Terlebih dahulu, saya ingin memohon maaf sekiranya postings saya yang lepas (dan mungkin yang akan datang juga) mengunakan tata-bahasa, nahu mahupun ejaan-ejaan Bahasa Melayu yang agak tunggang langgang. Mungkin kerana, kurangnya latihan-latihan penulisan dalam bahasa ibunda sendiri telah menyebabkan banyak kesilapan penulisan yang ketara.
Terlebih dahulu, saya amat terharu apabila sultanmuzaffar, tuan-punya blog sultanmuzaffar yang amat terkenal dan berpengaruh telah meninggalkan komen pada penulisan saya yang lepas, dan mencadangkan saya agar menulis tentang peningkatan pelajar-pelajar af3.
Bukan saya tak mahu melakukannya, tetapi ulasan-ulasan seperti itu memerlukan sedikit sebanyak pengetahuan teknikal, yang memang saya akui saya tak punya.
Saya lebih selesa menulis pendapat saya secara makro, dan menulis tentang pencapaian program reality ini secara am daripada memberi komen yang khusus. Saya lebih berminat mengulas tentang achievement indistri muzik di Malaysia secara am, daripada melayan satu program yang memang di cipta untuk menimbulkan kontrovesi, kejutan2 yang saya rasa membosankan dan secara amnya agak lebih kepada entertainment and profits oriented rather than building competencies for performers (jika dilihat dari pandangan penyiar)
Walaupunpun begitu saya dapat merasakan program ini adalah menghiburkan dan terdapat juga elemen-elemen positif yang dapat ditanam didalam kehidupan kita seharian. Elemen seperti nilai persahabatan, nilai tentang survival kehidupan dan pentingnya keluhuran hati didalam berkawan serta kerja kumpulan.
Malangnya, elemen-elemen seperti ini tidak disedari oleh penonton, kerana ketaksuban penonton tentang, suara siapa yang paling sedap, yang paling cute dan sebagainya. Tapi itulah yang dimahukan oleh penonton, dan itulah yang di hidangkan kepada mereka oleh astro.
Didalam melakukan ini, Astro mendapat keuntungan dan mileage yang cukup baik, mendahului lain-lain rancangan yang serupa. Good work Astro!
Bagi saya af ini disamping satu medan melahirkan penghibur yang berbakat tetapi ia juga hanya satu rancangan hiburan, sama seperti explorace dan survival. Cuma yang membezakan af daripada yang lain adalah juara af ini lebih glamour, rakaman lagu dan hadiah pemenang yang agak lumayan.
Seperti apa yang dikatakan of Cikgu Ee, beliau juga mungking akan menyertai af jika berpeluang melakukannya.
Wednesday, July 06, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum,
kaklong datang kesini dari blog SM.. :)
Mmg diakui kaklong minat dari AF1 lagi. Pengalaman sebagai fasilitator semasa kem sekolah memberi gambaran sedikit sebanyak tentang remaja Malaysia zaman sekarang. Kebanyakan mereka terlalu 'take everything for granted', nak semuanya senang sahaja tanpa perlu sangat berusaha. Dan yg menarik kaklong kepada AF ialah ilmu pembelajarannya. Maksud kaklong nak jadi penyanyi, yang mungkin nampak senang, juga perlukan ilmu. Dan dalam usaha menimba ilmu itu berbagai cabaran perlu dilalui. Dan setiap usaha itu akan menunjukkan kejayaan diakhirnya..
Bukankah itu yang menarik pada program realiti sebenarnya..
We're too carried away. In my opinion, AF is a program where people is wasting time talking and arguing over, wasting money to AFUNDI and chat@15.
Worse, there are people behind the scene to provoke or do whatever it takes to persuade people to spend more and more.
That's reality TV. It does influence everyone to tka part.
The worst is, most of the result is actually being determined by the school pupils. So sad.
Post a Comment