi dalam artikel ni, errr tak ader kan...

Anonymous said...

What a great site » »