Sunday, September 18, 2005

Erti Kemerdekaan

Cerita ini diceritakan oleh anak saya…

Kisah ini mengenai seorang pelajar yang bernama Ahmad, murid tahun 3, sebuah sekolah rendah di bandaraya Kuala Lumpur.

Menurut ceritanya, Ahmad adalah seorang anak yatim, yang tinggal bersama ibunya di sebuah kawasan setinggan di kawasan Gombak. Hidup Ahmad, daif dan serba kekurangan. Menurut ceritanya lagi, seragam sekolah Ahmad, telah dipakai sejak tahun satu lagi, semestinya senteng dan amat lusuh, walaupun bersih.

Keluarganya sangat berjimat cermat, dan Ahmad sendiri seorang yang sangat cermat. Menurut ceritanya lagi setokin Ahmad sudah beberapa kali dijahit dan koyak caping dihujung jarinya, dan tanda-tanda lusuh di seluar sekolah yang sudah senteng.

Satu hari Ahmad telah ditangkap pengawas sekolah, kesalahannya; minum air paip di dalam tandas sekolah. Arahan telah diberikan oleh Guru, bahawa murid-murid tidak boleh minum air paip, atas dasar belum dimasak dan boleh mendatangkan sakit perut.

Ahmad dibawa oleh pengawas berjumpa Guru. Guru mendesak Ahmad kenapa Ahmad engkar arahan sekolah. Mata Ahmad berkaca menahan sedih. Tiada jawapan yang diberikan kepada gurunya.

Guru tadi terus mendesak dengan menengking Ahmad. Ahmad sedu menangis, mulutnya dibuka, ada gula-gula oren dalam mulutnya.

Terang Ahmad, dia tak pernah merasa minum air oren, dia terlampau teringin untuk merasa apakah rasanya air oren. Oleh itu, bila temannya memberikan sebiji gula-gula oren, dia terus ke tandas untuk merasa bagaimana rasanya air oren yang selalu di impikannya.

Dia tidak mampu untuk minum air oren yang dijual di kedai, oleh itu, Dia hanya boleh menikmati air paip di campurkan dengan gula-gula oren.

Dan Ahmad adalah seorang murid sekolah di bandaraya Kuala Lumpur, sebuah bandaraya metropolitan yang maju.

Ini berlaku semasa kita sibuk mengundi dengan jumlah yang berjuta untuk rancangan hiburan, semasa kita sibuk membahaskan patutkah Mawi ke Kelantan, semasa kita sibuk memberikan hujah-hujah tentang rancangan reality apa yang paling bagus dan sedang kita sibuk mengibarkan bendera sempena kemerdekaan yang ke 48.

Dimanakah keperihatinan kita dan sudah merdeka kah kita sebenarnya?

25 comments:

Anonymous said...

is this really a true story???..:(

Anonymous said...

saya lebih tertarik kepada cara guru tu, kenapa perlu sampai menengking pelajar hanya kerana dia minum air paip?

tentang kemiskinan pelajar tu, masa saya bersekolah rendah dulu, ramai juga yang boleh dikatakan miskin. tapi mereka x pernah diabaikan, setiap pagi, mereka akan diberi sarapan percuma..ini hanya mereka yang layak saja yang dapat keistimewaan macam ni. sesekali, pihak sekolah beri mereka susu coklat percuma, vitagen percuma.ini cuma sekolah di pekan kecil saja! tapi rasanya waktu ni (sekitar awal 90-an) mmg ada skim khas untuk pelajar miskin.

saya kurang pasti dengan sistem persekolahan sekarang, cuma zahirnya, sekolah2 skrg lebih mewah dengan bangunan serba canggih. mungkin juga sebab saya belum berkahwin, jadi tak punya anak dan tak tau perkembangan semasa sekolah.

tapi kalau sampai air oren pun tak pernah rasa, saya rasa sistem persekolahan kita dah hilang perikemanusiaan.

The Way I See It said...

kan elok kita fikirkan cara terbaik menangani masalah pelajar miskin disekolah ...

Anonymous said...

a,kumm ..
Saya setuju dgn pandangan sedara asheeq, kalau tak silap masa saya sekolah dulu ade skim RMT (Rancangan Makanan Tambahan), untuk pelajar-pelajar yg layak dan itu ditentukan oleh pihak sekolah. Saya lihat keadaan Ahmad itu mmg layak menerima bantuan. Selain daripada itu kerajaan melalui Kebajikan Masyarakat juga ada skim utk Ahmad kerana status beliau sebagai anak yatim. dalam hal ini pihak sekolah dan ketua kampung perlu banyak memainkan peranan. Sebenernya banyak lagi pihak2 yang sudi membantu ditambah lagi jika Ahmad mempunyai prestasi akademik yang cemerlang atau aktif dalam sukan, itu boleh jadi bonus bg ahmad..banyak lg sumbangan k'jaan & NGO cuma tidak dipaparkan melalui media .. dan kita hanya lihat dimedia kini cerita2 sensasi dan gossip2 saja.

p/s: setiap org ade kelebihan masing2 tak kira kaya atau miskin, tua atau muda, cacat atau sempurna ..cuma kita yg kena cari apa kelebihan kita .. asah hingga sempurna .. dan gunakan dgn bijak InsyaAllah berjaya.

Anonymous said...

Saya juga sedih melihat dikaca TV, bahawasa nya yang memenuhi tempat tempat hiburan yang dianjurkan oleh Kerajaan dan juga Reality TV ada lah majoriti nya orang orang Melayu. Beribu ribu membanjiri, tetapi di Tilawah AlQuraan, boleh dibilang yang menghadiri. Hinggakan Pengacara Tilawah AlQuraan pun boleh lari ke tempat Hiburan Penutup Kemerdekaan. Yang paling sedih melihat wanita wanita Melayu, bertudung, terkinja kinja menjerit apabila Penyanyi Idola mereka dipersembahkan.Makcik Makcik pun ada. Masyaalah!!! Orang Melayu akan terus berhibur sepanjang tahun hingga ke bulan Ramadhan. Lihat lah nanti di Bulan Ramadhan akan diadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyanyi akan diundang untuk memeriahkan dan menghiburkan Majlis itu.

Anonymous said...

saya rasa macam ada yang tak kena cerita ini dengan tajuk dan message yang hendak disampaikan! can somebody elaborate further?

Anonymous said...

I am still waiting for some elaboration!!

The Way I See It said...

Tak semua perkara perlu di jelaskan.

Pls learn how to understand and read between the lines.

Anonymous said...

Anyone knows where this Ahmad is? Perhaps I can help sponsor him.

Anonymous said...

point of view,,if this is how you treat request for clarification, susah la!
btw, reading between the lines is my middle name, but sebab this particular writing berterabur , itu sebab saya minta penjelasan lanjut!

The Way I See It said...

Domino:

There are many 'Ahmad' around us, if you are really serious, I dont think you need to search far...

Anonymous said...

i've seen many ahmads and have helped many ahmads.. that's why I like to help this particular Ahmad.. unless this is a fictional story, that am wasting my time here

Anonymous said...

thats right DOMINO, you asked a simple question, but point-of-view punya response sungguh mengecewakan. Tulisan dia menyebut cerita anak dia kepada dia, kalau anak dia dengan AHMAD satu sekolah, why so difficult to indicate nama dan alamat sekolah so that you can go and help this particular Ahmad.
I asked for clarification, his response to me? he is definitely not very accomodating!!

Anonymous said...

apa yang tak kenanya cerita dan tajuk entry ni? rasanya tulisan saudara Maman ni mudah difahami.

hendak mengatasai masalah pelajar miskin, harus bermula dengan keluarga pelajar ni dulu. tapi sekurang-kurangnya, wujudkan semula RMT (terima kasih mydix, saya dah lupa nama skim tu). sekurang-kurangnya, pelajar2 ni berpeluang menuntut ilmu dengan hati lapang (kalau perut lapar, mcam mana mahu tenang?)

tapi ini bukan soal perut semata-mata.

Anonymous said...

Tak kira la samada cerita Ahmad ni fiksyen/reality .. yang penting moral of the story yang kita dapat. Saya rasa sedara Maman just nak memberi kesedaran itu saja .. jgn la terlalu mengambil berat sesuatu yg picisan wahai sahabat2.Kita mau opinion & solution kat sini.

p/s:Macam apabila kita tonton cerekerama ke samarinda ade juga bahagian2 yg kurang logik, terfikir jugak betul ke ni ? ade ke macam ni kat malaysia? tapi sebenarnya kita lupa apa mesej yang hendak disampaikan kerana terlalu byk fikir dan komen benda2 yang picisan.

Anonymous said...

the reason i seek a clarification tentang tulisan ini sebab pada saya macam ada yang tak kena. kemerdekaan or merdeka has always being associated with bebas dari penjajahan, ability to self govern or words along those lines. so apabila tulisan ini mengaitkan erti kemerdekaan or merdeka dengan kemiskinan segolongan orang, ianya terus menjadi janggal!merdeka dosent mean every citizen suddently or overtime tak menjadi miskin anymore. sejak bila pulak merdeka or getting independence from a colonial master means coming out of a state of kemiskinan. mana ada satu negara pun dalam dunia ini yang tak ada orang miskin. of course miskin is subjective.orang may argue about kemerdekaan jiwa, kemerdekaan peribadi etc,,itu bukan MERDEKA dalam konteks mencapai independence. so apabila tulisan ini merujuk dan mengaitkan kepada kemiskinan ahmad or ahmads or ahchongs or rajasingams dan dikaitkan seterusnya dengan jutaan wang yang di habiskan dengan undian realiti tv, mawi etc..maka BERTERABURLA TULISAN INI. Sebab itu saya minta clarification dari awal-awal lagi. so kalau nak bagi pengajaran, gunakan la konteks yang wajar!
Tentang this particular `Ahmad`, kalau tak silap saya, saya pernah membaca cerita sebegini somewhere , quite a long time ago..

Anonymous said...

Poverty has nothing to do with the country's independence, AFUNDI, reality TV, etc...

Show me any Quran verse that says God will distribute wealth equally amongst His servants.. none isn't it? and God only asks us to spend 2.5% of our wealth for Zakat.. not more than that..

so how one spends his/her money is entirely up to him/herself so long as one never forgets the unfortunate ones..

The Way I See It said...

I am now in Jakarta. TQ for your opinion.

Akan mengulas lanjut bila balik ke KL minggu depan.

mynicknames said...

couldnt agree more with domino

but seriously, if this 'ahmad' a friend of your son really exist, i am very much to help him and his family. pls let me know how to go about

Anonymous said...

chairman, dont bother to ask point-of view,,domino tried once, and point-of view suruh tengok disekeliling anda sahaja untuk mencari `AHmad`

Anonymous said...

hmmm.... u all nie tak tengok full context of the writing ke?

Saya dapat rasa penulis nak sampaikan satu mesej ...

Guracus ni selalu kat sini.. ada apa2 ke?

Anonymous said...

I say,,dah ada gurl_racus! bagusla. sebab gf saya dah lari baru-baru ni..;p
anyway gurl_racus, i do undertsnad apa message yang nak disampaikan oleh point-of-view, cuma cara dan konteks dia menyampaikan message itu tak betul or tak kena tempat. Kalau you study all my postings on this pun, saya mempertikaikan perkara itu saja.
saya memang selalu kat sini, and somewhere else...saja suka study people`s mind!!
bila kita nak date supaya saya boleh study yours?

nina najwan said...

Good debate my friends - dari bertanya kat mana Ahmad ni, betul ke cerita ni, read between the lines, hinggalah ajak date. I learn more from each one of you - TQVM.
Kemiskinan ada dimana-mana, tak kira lah merdeka atau tidak. Selain dari 'takdir' (ramai yang suka guna perkataan ni), satu lagi sebabnya peluang dan ambil peluang. Ramai pendatang asing tanpa permit, kerja dinegara ni, dan mereka tak sesusah "Ahmad" ini.
Ada antaranya hidup mewah bila mampu hantar ribuan ringgit balik kenegara asal mereka.
Sekarang ni, apakah keluarga 'Ahmad' ini mampu ambil peluang yang pendatang asing tu ambil untuk membaiki keluarga mereka? Saya ingin sekali bertemu keluarga Ahmad ini, nak melihat apa yang boleh dibantu. Lain orang lain masalahnya. Dan begitu juga penyelesaiannya. Saya sering berjumpa ramai 'keluarga Ahmad' sebelum ini, tapi malangnya terlalu ramai mereka ini fokusnya pada masalah, bukan penyelesaian. Harapnya keluarga 'Ahmad' yang sorang ini berbeza dari yang lain.

Anonymous said...

Kenapa kita nak persoalkan tajuk dan siapa Ahmad? betullah Ahmad ada disekeliling kita. Memang ahmad patut berusaha untuk memajukan diri.. setiap negara ada orang miskin, tetapi moralnya di sini ialah kenapa kita mesti sibukkan hal yang remeh seperti memperbahaskan Mawi ke kelantan dan membanding-bandingkan program realiti.. semua tu bagi saya hanyalah untuk kepentingan peribadi atau kepentingan politik sahaja.

Isu menaikkan taraf hidup memang patut diutamakan oleh kita dan persoalan siapa Ahmad tak patut timbul. Kalau ada kesedaran bantulah sesiapa saja.

Anonymous said...

Looking for information and found it at this great site... » » »