Sunday, October 16, 2005
Andaian dan Pandangan Kita Tentang Satu Perkara
Pandangan Yang Berbeza, Dan Bagaimana Ia Boleh Membuat Satu Perkara Menjadi 2 Isu Yang Berbeza.
Cubalah kita amati cerita dibawah ini.
Ahmad adalah seorang yang tidak pernah tinggal di hotel, telah pada satu hari diberi peluang untuk menginap disebuah hotel bertaraf 5 bintang selepas memenangi satu peraduan di radio Era.
Selepas dia check-in, dengan rasa bangganya dia naik keatas dan terus ke kamarnya.
5 minit kemudian, dia telah menelefon reception dibawah dan berkata ‘ Encik, anda telah memberikan saya kamar yang tidak ada pintu keluar. Bagaimana saya nak keluar dari kamar ini?’
Kerani reception tadi pun berkata, ‘Encik, itu satu perkara yang mustahil, Encik mungkin telah mengunci diri Encik sendiri’
Ahmad pun menjawab dengan angkuhnya, ‘Tak saya sudah sangat pasti, kerana cuma ada satu pintu yang terus ke bilik mandi, pintu yang kedua untuk almari baju. Pintu yang satu lagi tu saya belum cuba, kerana ada sign ‘jangan ganggu’.
Apalah pengajaran cerita ini?
Kenapa perkara seperti ini boleh terjadi? Adakah kita seperti Ahmad, yang kerana kejahilan kita membuat satu andaian tentang sesuatu perkara yang kita tidak pasti?
Ataupun kita khayal dengan dengan sesuatu isu / perkara, hingga kita gagal memahami perspektif orang lain…. Hingga kita tidak boleh lagi menerima sebarang teguran?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
mengantuk....gonyoh gonyoh mata...
hehehe
bagus lah analogi ko. aku tak sekreatif ko dalam melihat sesuatu isu lebih dalam dengan menggunakan bahasa yang berpusing-pusing.
Campaign gets hot, heavy on the Web
Cindy Uken The Desert Sun The bell has rung and political opponents have come out swinging in Desert Hot Springs.
Found your blog while surfing, great info...would you like to visit my blog as well?
hover ads Please Disregard the tittle it's on my product web site.
pusing-pusing... geleng-geleng.. angguk-angguk...
interesting perspective..kisah benar ke tu???
Post a Comment