Monday, September 05, 2005

Kutukan Peminat Mawi pada Diana

Tulisan saya tentang fantasia sesetengah peminat fanatic Mawi telah membuat sesetengah pihak tidak puas hati. Ini terbukti apabila tersiarnya artikel Joe Lee @ Klubkidd di The Malay Mail berkenaan isu novel 'Jantung Hatiku'. Penerimaan peminat Mawi terhadap artikel itu amat menbimbangkan saya.

Tentangan ini datangya dari hardcore fanantik Mawi yang rata-ratanya kurang menyenangi tunang Mawi yang katanya telah bersekongkol dengan penerbit 'Novel' tersebut.

Rata-ratanya mereka ini, adalah kalangan yang suka berfantasi tentang siapa dan apa yang patut lakukan, dan alam hal ini termasuklah tentang hubungan Mawi dan tunangnya Diana.

Malah di channel 15 sendiri ramai yang terang-terangan mendoakan supaya putusnya hubungan antara Diana dan Mawi. Malah di web site peminat Mawi http://www.mawifc.net/ sendiri secara terangan mereka yang tidak menyukai Diana.

Saya tak tahulah apa dosanya Diana pada fanatic-fanatik ini. Kesalahan Diana, pada saya hanyalah sifat naifnya tentang dunia hiburan, yang kebanyakannya mahu mengambil kesempatan diatas sifat naif Diana dan Mawi. Dan kesalahan lain Diana adalah kerna menjadi tunangan Mawi.... seorang yang secara tiba-tiba telah popular...

Mereka dengan terangan mengutuk Diana dengan pelbagai kutukan keras, kemudian di pertahankan sebab mereka sayangi Mawi. Logik ke?

Laman web (http://www.mawifc.net/) ini saya rasakan forumnya dikuasai oleh beberapa hardcore, yang kebanyakannya anti-Diana. Tak boleh disalahkan kerna mereka yang sponsor Mawi menang!.

Untuk renungan peminat hardcore yang fanatic ini ‘Jika anda saying Mawi, janganlah perlekehkan orang yang Mawi sayangi, keluarlah dari fantasia anda, kerna kita perlu terus hidup di alam yang nyata’.

Mawi kenal Diana lebih lama dari kita, Kita baru kenal Mawi.

Seperti yang saya katakan dulu, jika jatuhnya Jamal kerana masalah peribadinya, maka jatuhnya Mawi kerana peminat fanatiknya.

Renung-renungkan lah.

29 comments:

mahaza said...

ha ha ha
nko 'fire' si PC tu yek?

My Point of View said...

hmmm..

bukan isu nak fire siapa...

isunya sebab 'sayang Mawi' ...

klise kan ayat tu...

mahaza said...

biasa lah ada yg sokong dan ada yg anti... mcm kes apasal diana takde kat mawifc gath semlm. tak kena pun kalo dia ada. dia bukan family. ada setuju, ada tak setuju cuma as how fans boleh jatuhkan mawi, diana punya statement pun quite worrying. dia patut 'no komen' utk kebaikan dia dan mawi... sbb nanti people will manipulate. masalahnya dia tahu ke?

My Point of View said...

masalahnya Mawi dan Diana ni naive tau..

kadang2 kena manipulate..

nanti kalau Mawi tak jadi kawin gan Diana, aku rasa ramai jugak yg buat kenduri ....

dan lepas tu golongan anti mawi will say... tulah dah top lupa gan tunang masa susah.. itu ke nak dijadikan ikutan...

dah dapat baca dah....

mahaza said...

memang betul gak. paling risau kalau tak jadi. ialah, jodoh di tgn tuhan tapi sah-sah first thing - MAWI BESAR KEPALA/LUPA DIRI. Ini bakal timbul punya tapi camana nak info si diana ni yg masalah sbb bukan boleh call mcm mawifc ke. unless dia visit our blogs ke boleh lah... actually aku pun very very concern dgn perjalanan hidup diorg as well as mawi as anak seni...

liz said...

Yang sebetulnya peminat2 Mawi yg teramat fanatik tu masih berada di alam fantasi. Entah bila lah agaknya mereka2 tu akan terus berfantasi dan kembali semula ke alam realiti! Leaving Mawi in dilema.

Chairman said...

first of all, ajal maut jodoh pertemuan, rezeki, musibah ditentukan Allah subhanawataala.

fanatic fans ni rasa they own mawi sebab dah melabur to bring him up as what he is now. tu yang dorang rasa mawi tu hak dorang, tak suka diana enterframe

mawi personally dah ada dia punya own ideas. dah ada penetapan sendiri. apa yang fanatics will say dia tak angkat pot punya lah

unless hati dia sendiri nak berubah...

"nanti kalau Mawi tak jadi kawin gan Diana, aku rasa ramai jugak yg buat kenduri ...."

aku kot yang buat kenduri tu sebab aku nak dia kawin dengan siti ke marsha or dua dua sekali - khakhakha itu fantasi aku saje...

papaadlis said...

si chairman sampai sini dia usher org ikut pendapat dia...

Anonymous said...

Phk media akn sdaya upaya manipulate info from those who r close to Mawi utk dpt crita sensasi,may it be his family or even his fan, right. so those who really care 4 mawi should keep their mouth shut if they want to see him survive longer in this industry...For those who are close to Ina please tell her this...Tp klu dia nak bolot sensorg n not quite agree with his choice of profesion, tak tau le plak...

Anonymous said...

Peminat terlalu sayangkan Mawi dan jelas sekali the novel has hurt his feelings. And "D" is the source of the novel and the hurt. So, its just natural tht Mawi's fans@friends are angry wth her. Its as simple as tht!

tulip said...

saw the novel at MPH at lunch time semalam. i thought it was just a cheap romance novel yang bersepah2 di pasaran. never thought the source was lady diana herself. betul ke she's the source?

edryna said...

sokong chairman...hahahaha

sayangmama said...

adoi la. kadang kadang kesian, marah pun ada dengan orang2 yang beria-ia cuba memadankan Mawi dengan marsha. Kalau iya pun suka, tapi sekurang-kurangnya jagalah hati tunang dia.

Anonymous said...

kekadang kesian dgn mereka yg memasang angan2 dan cita2 utk memiliki sesuatu yg tak mungkin akan tercapaikan.. dlm hal ini Mawi.. Aku percaya mereka yg anti Diana ini membenci Diana bukan kerana dia mebuat kenyataan/'bersekongkol' dlm pembikinan novel - entah ya entah tidak, tetapi membencinya kerana dia tunang Mawi.Itu saja. Apa yg akan di lakukan nya atau tidak di lakukannya akan silap di mata mereka. Kerana mereka ini menyimpan impian utk memiliki Mawi utk diri mereka sendiri. To those yg anti Diana tu, harap2 mereka letakkan diri mereka 'in her shoes'. entah2 lagi kalut lagi adalah. Wake up lah..Jgn ingat dah berabih Afundi Mawi, u own him.

Lia

Anonymous said...

Rasanya yang tak suka Diana ni samada: 1. budak sekolah atau, 2. perempuan yang belum bertunang atau, 3. orang yang masih belum keluar dari fantasi.
Mereka ni bukan kenal pun Mawi dan Diana betul2.. entah2 jumpa pun tak pernah.. Setakat jumpa kat suratkhabar buat pe.. Tapi kalau korang tengok ayat masing2 mengutuk memang tak ingat.. Malu aku peminat Mawi pun ada perangai macam ni..

JuanDanza said...

setiap yang berlaku bersebab
hanya jauhari menbgenal manikam...

Saira said...

Dah terlambat nak komen.. komen jugak la.. alang2 dah round kat sini.
suka hati Mawi la nak kawin ngan sapa.. kalau Mawi kawin ngan Siti, saya suka ngan Marsha tak de perasaan kalau ngan Diana pun okies apa.. asalkan mawi kawin secara baik dan mengikut hukum dah la.. Diana patut kurangkan cakap ngan wartawan.. fanatik Mawi pun (saya tergolong kot) kene open minded jugak la. Jangan kita lebih sudu dari kuah dah la.

Anonymous said...

saya satu je komen,kenapa peminat mawi mengutuk diana yang tidak bersalah itu.biarlah diorang sampai ke jinjang pelamin................................................................

Anonymous said...

saye satu komen je. apsal peminat mawi tak suke kat tunang mawi,diana yang tidak melakukan apa apa kesalahan pun pada diorang dan siap siap bagi calon kepada mawi ni apsal.biarlah dia dua orang samapi ke jinjang pelamin.exp. mawi yang tukar fikiran nak cari/dah jumpa yang lain

Anonymous said...

saye komen satu je tu pun bukan kepada mana mana orang famous pun tapi peminat orang famous.apsal korang minat sangat mengutuk ngutuk diana ni.dia cantik ape dari korang yang kurang cantik.so jangan cube memusnahkan masjid yang dalam pembinaan yang baru beri konkrik dari wang sebelum jadi artis.biarlah diorang sampai ke jinjang pelamin.BYEEEEEE


IKHLAS DARIPADA
PELAJAR KOTA BHARU BANDAR RAYA ISLAM KELANTAN DARUL NAIM MALAYSIA TRULY ASIA BUMI SISTEM SURIA GALAKSI BIMA SAKTI ALAM .....WALLALLHUALAM.....

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN JUGAK

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN

Anonymous said...

YFJFYGF

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN

Anonymous said...

SAYE NO KOMEN

Anonymous said...

SAYE SUKE DIANA

Anonymous said...

SAYE SUKA DIANA