Tuesday, September 13, 2005

Antara Stadium Melawati dan Kota Lampung, Jawa

Jakarta dan Indonesia bukan tempat yang asing bagi saya, oleh kerana saya kerap ke Jakarta atas tuntutan profesi. Berbeza dengan trip saya yang ini saya ingin berkesempatan untuk meniliti rancangan hiburan realiti di Indonesia.

Tulisan saya hari ini lebih dari memberikan persepsi saya pada segi industri hiburan dan rancangan realiti TV yang berlansung di Indonesia , dibandingkan dengan di Malaysia; yang pada persepsi saya memang mereka lebih jauh meninggalkan kita dari segi kreativiti dan kualiti rancangan hiburan.

Mungkin kerna mereka tidak tergesa-gesa meninggalkan atau meminggirkan pengajian antropologi dan terus menukarkan pengajian pendidikan mereka dalam bahasa English, dan atau hanya mahu menekankan pengajian sains dan matematik sahaja seperti kita.

Kerna mereka mungkin terfikir yang pembangunan minda dan kreativiti juga penting dalam pembangunan satu bangsa yang beradab.

Mengapa saya tulis begitu?

Saya ingin berkongsi antara satu rancangan yang yang saya rasa menarik yang sempat saya tonton semasa di Indonesia.

Anugerah Sekolah Gratis (Rancangan Realiti)

Menangis bila masa eliminasi rancangan realiti? Pertama kali menonton rancagan realiti yang ini memang menarik perhatian saya.

Dalam rancangan ini, kali ini di Kota Lampung, Jawa, 3 anak sekolah SD (sekolah rendah) yang biasanya disaring dahulu, menjadi fokus apabila hanya seorang yg akan mandapat Biasiswa sekolah hingga ke sekolah SMP (Sekolah Menengah Permulaan). Semua mereka yang menyertai rancangan ini datang dari keluarga yang sangat susah, kalau nak di compare dgn suara hati di TV 3, masih jauh lebih daif dan sedihnya kerana kesusahan mereka ini yang amat banget.

Anak-anak sekolah ini biasanya pelajar yang sangat bijak dan akan di rekomen oleh guru-guru mereka berdasarkan prestasi akademik dan peluang masa depan. Berbeza dengan sms sebagai penentu, penentuan rancangan ini berdasarkan mesyuarat antara guru-guru di sekolah itu, yang selalunya berdasarkan merit.

Saya amat berdebar saat eliminasi, kerana jika boleh saya mahu semua mereka dapat biasiswa (penajaan) mereka.

Nasib juga kerana yg tewas masih dpt biasiswa tetapi lebih sedikit dr pemenang- Rp 10 juta dan Rp 1 juta. ( hanyalah antara RM 3,900 – RM 390) inilah yang akan digunakan sebagai belanja persekolahan mereka nanti.

Kali pertama saya menangis melihatkan eliminasi dan kesusahan yg amat sangat!

Amat berbeda situasi dr eliminasi AF @ MI, sedihnya lebih ikhlas. Tangisan kaum keluarga lebih bermakna kerana betul-betul melibatkan masa depan anak-anak ini.

Konsep rancangan ini mengingatkan saya pada perpatah Inggeris, Give me a fish, I eat for the day, Teach me to fish, I will eat for my whole life time.

Apa sudah jadi dengan program Amanah Ikhtiar kita? Program itu sepatutnya membantu rakyat termiskin di Malaysia…

Saya tertanya apakah bentuk follow up yang bakal dilakukan oleh TV3 dan kita, pada keluarga yang telah diberikan bantuan pada siri yang pertama bersamamu itu? Beras akan habis, petrol untuk generator juga pelu dibeli dan yuran sekolah anak-anak perlu dibayar setiap tahun.... Adakah kita akan terus membantu setiap tahun?

Kesusahan mengajar kita hidup dengan cara yang sederhana dan lebih praktikal. Mawi nak jadi jutawan… peminat dia macam mana pulak?

10 comments:

iz said...

sedih melihat, yg senang terus senang, yg susah terus melarat...
apa sumbangan kita pada yg susah, jgn terus berfantasi, semoga kesenangan yg baru mawi kecapi dpt dikongsi bersama mereka yg sangat memerlukan.mawi perlu buktikan bahawa kekayaan takkan mengaburi matanya, masih mengenang asal usulnya. semoga beliau tidak kufur nikmat

umie said...

itu baru namanya realiti tv...baru baca tulisan maman pun dah rasa suam2 di mata.Alangkah bagus kalau biasiswa astro tu ditawarkan kepada budak miskin untuk meneruskan pengajian.

johneygonzo5920 said...

i thought your blog was cool and i think you may like this cool Website. now just Click Here

guracus said...

point of view,, mana pi saya punya comment on this topik?

My Point of View said...

dunno... ada komen ke?

guracus said...

ada,,so panjang lebar

tulip said...

setuju dengan umie. daripada cari jodoh on tv, baik kita cari budak2 sekolah yang susah utk diberi scholarship. indonesia sudah, malaysia bila lagi? or kita tak nak buat begitu supaya org ramai tak dapat tengok betapa ramainya anak2 yang tercicir sebab kedaifan hidup? just my 2 cents and solely based on my common sense.

Anonymous said...

Cool blog, interesting information... Keep it UP Whirlpool hepa air filters bc canada Ice machines dirty Poker bumber stickers business opportunities Car cd player coins united states bulk customer email stock photos Kia rio performance Vitamin reduce cholesterol Home repair reset a circuit breaker flip down car dvd player

Anonymous said...

best regards, nice info » » »

Anonymous said...

Very nice site! film editing classes