Friday, October 07, 2005

Mawi Kena Gam? Mimbar Yang Retorik dan Budaya Kutuk

Mulai la ni, nak kurangkan artikel yang panjang-panjang, sebab dapat feedback yang kata pening nak baca kalau tulis panjang sangat. Iya ke? Ntah lah. Jadi buatlah stail penulis pojok Siti Jarum di Mingguan Malaysia.

Mimbar Yang Retorik

Tadi masa sembahyang, mimbar duk suruh kita berjihad untuk menegakkan hukum Allah S.W.T hingga titisan darah yang terakhir. Saya pun tertanya, apa sebenarnya maksud tok khatib ni. Kita nak pi perang ke? Nak perang ngan sapa? Kalau perang dengan nafsu di Ramadhan ni, saya setuju faham lah juga. Tapi katanya pertahankan hingga kedarah yang terakhir. Biasanya perang yang begitu. Adakah jihad hanya dengan perang?

Tulah masalahnya, mimbar masjid la nie terlampau banyak yang retorik. Cadangan saya? Mestilah spesifik, cara mana jihad yang sepatutnya, supaya jemaah boleh amal kan, kita bukan hanya mahu jadi orang yang alim( berilmu), tapi juga yang ulamak (mengamalkan)!

Sebab tu mungkin Jemaah Islamiyah (JI) boleh pengaruhi minda muslim supaya jadi pengebom nekad.

Dalam bab ni respek kat Tuan Guru Nik Aziz (MB Kelantan) , hangpa nak tengok contoh hiburan alternative, ha begini caranya. Barulah namanya Alim dan Ulamak. Sebab saya rasa Tuan Guru dah rasakan betapa peritnya nak perentah negeri.

Saya: Ternganga Azeez (Boss Putera UMNO), bila Mawi kata Tuan Guru boleh jadi Mentor dia.

Mawi Kena Gam?

La ni kecoh kat mawifc.net, kata Mawi nak kena gam ngan TV3. Sebabnya, peminat Mawi terlampau overly-protective. So, balasannya Gam Mawi. Teringat macam hooligan bola di England, peminat punya pasal, kelab yang kena denda.

Saya: Betul ke Tuk Farid, Mawi kena gam, ni kena terjah nie (ala-ala Melodi). Takut UMNO yang Gam Mawi nanti.

Budaya Hentam Menghentam

Tak habis-habis budaya ni dalam industri hiburan kita ni. Dari produser filem ke kelab peminat. Masing-masing nak taruk dan kutuk kaw-kaw orang lain. Industri dah lah kecik aje, bukan macam Hollywood atau Bollywood. Ntah bila lah nak abis, A kata B tak bagus, B kata A tak bagus.

Tapi kalau kita tengok balik nak salahkan sapa?

Saya: tak payah lah tengok jauh, kat parlimen pun sama.

7 comments:

sikapitan said...

Biasa la Abang Maman.Kalau ikutkan falsafah "jurisprudence" ataupun "teori sosial" agama memang berkaitan kuat dengan "kepercayaan" (faith). Kepercayaan itu datang dari naluri. Naluri itu dikongkong emosi.Emosi pula dibuai persekitaran.Retorik difahamkan paling mudah membakar emosi.Dari situ naluri dikerah ke arah kepercayaan.

Itulah asas semua "kepercayaan". Satu nilai yang tidak terbilang, tidak terkira, tidak terlihat. Seperti angin menghembus daun kering,kita tidak nampak angin itu tetapi kita tahu daun itu bergerak kerana angin.Kita percaya pada angin.

Tetapi retorik Islam agak unik kerana biasanya didengari berbaur emosional tanpa penjelasan rasional."Kita harus menjauhi dari anasir kafir..." Kenapa? Apa kesan? Bagaimana? Khutbah Jumaat saban hari,saban minggu,setiap tahun...berulang-ulang temanya. Salahkah jika umat lalai ketika khutbah jika isinya sama sahaja.

Sekadar renungan,bukan teguran,apatah lagi kritikan.

Wasalam!

My Point of View said...

Retorik mmg benar boleh membakar emosi jika di mainkan keatas isu syariat.

Tetapi selain syariat (kepercayaan) kita juga mesti bisa melakukan ibadat (yakni perlakuannya atau amalan)yang hadir bersama syariat (kepercayaan).

Apa yang di dahagakan adalah hal ibadatnya atau perlakuan seorang muslim didalam kehidupan seharian. Apakah jihad yang sebaiknya untuk memartabatkan Islam pada alaf ini.

Kita masih tercari-cari....

pena_saya said...

Setahu sayalah, khutbah jumaat dikeluarkan oleh jabatan agama islam negeri(kalau tak salahlah)..Disebabkan kes satu masa dulu yg dikatakan ada pihak2 tertentu menggunakan masjid utk menyampaikan fahaman politik..
Kdg2 simpati juga apabila khutbah itu tak sampai kpd hadirin..khutbah sepatutnya memberi teguran, nasihat n peringatan kepada umat islam dlm menempuh hari2 yg mendatang.

Saira said...

Budaya hentam menghentam dah memang sinonim agaknya ngan masyarakat kita.. pening di buatnya.. bila la nak berubah?

My Point of View said...

hmmm...susah nak berubah kan? anda sendiri dapat lihat di laman web seorang artis tu, nasihat yg mahu diberi, kutukan balasannya...

papaadlis said...

firstly,

style yang menarik dari segi pembentangan isu. ringkas dan tepat.
isu khutbah jumaat ni mmg dah lama semenjak isu DSAI lagi sehingga pada 1998~2000 di Selangor, semua khatib diwajibkan record (tape)khutbah untuk memastikan ianya tidak lari dari teks asal JAIS... ada diorg record ke tidak, entahlah.
Dalam keadaan imam dipantau dan dilantik menurut pilihan Jabatan, maka isu paling menarik apabila banyak imam ramadan adalah pelajar-pelajar tahfiz al-quran... bagaimana jabatan agama menangani isu tersebut tidak saya ketahui. alhamdulillah, negara kita masih ramai tahfiz... (seperti surau di tempat saya ada 3 orang)

ada isu terbaru untuk renungan

Anonymous said...

best regards, nice info Suzuki bandit s 2004 2003 chrysler town and country lx Pc mid tower and cpu bundle Seroquel weight gain marbella Daimler chrysler axle alliance north carolina Antidepressant pain buy percocet cheap no rx free stories of adult love Other methods of radar detectors dispensing errors involving lamictal and lamisil Cialis sex chatte vierge Gemstone license plate frames diphenhydramine interaction zyrtec Services phone plans calling cell life wireless Compare camcorders musimon