Sunday, August 14, 2005

Setelah AF

Akhirnya dapat juga saya update blog pada hari ini!

Mawi menang juga AF3. Dan memang rezeki dia untuk membawa pulang hadiah yang bernilai hamper RM 300,000.00. Maka bertaburan lah reporter-reporter nak cover story tentang Mawi, keluarga Mawi dan juga tunang Mawi, asalkan cerita tentang Mawi. Kerana sekarang ni semua orang nak kenal dengan Mawi dengan lebih lanjut.

Saya pun dengan sibuknya telah browse blog dan site yang ada cerita tentang Mawi. Sehinggalah saya terbaca komen peminat Mawi tentang perihal tunang Mawi yang terpampang di dada-dada akhbar.

Tentang Tunang Mawi

Komen mereka, minta tunang Mawi low profile dan jangan terlalu expose. Dan bertaburan lah komen-komen susulan tentang isu ini samada menyokong atau sebaliknya. Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya tentang isu ini.

Bukan salah tunangan Mawi, bukan dia yang panggil reporter untuk buat press conference, reporter yang cari dia. Saya rasa yang dia hanya menjawab soalan reporter dengan ikhlas, sejujurnya. Maka jangan lah diserang Diana dengan pelbagai tuduhan, kononnya nak masuk enter frame dan sebagainya. Berilah keadilan kepada Mawi dan Diana.

Khutbah Jumaat tentang rancangan reality

Semasa khutbah solat jumaat yang baru ini, mimbar masjid yang saya kunjungi telah memberikan ulasan tentang pengaruh AF3 pada golongan belia. Antara isi kandungannya ia menyentuh tentang bagaimana belia dan juga beliawanis muslim, sanggup menangis apabila keluarnya seseorang pelajar, mimbar sekali lagi bertanya pada jemaah adakah kita sebagai muslim sanggup menangis kerana masalah muslim yang lain di Malaysia atau di tindas seperti di Palestin dan Iraq.

Jawapan saya:

Kami melayu muslim Malaysia telah lama menangis tentang apa yang terjadi didalam Negara kami. Sudah tidak ada air mata kami tentang salah guna kuasa ahli politik menteri, tentang rakusnya ulama politik yang menggunakan agama untuk berkuasa, tentang betapa kenyataan sempit seorang menteri yang mengatakan tidak ada orang susah/miskin di Malaysia.

Biar keluar air mata darah sekalipun, tidak akan kami dapat penyelesaian terhadap masalah serupa ini, kerana ahli politik dan ulama kami begitu taksub untuk mencari pengaruh dan berpolitik.

Kami juga puas menangis apabila ustaz-ustaz kami lebih gemar menyatakan apa yang tak boleh dilakukan dari menyarankan apa yang boleh kami buat, lebih banyak yang haram dariapa memberi tahu apa yang halal.

Sudah kering air mata kami semua!

Jadi saya rasa tidak salah kami mengeluarkan air mata untuk sesuatu yang kami minati, kerana kami sudah tidak ada air mata yang ingin kami beri kepada rakyat Palestin dan Iraq, kerana bangsa Arab Muslim sendiri tidak menangis kepada apa yang berlaku pada saudara serantau mereka.

Wassalam.

** Saya tidak katakan yang hiburan yang berlebihan itu perlu atau dibolehkan, dan bukan tujuan saya untuk menhalalkan apa yang salah disisi agama kita, tetapi kita mesti lihat balik cara kita mengembangkan nur islam, mesti ada strategi dan merangkumi keperluan semua masyarakat muslim itu sendiri, yang salah tetap salah..... Golongan ulama mesti memahami corak fikir dan minda orang2 muda supaya dapat menjalankan dakwah dengan lebih berkesan. Kita mesti cari jalan untuk merangsang belia kita untuk mengasihi Islam sebagai ad-din. Seperti kata Mawi, 'world-world juga, akhirat jangan lupa'.



5 comments:

CinTa said...

hmm..jawapan kepada soalan di mimbar masjid...yes..i agreed with that...they have to think that before start questioning us ....at least we still live in reality...bekerja untuk mencari rezeki yg halal setiap detik hayat kita...bravo..keep on writing

mahaza said...

what can we say...memang setuju. siapa tidak menangisi semua itu? yet, ramai juga org bertanya aku masalah berkaitan dgn kenaikan harga etc. my answer is simple, u choose the govt, u ask the govt. tapi apa boleh buat? try to demo? no diff cuma fru... what's the point?

tulip said...

hi. suka baca tulisan u. tulisan saya is so simple, rasa rendah diri pula baca your opinion. tapi certainly, reading your blog opened my eyes to other things.. like thinking out of the box gitu... ps: especially like the technicality vs creativity entry. :)

My Point of View said...

Thank you for your comments.... At least I know there is still people out there who appreciate my blog...

yang jauh said...

incik you rawk!! setuju lah dgn komen incik ttg khutbah jumaat ni