Friday, July 29, 2005

Macam-macam orang

Tak boleh tulis banyak hari ni, sebab ada seminar, so saya akan tulis apa yang patut aje lah yea.

Komen yang pertama ialah berkenaan posting dari peminat fanatic Mawi, yang kata tak puas hati dengan Astro, dan pakat nak bom Stadium Malawati kerana tak puas hati dengan Astro, yang satu lagi nak pakat nak boikot Astro sampai bankrap.

Apalah nak saya cakap lagi? Hanya kerana marahkan sesuatu, habis semua nak dibom dan diboikot, tapi yang menarik perhatian saya ialah lepas habis konsert je pulak. Selagi tak abis AF3, tak nak bakar, tak nak boikot.

Ini kes marahkan nyamuk, kelambu nak dibakar, tapi nak bakar kena tunggu siang dulu.

Hmmm… main ugut2 pulak yea.

Apa yang boleh saya katakan ialah, tulisan kita akan menampakkan daya fikir dan kematangan kita didalam merumuskan sesuatu perkara. Bagi saya elok diabaikan peminat2 yang begini, kerana jika kita lawan mereka, kita juga akan terjerumus kedalam paradigma pemikiran mereka yang lemah dan cetek.

Tapi saya rasa tidak semua peminat Mawi berfikiran sebegini, ini hanya 2-3 kerat, yang terlebih excited.

Tentang penulis picisan

Ini satu lagi surat yang paling kelakar pernah saya baca, yang menghairankan saya penulis tu tahu ke apa yang dia tulis? Dia faham ke konsep blog sebagai media alternative.

Kalau dilihat dari segi penulisan blog, saya amati yang sekarang ini, blog banyak mengajak kita berfikir dari perspektif berbeza dari apa yang mahu disampaikan oleh media conventional, itu perlu, kerana kita tidak mahu jadi robot yang telah di programkan, yang pemikirannya semua dalam wavelength yang sama, mengakibatkan tiada siapa yang berani menegur atau berselisih pendapat.

Penulisan tentang ciri-ciri kehidupan, pengalaman dan dari aspek sosiologi adalah amat penting didalam pembinaan insan. Buat saudara Azhan, kalau nak selesaikan masalah bangsa melayu, kena lah tahu nilaikan cara fikir dan pola minda masyarakat melayu.

Jika tiada kajian dijalankan, tiada penulisan di tulis dan tiada perbahasan tentang sesuatu isu macam mana kita nak latih minda kita berfikir.

Wassalam.