Tuesday, July 05, 2005

Membendung sentiment peminat... satu kupasan

Terima kasih saya ucapkan kepada elkapitan kerana memberi komen yang bernas terhadap tulisan saya tentang AF. Saya bukan lah fanatik AF, walaupun saya tahu dan aware tentang kewujudan rancangan tersebut. Dan saya juga bukanlah penyokong Mawi, walaupun seluruh keluarga saya (anak2 dan isteri adalah pengikut setia Mawi).

Saya terpanggil untuk memberikan komen saya tentang AF, dan komen saya adalah bersifat berkecuali dan sedayanya memberikan penonton dan pembaca satu pandangan dari perspektif yang berbeza.

Elkapitan (didalam komennya terhadap penulisan saya) mencadangkan/menjelaskan kemungkinan undian adalah bersifat sentiment, dan industri pada masa ini ingin membendung sentimen tersebut. Didalam membincangkan hal ini saya teringat kepada satu cerita tentang 4 orang buta dan seekor gajah.

Ceritanya bermula begini:

Didalam suatu negara, ada 4 orang buta yang bersahabat baik. Mereka selalu mendengar tentang kehebatan seekor haiwan yang bernama gajah, seperi yang diceritakan oleh rakan-rakan mereka yang celik. Jadi pada satu hari, mereka berempat bersetuju untuk pergi ke pasar untuk 'melihat' apakah kehebatan gajah itu yang sebenarnya.

Setibanya di pasar, dengan bantuan orang ramai disitu, maka 4 sahabat ini dibawa untuk memegang gajah tersebut. Mereka memegang gajah- kerana tidak dapat melihat. Pada mereka ini , pada mereka adalah cara terbaik untuk mengenali gajah yang hebat itu.

Orang buta yang pertama, telah memegang gajah tersebut di bahagian badan, seraya berkata: kawan2 ku, gajah ini tak ubah seperti sebuah dinding yang kuat, padat dan mampat, sebab itulah gajah ini hebat.

Maka terpegunlah 3 temannya yang lain. Sibuta yang kedua pula kerana terlalu excited, maju kehadapan dan terus memeluk kaki gajah yang besar dan kuat itu, lalu berkata: Gajah ni macam pokok yang kuat dan gagah sebenarnya.

Maka lebih terpegun dan terperanjatlah kawan2 nya yang lain.

Kerana tidak berpuas-hati dengan kenyataan 2 rakan yang berbeza itu, maka sibuta yang ketiga pun maju kehadapan seraya memegang belalai gajah tersebut. Dia berkata: Wahai kawan2 ku yang buta, gajah ini sebenarnya seperti seekor ular sawa yang besar.

Bila tiba giliran rakan mereka yang keempat, di dorong oleh rasa tidak puas hati tentang kenyataan rakan-rakannya tadi, mendorongkan dirinya merapati gajah itu - yang pada masa ini telah mula duduk ke tanah, lalu memegang gading gajah tersebut. Dia pun berkata: wahai kawan2 ku yang buta, gajah ini sebenarnya adalah seperi dua buah lembing yang tajam.

Selapas itu maka bertengkarlah ke-empat2 rakan baik itu tentang rupa gajah yang sebenarnya.

Persoalanyan: Siapakah antara mereka yang benar?

Keempat2 mereka sebenarnya betul. Hanya setiap dari mereka melihat seekor gajah dari perpektif yang bebeza.

Persoalannya, apa hubungkait antara gajah dan AF3 ini? Dan lebih utama lagi apakah hubungan perpektif dan sentiment?

Untuk pengetahuan kita semua, sentiment dibina oleh perpektif kita tentang sesuatu isu. Bagaimana kita melihat sesuatu dipengaruhi oleh core values dan experience kita tentang sesuatu isu, seterusnya membina perpektif dan perception tentang sesuatu yag kita lihat.

Persoalanya disini, jika industri ingin membendung setiment pengundi, sentiment apakah yang sebenarnya yang ingin dibendung. Mari kita renungkan kata-kata Datuk Yusuf Haslam tentang filem-filemnya.

'Saya membuat filem yang ingin ditonton oleh orang ramai. '

Untuk berjaya industri hiburan mestilah mendengar apa yang dimahukan oleh peminat, kerana superiority is defined by the customers and not by the provider.

Untuk berjaya para pemain didalam industri mestilah boleh mendengar apa yang dimahukan oleh peminat, bukan menentukan apa yang mahu mereka berikan kepada mereka. Peminat atau pengguna ada hak untuk menentukan apa yang mereka mahu. Jika Malaysia tidak dapat melaksanakannya, Hollywood dan Bollywood boleh, jika itu berlaku, jangan salahkan peminat.

Maka jangan bendung apa yang peminat mahu, kerana itu akan membendung kita nanti.

5 comments:

sultanmuzaffar said...

very good observation on sentiment peminat. lepas ini, boleh pula menulis tentang corak peningkatan pelajar af3 pula ? nilai dan hakimi mereka berdasarkan peningkatan pelajar.

Socializer said...

I agree with SM, its a really good and precise observation. It is without doubt that the audience are the ones who would provide the mold of how they want their entertainers to be. And everyone will have their own different angle on what is acceptable. So naturally the provider has to provide and tailor-made their presentation to the specified requirements.

The Way I See It said...

TQ for your comments guys, I hope you like my postings....

Anonymous said...

I totally agree with your observation. However I strongly felt that actually AF can mold the viewer’s opinion if the critics can be impartial and professional in giving out comments. Problem arises when the critics are being emo and have a favorite among the participants. AF is a program that plays with your emotion. People get sensitive if their fav students being critics while others get away with nothing. Thus you cannot blame the voters for the percentage shown. Astro should have realized that if they truly are serious in supporting the music industry. Since they aren't I guess they(Astro and the critics) don't deserve to say anything about the voters.

Anonymous said...

What a great site
» » »