Saturday, September 10, 2005

Jakarta.. Oh Jakarta..

Hie all.

Buat masa ini saya masih lagi di Jakarta. Memang dah lama tak update my blog. Nanti bila balik ke KL minggu depan... maybe Rabu blog akan di update. Ingat nak share some thing on Indonesian entertainment industry pulak.

Ketemu lagi yah..

In the meantime... enjoy this pic yeah...















Najib as host in AFI 2005 (Duet)















AFI particapants rehearsing their dance for AFI 2005 duet.















AFI 2005 particapants practising their dance...

Kalau nak compare mewah... AF memang sahih gila lagi pampered dari AFI... Tapi malam final duet baru nie tak tengok abis pun sebab ada undangan makan dinner... Najib jadi host malam final duet AFI pada 10 September lepas.

3 comments:

Anonymous said...

Saya copy dan paste dari yahoo group "melayu cyber" untuk renungan kita bersama. Mungkin kengkawan ada komen.

Di Singapura, kami tidak mendewakan pemain-pemain bola." Begitulah kata-kata Phillip Yeo, Ketua Agensi Penyelidikan Untuk Sains dan Teknologi Singapura. Saya yakin Singapura juga tidak mendewa-dewakan golongan artis seperti yang berlaku kepada kita di Malaysia. Saya tidak pernah terbaca atau mendengar berita yang penyiar TV di sana menganjurkan banyak siri realiti TV yang tidak mendatangkan sebarang faedah jangka panjang untuk kemajuan negara kecil mereka. Tetapi berlainan pula dengan negara kita, itu yang lebih diutamakan sejak kebelakangan ini.

Jika beginilah sikap rakyat negara kita nampaknya kita akan terus menjadi sebuah negara yang terbelakang dalam segala bidang yang berfaedah untuk masa depan negara. Di Singapura, idola mereka adalah orang terpelajar, bukan artis. Orang terpelajar dijadikan contoh kepada anak-anak muda Singapura untuk mengejar kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Anak-anak mereka digalakkan mendapat pelajaran setinggi yang mungkin kerana mereka sedar tanpa generasi yang berpelajaran dan berpendidikan tinggi negara mereka akan ketinggalan. Singapura sedang menuju ke arah apa yang disebut knowledge economy
(ekonomi ilmu pengetahuan) tetapi kita lebih kepada entertainment economy (ekonomi hiburan). Artis-artis yang berjaya meraih 'ijazah' dari Akademi Fantasia (AF) lebih diberikan tempat dalam liputan akhbar daripada kejayaan anak-anak Malaysia yang berjaya dalam bidang sains dan teknologi. Kalau beginilah cara orang Melayu menguruskan anak bangsa mereka nampaknya peluang untuk menjana Towering Malays atau Melayu Unggul akan punah. Mana ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang nyanyian di peringkat antarabangsa sehingga mereka terkenal seperti artis-artis dari Barat. Pernahkah kita mendengar jualan album artis-artis Melayu dijual jutaan keping di pasaran antarabangsa?

Kalau setakat menyanyi di Royal Albert Hall sudah dianggap satu kejayaan besar bagi anak Melayu dan bukan meraih ijazah kelas pertama di universiti Cambridge atau Oxford, rosaklah anak Melayu. Kaum Cina dan India mendahulukan kejayaan akademik daripada hiburan tetapi untuk anak-anak Melayu, ibu bapa mereka sanggup berkorban apa saja, bergolok bergadai asalkan anak mereka mendapat tempat dalam Malaysian Idol dan AF. Mereka tidak sanggup berkorban atau bergolok bergadai untuk memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang terbaik. Sesungguhnya orang Melayu akan jadi bahan ketawa kaum lain pada suatu hari nanti. Orang Melayu masih buta dengan agenda orang lain untuk menjatuhkan mereka. Tulisan saya ini mungkin tidak akan menyenangkan orang yang tidak mengambil berat tentang arah tuju orang Melayu. Ia mungkin bagai cili yang terpepak atau pahit bagai hempedu tetapi seperti kata orang, yang pahit itulah ubat. Malangnya orang Melayu suka digula-gulakan, dipuji berlebih-lebihan. Biar menang sorak kampung tergadai. Biar papa asalkan bergaya.

Sampai bila kita hendak dodoikan orang Melayu dan anak Melayu dengan kejayaan yang palsu. Kita mahukan durian tapi benih tomato yang kita tanam. Di mana rasional dan logiknya? Begitu rendahkah daya fikir orang Melayu dan anak Melayu? Kalaulah pejuang kemerdekaan dari kalangan orang Melayu yang lalu masih hidup, mereka pasti akan menangis kerana kita telah gagal mendidik anak bangsa ke arah kemajuan yang dituntut oleh agama Islam. Kita gagal mengisi kemerdekaan dengan anak-anak bangsa yang bijak berfikir dan bertindak demi kesinambungan kemegahan orang Melayu. Mungkin Hang Tuah akan geleng kepala melihat orang Melayu hari ini menyalahgunakan kebebasan yang diperoleh. Mungkin Melayu tak hilang di dunia tetapi jika ada bangsa Melayu yang layu apalah gunanya?

Layu dengan lagu yang mendayu. Layu di pusat-pusat serenti. Layu di atas jalan raya yang serba moden. Layu di peringkat pengajian tinggi.

mynicknames said...

singapore negara kecil tak pulang modal nak menganjurkan reality show unless ada pembabitan rakyat asing

singapore juga tak bebas dari masalah sosial sama macam kita. dengan rakyat yang sedikit, percentage social crime mereka agak tinggi belum termasuk percentage orang sakit jiwa lagi

dengan negara yang kecil dan undang undang yang ketat, rakyat mereka tak bebas dan terus bersaing sesama sendiri sampai tak ada lagi nilai nilai keharmonian melainkan hidup didalam serba kegusaran dan ketidakpuashatian

sebab tu dipanggil singaporean kiasu!

maaf, tak semua mereka begitu...
saya menyentuh secara general

bersyukurlah menjadi rakyat malaysia. bersama sama lah kita menjadi rakyat pendidik dan pembimbing... jangan tahu hentam saja

Anonymous said...

si chairman kat sini lak ker... sapa mamat nih suka nau kopipes sana sini. kalau setakat kopipes tanpa pendapat sendiri baik takyah ler... pi study blogging pas tu buat sendiri, bebel ler apa pun tiap hari macam aku buat. skrg aku handle dua blog. satu lagi? he he he make your wild guess