Saya baru balik dari seminar semalam. Jadi dah terlepas banyak cerita tentang apa yang berlaku di AF3. Akan tetapi review Elkapitan banyak membantu saya mengikuti perkembangan AF3 pada minggu ini.
Siapa yang akan menjuari AF3
Masih terlalu awal untuk mengatakan Mawi akan menang. Kerana apa? Mungkin kerana kita tidak tahu akan peratusan pelajar yang terkini, ini akan membuatkan pengundi tertanya-tanya dimanakah kedudukan pelajar kegemaran mereka.
Jika trend berterusan maka mungkin Mawi akan menjadi juara dan berpestalah orang kampong Mawi dengan bunga apinya. Tetapi, mungkin juga Mawi akan tewas Tetapi, mungkin juga Mawi akan tewas kerana, ada pengundi Mawi yang merasakan tidak perlu mengundi lagi kerana mereka merasakan Mawi akan menang.
Adakah ini satu strategi Astro untuk sekurang-kurangnya memberikan satu harapan agar pelajar lain dapat menjuarai AF3?
Salah satu komen pembaca saya ialah kemungkinan industri tidak mahu orang yang values dirinya berbeza dengan mereka yang berada didalam industri untuk menjuarai AF3 ini dan seterusnya mengurangkan influence lagu2 nasyid didalam industri hiburan. Saya sendiri tidak dapat menolak teori ini.
Tapi semua ini hanya teori dan siapa sahaja yang menjuari AF tahun ini akan membawa pulang hadiah bernilai hampir RM 300,000.
Bagaimana peluang pelajar yang lain, saya akan katakan setiap mereka akan punya slim chances untuk menang. Ini adalah berdasarkan trend pengundi di minggu2 yang lalu.
Tetapi bagi saya, pemenang yang sebenarnya ialah Astro, yang berjaya memungut jutaan sms dari pengikut setia rancangan ini. Apa yang saya harapkan ialah Astro melalui Maestro akan menjaga kebajikan peserta-peserta AF, agar mendapat peluang pengurusan professional yang sama rata.
Friday, August 05, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment